hari baru..bulan baru..tahun baru..
aku masih bingung memikirkan sesuatu
sesuatu yg belum pasti berlaku
kemungkinan ya dan tidak berlaku adalah sama
semakin memikirkan,semakin terasa kebingungannya
kadang-kadang rasa macam nak gila
aku tidak tahu apa kesudahannya
kerana kehidupan adalah satu perjalanan yang panjang
bersulamkan takdir yang pelbagai
takdir yang dikehendaki dan mungkin tidak dikehendaki
tp,semuanya perlu diterima dgn hati yg ikhlas
semua ini tidak boleh dilawan
kerana ianya adalah takdir yang telah ditetapkan Ilahi
sehebat mana kita, kita tak mampu mengubah takdir
kenapa mesti ada yang merana dan terluka?
kerana kita semua sedang diuji oleh Pencipta
tak sanggup melihat semua orang kecewa
namun,aku bukan minta belas dan kasihan sesiapa
tapi,ku minta didoakan sentiasa
aku tahu, aku miliki ramai teman
yang selalu mengingatkan aku bila dlm kealpaan
aku manusia biasa yang selalu terleka
kuperlukan satu tongkat bagi memipinku
melalui liku-liku kehidupan yg belum kutahu
dan sudah pasti,tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Esa
teman,ingatkan aku bila ku terlupa
mungkin aku belum nyanyuk
tapi,aku dalam kelalaian di bawah sedar
tegurlah aku jika ku berlebihan
marahlah aku jika ku melampau
saya mmg begini dan begitu!
~syamimiibrahim~
1 comment:
kenapa ckp begitu.
Will always be here whenever u need me, selagi boleh.
Mari kita jalani kehidupan ini bersama. Tambahan pula, u're one of first friends in cheras.
Ukhuwah eternally :)
Post a Comment