nuffnang

Sunday, November 21, 2010

beraya dengan Mr. Mooo-mooo

aish.mmg kenyang tahap kangaroo bunting pelamin sbb mkn byk sgt di musim perayaan ini.syabas.inilah antara langkah-langkah bijak yg perlu dilakukan bagi insan-insan yg sedang dlm diet yg sgt seimbang.kenyang,kemudian guling-guling tenggiling pon berlaku di atas katil tempat beradu..zappppp!!! lelap pantas menyinggah di kayangan.sehingga pintu bilik di 'knock! knock! angah,bangun sembahyang!' hahh..sudah lewat petang rupanya. gara-gara makan nasi dengan banyak tengahari tadi. ini bukan sekadar lelap. tidur hingga ke petang. panas pula pukul 5 petang hari ni. menyingkap langsir yg menghala ke depan rumah. ku pandang langit.langit mula gelap dan awan berarak berkumpul sesama mereka.ye,hari akan hujan. kemudian,ku pandang ke tanah. eh-eh, ade lembu la..lembu siapakah ini? enak sekali menguyah rumput. hurm..memang bukan lembu abah sebab abah tak pernah bela lembu.mungkin milik jiran baru?entahlah..ku pandang kali kedua.aku mula mengeluarkan bunyi seperti lembu betina 'shuhhhh-shuhhhh' berulang kali. alamak,pagar rumah hanya terbuka sempit.muatkah lembu itu? dengan jelingan tajam dan ragutan terakhir, lembu tersebut pantas menyelit keluar dari pagar rumah ku.yes,muat! (lembu tersebut bermonolog) dan menyambung ragutan di luar pagar pula.ishh.lembu siapa la yg tak berikat ni.nasib baik senapang patah abah tidak berpeluru,kalau tak, ada seekor lagi yg menjadi korban. aku terus ke bilik air untuk berwudhuk. usai solat asar,ku lepak-lepak menonton tv bersama mak.hanya mak dan aku sahaja di rumah.abah bekerja,abang dalam perjalanan ke puchong dan achik di asrama sedang berusaha keras untuk persiapan pertempurannya lusa (SPM). 

hujan mula merintik di luar sana. aku bergegas mencapai tudung utk ke luar rumah.ingin mengangkat kain di ampaian.bimbang terkena tempias air hujan kerana kain yg telah seharian bersidai sudah kering.aku kembali bersama mak di depan tv. bosan kan mak? hanya kita berdua.esok kita pergi jalan-jalan ye. melawat achik di asrama.janjiku.


hujan sedang melebat. mak lapar? angah lapar. (lapar lagi?) aku ke dapur meninjau keadaan lauk-lauk di dalam peti. goreng la bihun,emak menyuruhku. aku sedang menyambar biskut kacang di dalam balang di atas meja. aku kurang menggemari bihun.jadi,aku tak nak goreng bihun. maaf mak! pukul 6 petang. mak suruh ke kedai sahaja sebab dah lapar.aku malas keluar kerana hujan sedang lebat. aku keluarkan daging dari freezer. daging lagi? muaknya. lauk lain macam bosan jugak. tak mengapa.aku rendam seketika daging tersebut. kemudian ku potong dan masak daging singgang. kemudian,goreng ikan,potong cucumber sket dan sediakan budu. mendidih! mendidih! panas. ku cuba beberapa kali. boleh la.ku senduk ke dalam piring. mak, rasa! umm,boleh la. (boleh la?) boleh la kot.aku mula menghidang.mak,makan sekarang!! kami pon makan-----makan-----mak tambah! nasi tambah licin. umm,boleh la..alhamdulillah. 


maghrib.yaasin.selesai.rutin, inject mak dgn insulin 30/70. inject-inject tak masuk.pelik.pertama kali jadi macam ni.tak puas hati layanan doctor hari ni. kan mak? aku melaras kembali alat injection ke skala 0. ku buka jarumnya. HAHA :D aku gelak besar. jarum dah terbaring tidur mak! mak tanya,jarum tidur? mak turut gelak.ye, jarum dah senget terbaring. ambil jarum lain gesanya. aku gembira bila tengok mak ceria.mak ketawa.mak dalam mood baik. alhamdulillah.aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah! humm.mak dah masuk bilik utk berehat sambil dengar alunan yaasin di komputer.selesai.


sekarang,bersedia nak menonton My Girl. my girl,not your girl ok. utk kali ke berapa entahnya~


-----women may use concern and worry as a way
of avoiding the painful feelings
of guilt, fear and disappointed-----


2 comments:

farha ni said...

not your girl okay, my girl. elley lawak-lawak kau mmg tak basi kan.

rindu boleh tak?

take careee!!!

shasha_iffa said...

hey my girl!!! hewwww...xsmpai smggu cuti, dah rindu sama i? haha :D i loike! miss u too darling!