nuffnang

Showing posts with label her life. Show all posts
Showing posts with label her life. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

11, teruskan menghitung.

Alhamdulillah. 
11/1/1989 - 11/1/2013.  #24
12/1/2002 - 12/1/2013.  #11

Terima kasih, Ya Allah atas ukhwah yg terbina antara hati-hati kami ini. Eratkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Ya Rahman, Ya Rahim. Walaupun detik waktu terus berlalu menyepi, teman sejati sentiasa bersama kami. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua dengan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.


Di sini, bermula. 
Perkara-perkara baru yang telah aku masukkan dalam hidupku. Sebagai pengalaman, sebagai pedoman dan sebagai landasan. Aku bersyukur kerana berpeluang. Alhamdulillah! Yaasin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Al-Quran, Al-Ma'thurat, Dhuha, Sujud Sajadah, Usrah, Imam, Makmum, Pengurusan Jenazah, Fardu Ain, Puasa, Tazkirah dan lain-lain. Banyak yang pertama kalinya aku mulakan di sini. Ya, dalam 5 tahun di sini! Belajar. Bermain. Bersahabat. Berguru. Mendisiplinkan diri. 




Ya Allah, kuatkan hatiku untuk terus setia dgn tujuan hidup di dunia yg hanya singgahan ini. Khalifah. Ibadah.  Setiakan aku sbg hambaMu.






Aku hidup, aku mati. Lillahi Taala. Insya Allah!

Saturday, November 03, 2012

ini bukan buku 555

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (45:28)




:')



adakah dosaku setinggi gunung?
amalan pula? 
Astaghfirullahalazim.


InsyaAllah diteruskan..juz 26 :) 

Thursday, October 04, 2012

hidup yang semakin merapuh :'(



Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terang Mu
Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmat Mu
Allah Kau Maha Cahaya, beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah dalam sesat ku melangkah

Menghitung diri tanpa sedar air mata
menjadi saksi banyak waktu sia-sia
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh


-opick-

Monday, October 01, 2012

away



hampir berhenti.
kuatkan hati!
ada 40 hari.
sikit je lagi.



.syamimi.

Friday, September 14, 2012

first time mak.


first time. 
gajah yg xpernah berenang, tiba-tiba terapung dalam air.
Alhamdulillah 1st time snorkeling :D 
walaupun terkedek-kedek macam itik balik kampung.
thank you guys for the syioks momento. 
||Pulau Besar, Mersing||

Sunday, February 19, 2012

saya akan sentiasa menunggu hari jumaat.

Anda pula bagaimana?



suka laaa hari jumaat.
hari jumaat = penghulu segala hari...
hari jumaat hari terakhir bekerja dlm seminggu...
(time balik sekolah, ada rasa ketenangan)





#rutin baru hari jumaat bersama kenalan baru. Semoga Allah memberi sinar hidayah kepadaku dan mereka. InsyaAllah. semoga perkongsian ilmu kami diberkati. semoga kami berada di jln yg benar dan diredhai oleh-Nya. 


Terima kasih kepada sahabat. InsyaAllah. Pasti ada jalannya :)

Thursday, January 12, 2012

Thanks Kenny for the celebration! awww


Aku dan Kenny Rogers telah berkawan baik sejak 1991. masa tu umur aku baru 3tahun. dia dah tua la. pangkat atok-atok gitu. kami sama-sama mulakan business jual ayam golek sambil dia nyanyi-nyanyi and cipta lagu. umur 6tahun, aku balik kampung. aku mintak orang kampung jual ayam-ayam mereka kat aku. lpas tu, aku cuba bukak kedai kecil-kecilan. dan ia semakin berkembang pesat skrg. warna hitam merah mmg sinonim la dgn kedai ni.

terima kasih sbb sudi celebrate birthday saya yg ke -23, Kenny. susah-susah je.
umm..dah lama xjumpa kan :)


ni pulak, sahabat-sahabat aku dari planet KASTURI yg bagi (refer pic1). siap ada lilin hijau 4 ketul. seketul sorang eh? . sgt memahami citarasa aku yg sukakan kegarangan Angry Bird..cuba tgk, burung-burung ni tgh marah. rasa nak lempang laju-laju tak?

awak semua!! terima kasih keladi bunting (Nadira:11 Januari 2012).
loves~


balik dari KRR, teman-teman dari planet BANGSAWAN pulak bagi ni. siap nyanyi bawak kek ada lilin pink pulak-- terima kasih sgt. kita akan celebrate semua birthday org rumah sbb ni final year duduk sebumbung kat planet ni.
insyaAllah :)


23tahun 1 hari. 8.10pagi-sampai kelas. (refer pic4) dua dari kanan yg bagi. yg plg kiri menerima dgn gembira. thanks uols! hadiah xbukak lg ni. hehe. 


