nuffnang

Showing posts with label hmmm slmt dtg 2009. Show all posts
Showing posts with label hmmm slmt dtg 2009. Show all posts

Wednesday, December 31, 2008

esok 1 januari 2009.tgh mlm ini?

JOHOR BAHRU: Persembahan pondan berpakaian menjolok mata dengan aksi memukau menjadi ‘sajian’ kepada tetamu di sebuah hotel terkenal di bandar raya ini sempena menyambut tahun baru 2008

SUBANG: Hampir 30 hamper untuk tarian serta penari paling seksi, kaki mabuk paling banyak minum arak dan banyak lagi gagal dihadiahkan kepada pengunjung apabila sebuah kelab eksklusif tempat pertandingan berlangsung sempena tahun baru 2008, di sini diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

KUALA TERENGGANU: Akibat bimbang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang lelaki nekad meninggalkan teman wanitanya seorang diri dalam kereta di Jambatan Sultan Mahmud

KUANTAN: “Tolong jangan beritahu emak saya. Dia ada sakit jantung,” kata seorang perempuan berusia 22 tahun yang ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Jang

KOTA BHARU: Seorang anggota keselamatan nekad terjun melalui tingkap di tingkat dua bilik hotel semata-mata mahu mengelak ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

BUTTERWORTH: Tindakan seorang gadis sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira 100 kilometer (km) untuk memadu kasih bersama teman lelakinya bagi meraikan sambutan Tahun Baru 2008 akhirnya membawa padah, selepas dicekup dalam serbuan di sebuah hotel

KUALA LUMPUR: Cuti tahun baru semalam disambut segelintir pekerja warga asing di negara ini dengan mengunjungi rumah pelacuran di sekitar Jalan Petaling, Jalan Thamby Pillay, Brickfields, dan Jalan Pasar, di sini, sebagai tempat untuk meraikan kedatangan tahun baru.

SUNGAI PETANI: Tindakan nekad dua lelaki dipercayai Mat Rempit berusia 20-an yang menendang dua anggota polis ketika mengejar mereka dalam operasi lumba haram malam tahun baru, awal pagi semalam membawa padah, apabila mereka ditahan polis.

~jadi..beginikah caranya kita??..rakyat Malaysia yg beragama ISLAM menyambut kedatangan tahun baru?seharusnya kita bersyukur kerana masih bernafas di Bumi ALLAH ini yg cuma smentara..sbg tmpat melaksanakan amalan buat bekalan..bkn tmpat mengumpul dosa utk ke neraka!!!tidak perlulah beria-ria "berpesta"~ nauzubillah!!