nuffnang

Friday, January 18, 2013

jangan.

jangan...
jangan???
jangan!!!

jangan sedih lama-lama.
jangan marah.
jangan terasa.
jangan simpan.
jangan sakit hati.
jangan menyebok.

jangan bagi peluang.
jangan cuba. kalau dah cuba, u-turn balik.
dan jangan ulang lagi.

jangan terlalu berharap, tapi jangan berhenti berharap.
jangan muncul sekarang, tapi jangan mati lagi.




last~
jangan lupa usaha, cari.
jangan lupa doa.
jangan lupa, ALLAH ada! 

Saturday, January 12, 2013

11, teruskan menghitung.

Alhamdulillah. 
11/1/1989 - 11/1/2013.  #24
12/1/2002 - 12/1/2013.  #11

Terima kasih, Ya Allah atas ukhwah yg terbina antara hati-hati kami ini. Eratkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Ya Rahman, Ya Rahim. Walaupun detik waktu terus berlalu menyepi, teman sejati sentiasa bersama kami. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua dengan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.


Di sini, bermula. 
Perkara-perkara baru yang telah aku masukkan dalam hidupku. Sebagai pengalaman, sebagai pedoman dan sebagai landasan. Aku bersyukur kerana berpeluang. Alhamdulillah! Yaasin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Al-Quran, Al-Ma'thurat, Dhuha, Sujud Sajadah, Usrah, Imam, Makmum, Pengurusan Jenazah, Fardu Ain, Puasa, Tazkirah dan lain-lain. Banyak yang pertama kalinya aku mulakan di sini. Ya, dalam 5 tahun di sini! Belajar. Bermain. Bersahabat. Berguru. Mendisiplinkan diri. 




Ya Allah, kuatkan hatiku untuk terus setia dgn tujuan hidup di dunia yg hanya singgahan ini. Khalifah. Ibadah.  Setiakan aku sbg hambaMu.






Aku hidup, aku mati. Lillahi Taala. Insya Allah!

Thursday, January 10, 2013

Sepupu nak balas surat.

Ringtone bertalu memecah sepi. Handphone di tepi kanan laptop dijeling.
Oh, Cik Jah dari Jerantut call.
Ibu jari tangan kanan menyeret petak hijau pada screen. 

Fathi: Hello. Assalamualaikum.
Me: Waalaikumussalam. Fahmi ke? 
Fathi: Eh, tak. Ni Fathi.
Me: Oh, Fathi.
Fathi: Kak Mimi, Kak Mimi dok Cheras kan?
Me: Hari tu belajar kat sana la. Sekarang Kak Ngah kat Mulong ni.
Fathi: Oh. Fathi nak tanya ni, poskod Cheras apa ye?
Me: Ummm... 5-6-0-0-0 (aku sebut satu persatu).
Fathi: 5-6-0-0-0 (poskod diulang). Ok!
Me: Fathi nak buat ape ni?
Fathi: Fathi nak balas surat Kak Mimi. 
Me: Erk? Oh, balas surat. Tulis betul-betul ye :)
Fathi: Ok, terima kasih Kak Mimi. Bye!
Me: Sama-sama. Kbai.

Jujurnya sepupu darjah 5 ni. Siap call lagi sbb nak tanya poskod yang betul utk tulis surat. Aku dulu tulis surat main reka je. Paling malas, tiru dalam buku Contoh Karangan UPSR. Tukar ayat sikit-sikit. (ye ke tukar? ke tiru semua?) hehe. Janji siap. Esok, cikgu tak marah :P

Dolu-dolu, my favourite address masa nak buat karangan: Taman Raya, Taman Melur. Semua nama bunga. haha. Bab poskod rasanya tak pernah betul. 12345/ 54321. Ataupun tulis poskod sama dengan poskod rumah aku, 16010 walaupun negeri lain yang nun jauh di sana. budak-budak kan.. mane tahu poskod ni ape. Kalau kena tulis Karangan Tak Berformat, balas surat kawan ke, memang  aku laju pilih yang ni sbb senang nak merapu. Cerita je ape-ape yang bersarang kat otak. And laju nak tandatangan kat sebelah bawah, kanan surat. Yang Ikhlas/Sahabatmu. Normal kan keterujaan kanak-kanak. Nama kawan dalam surat tu, nama orang sebelah meja je pon. Haha! macam la jauh sangat. 

Hurmmm. rindu la pulak kat tiga budak ni. Afiq Fahmi, Afif Fathi, Ammar Faez. 
Sweet kan baba dan ummi diorang bagi nama kat anak-anak. 
Sempena nama mereka: Abdullah dan Faezah (Family AF kot).

#CikJah, selamat bertugas di sekolah baru :)
#PokNik, jaga diri kat pelantar minyak. Kirim salam kat orang minyak skali :D

Sunday, January 06, 2013

Januari dtg lagi. Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kpd |anda| yg membaca.
Alhamdulillah, dah 6Januari hari ni. Sy masih menganggur bersama insan2 tersayang di rumah. Menganggur bersama sahabat2 yg xpernah putus cinta kerana saling berutusan mesej, whatsapp, chat sana sini.. Juga berutusan poslaju setiap minggu. Kita mmg forever in love! Thank you sisters! Semoga Januari ini hidup sy dan rakan2 yg lain penuh keberkatan hingga seterusnya :) insya Allah. Me? Bakal menambah umur. Alhamdulillah. Tq juga utk mak abah yg menanggung anakanda ini. Abg kancil dah dpt nametag baru. Yeayyy!!! Dan doakan utk posting kita sahabat. Wassalam.