Alhamdulillah. saya sgt bersyukur dpt hidup hingga saat ini. dah 23 tahun ye. diulang 23 tahun. family makcik pakcik kawan wish siap doa---semoga cepat dapat jodoh. aku mengAMINkan dgn cepat2.haha. insyaAllah. kan tiba waktunya. keep praying.


rakan-rakan, terima kasih krn menceriakan hari-hari sy yg indah! 
thank you people. May ALLAH bless everyone. loves!

Sunday, October 30, 2011

kau PENAKUT kan?

KAU..bagaikan udara...zasss~sepantas kilat kau berlari. dari bilik peraduan ke dapur. dari dapur ke bilik peraduan. di tgh pekat malam.kau gagahkan diri ke dapur. sendirian kau berlari melintasi ruang legar. menyapa abah yang sedang menonton tv, entah siapa sedang bergusti.semua tu kau tak ambil endah. yg penting, tekak kau perlukan air utk melastik  VCO yang ditelan tanpa air seminit tadi. sia-sia usaha menelan.nak tunjuk hebat kepada diri sndiri. last-last tercekik seorg diri. aigooh (gaya farhani jatuhkan kepala~ala-ala Seo Hyun). kau spesis penakut. kau yakin? kau memang penakut tegar alaf ini. confirm. takyah tanya byk!!


benda simple yg buat kau takut ialah kegelapan. tidur malam di mana-mana teratak, tak pernah kau gagahkan diri switch off the kalimantangs. kecuali masa blackout. no choice.


kilat yg terpanah juga membuatkan kau melarikan diri ke bawah selimut? kau memang....kesian kau. atau kau akan cari lorong/ruang tertutup dari pandangan mata? mata terpejam. mulut terkumat-kamit membaca ayat suci yg terlintas di mata hati. pelik la kau ni! rungut seorang rakan.


tidak mengapa. walau ape pon yang pelik. kau perlu terima. kerana kau adalah aku! 

Friday, October 14, 2011

riak betul manusia dengan kekayaan dunia

indahnya jika kita berjodoh.hiks~




tiada pekerjaan habaq hang!

motif aktiviti: menunjuk-nunjuk itu tak NICE..ade org kata!

motif asal~1st time pakai pashmina uols :P

Saturday, September 03, 2011

murry seek

selamat...selamat hari raya..mohon maaf..zahir batin..selamat hari rayaaaaaaa!! aidilfitri yang mulia.

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ ✰* ★
| 田田 |門|
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

okeyhh..jom raya di kampung halaman hampir selesai. Alhamdulillah keluarga tersayang dan rakan-rakan yg jauh, dpt berkumpul bersama. InsyaAllah akan menyertai anak-anak desa yg lain pulang ke ibu negara meneruskan kehidupan di sana pada awal pagi esok. harap akan selamat smuanya.amin.

MENU:raya day 1-merendang. raya day 2-menjala. 2 hari je mengopen housingkan rumah. raya ke-3 dan ke-4 berjalan-jln ke serata alam.raya kali ini sgt meriah dgn kehadiran rakan-rakan dan kunjungan ke sana sini bersama gfs. penat xsudah uols. balik rumah, tdo semedang.

ok..raya kedua punya kisah. ade org dtg murry seek? kah3. gelak guling-guling bawah kereta api. perlu ke datang pada hari raya yg mulia? sy xtau btol ke tak semua ni. tapi, pakcik saya punye keje la. mungkin suka-suka hati limpa dia je nak bawak 'kawan' dtg rumah sy ni. and bila makcik saya tnya mak, 'mana angah?' mak jawab, 'keluar dgn kawan-kawan-kawan dia'. mak hairan! -_- ?? makcik jawab, 'nasib baik'. mungkin nasib saya sentiasa baik-baik saja ye makciks. amin. kepada makcik-pakcik, saya masih muda. dan saya harap tak perlu lagi utk iklan cari jodoh dilancarkan. insyaAllah,masanya akan tiba..soooooon.





