nuffnang

Monday, March 29, 2010

basikal dah berkarat wei!


~~~BASIKAL~~~


basikal.

ini basikal.
ini basikal-basikal mereka.bukan saya punya!
saya juga ada sebuah basikal.opss.dua!
basikal saya berwarna biru.kemudian,saya dapat basikal merah. 
sebenarnya,semua tu basikal abe.saya hanya menjadi pengguna kedua.
kasihan saya?tidak mengapa! saya suka je.
saya menunggang basikal pada waktu petang.kadang-kadang pada waktu pagi.
saya suka menunggang basikal bersama kawan-kawan saya.
abah yang mengajar saya menunggang basikal pada waktu lapang.
saya rindu untuk bermain basikal dengan abe.
rindu untuk menyepit kaki di celah besi-besi tayar basikal.
sakit! tetapi itu adalah pengalaman berbasikal.
disebabkan basikal juga,saya mendapat 2 buah parut di wajah semasa darjah3.
di dagu dan di pipi kiri..parut sebesar syiling 20sen dan 10sen.
saya menangis. saya memutuskan untuk tidak ke sekolah selama seminggu.
kerana saya malu!!pipi dan dagu masih merah bak delima separuh masak.
ashraf(sepupu saya) menunggang basikal dengan laju.
saya diboncengnya mengelilingi kampung.
tiba-tiba,saya dah terpelanting ke udara.
kemudian,saya mencium jalan raya yang menggerutu hitam itu.
BEST! sejak dari itu, saya semakin ganas menunggang basikal.
kayuhan saya semakin menujah-nujah hingga selipar jepun yang saya pakai terseret-seret di tanah.
saya ke sana ke mari di bawa arus kanak-kanak yang sedang membesar.
sampai masanya, saya dah tak pandang basikal lagi.
dah naik muak bila pandang basikal.
saya biarkan basikal mengaratkan diri di dalam reban ayam serama.
saya tinggalkan basikal saya di situ.padan muka!
giliran achik pula menyambung kayuhan basikal.
tapi,dia dapat basikal baru..xaci!
basikal biru~BMX..
basikal merah~basikal racing(alaa,yang ada speed tu)

best tak naik basikal dengan saya?


sekarang,umur dah 21.
bila balik kampung,saya lihat macam best je kanak-kanak kayuh basikal.
mereka sedang menyambung kayuhan yang telah lama saya tinggalkan.
ye! lebih kurang sedekad yang lalu.
nanti,saya nak beli basikal banyak-banyak.
nak kayuh sampai kaki saya jadi panjang dan kurus.


ok.sekarang saya nak kayuh assignment pula..babai~

No comments: