nuffnang

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

malam ke-23

Qunut semalam sungguh syahdu
Walau sedikit maksud yang aku tahu
Ada esakan kecil kedengaran
Bacaan ayat sucinya indah sebutan
Walaupun saf tiada penuh ke belakang
Ku syukuri kerana diberi peluang
Imam ini bukan yang selalu
Hinanya diri ini kurang ilmu.

~NSI~



Surau Al-Aula, Ramadhan 1433.

Thursday, July 26, 2012

Seandainya semua tahu, indahnya mengabdi padaMu



رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
و بمحمد صلى الله عليه وسلم
نبيا ورسولا

Radhitu billahi Rabba
Wa bil Islami deena 
Wa bimuhammadin salla Allahu 'alayhi wa sallam
Nabiyyan wa Rasoola

I've accepted Allah as my Lord
And Islam as my way of life
And Muhammad - may Allah's peace & blessings be upon him
As Allah's Prophet and Messenger




Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Thursday, August 04, 2011

2 Ramadhan

baru hari kedua puasa, dah dapat 2 keping kad raya.
terima kasih anak-anak muridku.

murid tahun 1 yg sgt comel. datang kat meja cikgu dgn muka malu-malu.
"nak ape izat?"
-malu-
"izat nak g tandas ke?"
'tak cikgu, saya nak bagi ni'.
-tangan yg disorokkan di blkg dihulurkan ke depan-
"ouh, kad raya..trima ksh"

tiba-tiba dtg sorg lagi..
"cikgu, suraya bagi ni utk cikgu".
"ok..tq.tq"

balik rumah, ku tatap kad-kad raya tu. mak aih.
-KOSONG-
kepada: CAKGU SAMIMI.
itu sahaja.

hahaha. aku hanya senyum.
ni la anak murid aku :)

Monday, August 01, 2011

kelebihan solat terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan



Selamat berpuasa kepada mak,abah,abe,achik..
sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan,
serta seluruh muslimin dan muslimat di Bumi Allah ini.

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..insyaAllah.

Monday, July 18, 2011

16 syaaban

hari ni Alhamdulillah sy dapat berpuasa dgn jayanya. tp, buat-buat sedih la pulak sbb berbuka dgn maggi kari je.haha. nasib ade roti gardenia and chocolate peanut butter lady's choice. ok la tu kan. esok, saya bawak awak makan nasi kat kantin skolah ye (memujuk perut sendiri). aigoo. ok, jom buat RPH(rancangan pengajaran harian). urghhh! xde mood. xde idea bernas and best la. asyik benda sama je. mesti budak-budak bosan blaja dgn saya. xpe, amik mood dulu. tgk video-video favorita cari idea. hehs. minggu ni, sy dan cik Aya jadi guru bertugas kat skolah. dan pagi td sy kena bg ucapan utk slot semaikan budi..baca la teks yg dh disediakan. huhu. dan yg plg meriah ialah pabila nama dipanggil utk bagi ucapan.."saya menjemput Puan Syamimi utk menyampaikan ucapan" ouhh, pls laa bagi BIG clap! haha. PUAN ok. mmg sah gaya makcik bedah je aku ni. uhuks. tugas guru bertugas mingguan biasa je. ade pape, jumpa kami..check keceriaan klas..nnt, announce klas mane terbaik next assembly.insyaAllah bereh sajaa bos :)

rasanya seperti mahu pulang ke desa weekend berdekatan. menjenguk mak abah terchenta. before ramadhan tiba.bulan puasa nnt, pasti dh penat.

jom.jom. masuk opis. teeett!

Friday, September 03, 2010

kepulangan mu ditunggu

cuti sekolah bermula..
alhamdulillah.aku dah selamat dikampung sminggu yg lpas..
krn urusan SBE yg baru usai semalam.
dan raya ni insyaALLAH dpt disambut spt tahun2 lalu..
sederhana dan gembira..
bersama ahli keluarga mak+abah tercinta.

kecuali abe..kepulangan mu ditunggu..
raya ini kali pertama abe xberaya dgn kami krn urusan kerja di Johor.
krn mdapat kontrak baru under MMHE sebulan di sana.
mmg rasa agak kejam sbb dia xdpt braya d rumah..
tp,itulah amanah yg telah diberikan..
sudah pasti hatinya meronta ingin pulang beraya di sini bersama kami.xpe..bersabarlah..smoga bjumpa lg.


spnjang sminggu berada d rumah..ulang alik g skolah dan sbgnya..dah 2 kemalangan jln raya ku lihat.kedua-duanya melibatkan kematian. innalillah dan al-fatihah.3 hari lpas (otw g bazar kubang kerian) aku drive sorg2 ke sana.jln jammed truk(dpn balai islam lundang) dan ape yg dpt kulihat..skujur badan berselimutkan kain putih sedang terbaring kaku d atas jln..(mungkin penunggang motosikal) dan satu lg kemalangan berlaku~smalam(otw balik dr sekolah) di selekoh ngeri nilam puri-slpas jmbatan.antara 2 buah lori.. ku lihat kerja2 pemotongan pintu lori sdg diusahakan bg mengeluarkan mangsa..tentu sedih jika kita kehilangan org2 tersayang d bulan yg mulia ini..tp,sesungguhnya ajal maut itu telah ditentukan olehNya.

nak bercerita pasal balik kampung..sy xde pengalaman utk balik kampung jauh2 (naik kereta satu family). sbbnya mak dan abah kelantanese :) alhamdulillah. syukur gak..xperlu nak pk 'tahun ni beraya kat mana?'. kedua2 belah kampung kami pegi time raya..hurmm.cuma skrg ni je rasa BALIK KAMPUNG (tu pon naik bas) hoho.sejak2 study kat cheras..tu pon balik kampung versi sorg diri.boleh sob3 kot atas bas time nk balik cheras smula -__-  ye..teringin gak nk merasa kehangatan balik kampung ngan family (mcm spupu2 yg dok kat kL,selangor,n9,pahang dll) xmengapa..mgkin jodoh ku dgn org jauh? siapa tahu? hehe.dpt laa merasa naik kereta balik kampung sama2 (◡‿◡✿) only ALLAH knows. we just plan,ALLAH decides everything!


jadi.di kesempatan ini.sy ingin bpesan kpd sanak saudara..teman-teman yg akan pulang ke desa.rancanglah perjalanan anda sebaik mgkin..pandulah secara berhemah.ingat org yg tersayang..sayangi diri anda stiap hari :) 




                                       laluan wajib nk balik kampung: karak



Saturday, August 22, 2009

puasa

assalamualaikum..


selamat berpuasa kpd seluruh umat Islam
yg berada d atas muka Bumi ini..
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dr yg lepas..

hati2 ketika berbuka..
ayuh tunaikan solat sunat terawih..
jom! cari pahala byk2..
kpd knk2 riang blok BUDI~xsabau nk g bazar bersama..
see u ol next week!
(waaaa..aku balik maktab awal gile 29 ogos:mlm)
k lah..take care~wassalam.