Saturday, August 13, 2011

chuwahae



I said, I like you!
So, don't like her!

If u like me, can't u like only me?
I don't want to be hurt.
Can't u just like me?


awak, i'm sorry!



Saturday, July 16, 2011

blind -'-___-'-




my blind love.cold heart of love.
because i love you, please see me.
because i only love you, please be by my side.
as long as the step, i was there waiting for you.
today,million times calling you again.
even know that you can't hear but still calling you.



Saturday, July 09, 2011

cikgu dah kawen ye? urghh! :(

sabar jela mak...doakan terbaik utk anakanda ini. praktikal 2 pon baru start. tunggu angah balik dkat2 nk raya nnt.. i know u miss me, rite? sbb tu suruh angah balik kan. sape la xnak balik.sobs.tp, bebanan keje byk.aishh. pasal pen'jodoh' bilangan tu...the right time will come, mummy! malas nak fikir lagi.. diri sendiri pon xsedia lagi hokeyy..urgh. i just turned 22. so what? enjoy la dgn diri sendiri yg mmg best ni..huh? org kata, xde life? come on la.. life ni best je kalau kita hidup dgn cara yg kita suka. no worries ye hadek2. janji Allah tu pasti. keep praying :) tdo pon masih dgn Teddy Mr.Bean ditemani Spongebob si seluar kuning. haha. matured nya, x lagi. prangai masa umur 15thn n 22thn equal je!


next week ade kursus kurus kat maktab. ops silap.kursus kawen. girlfriends ajak masuk sbb murah2 je dik. lima puloh hengget selonggok. n dapat sijil trus. ape kata anda? saya kata, rilek la dulu. sbb mmg xpnah pk pon pasal benda2 mcm ni. mcm sangat awal je..bajet nak amik dgn 'bakal driver' nnt.. omo! lupakan saja!!!


mak siap pesan. kawen nnt, jgn duduk rumah mentua. duduk rumah sendiri. berdikari masak kari pls. haha..macam-macam la. sejak umur dh melebihi 20 thn ni, asyik sembang psl kehidupan wanita+family+adab sopan+rumah (versi takde tangga) dgn mak. mak mmg best sbb dengar je ape yg anak dia bebel entah pape. ceritera itu ini. hehs. sabar jela. mak bosan la tu dok rumah sorang-sorang..nak main ngan cucu kah? mintak ngan abe pls! hahha. abe yg seorg ni, bila lg nak kawen? kumpul duit ke, cetak duit? duit xkan habis dikumpul la bro.. make it simple n cool.. xperlu kawen gempak ala-ala artis, kalau xbahagia. cheh! umm. kang sy langkah bendul baru tau.


ayat utk hidup lebih tenteram dan jiwa selamat sihat walafiat:

"jgn pernah risau akan j0dohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkn imannya.Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bhawa jodoh yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan bagi memimpin dirimu kelak. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu".



jadi, renung-renungkan, sampai termenung! haaha. till then.
faith in Allah is the best way to seek happiness. insyaAllah!


Sunday, June 26, 2011

for training---Gil Ra Im :)



Syabas syemm! HAHA. ini dia jualan penghabisan stok utk yg tersayang-diri-sendiri. saya cekup di Leisure Mall sahaja..kacak tak bang? ahaks!

prepare for my next practicum.. physical education dowh! fighting! RPH confirm panjang berjela.perlu lebih tekad dan usaha. Puan K dan Encik A, sila bantu saya menjadi bakal guru yg cemerlang..insyaAllah! Apa khabar bekas anak-anak murid di SK Jalan Peel? Apa khabar pula bakal anak murid di SK Cheras Baru?

Inilah dia bukti yg menunjukkan saya menyayangi dan menghargai diri sendiri..dgn sedikit memenuhi 'kehendak hati'..ouhh nafsu! -_-

Alhamdulillah. 4tahun dah berlalu di IPGM KPT. semuanya berlalu dgn baik. syukur kpd Yang Maha Esa. Alhamdulillah yg tak terkira.



Friday, June 24, 2011

ALHAMDULILLAH


melihat alam dgn penuh ketenangan ptg tadi.
Subhanallah. HIJAU!

jog 3 round kat tasik permaisuri dgn Farhani Rafed.


penat, tapi gembira!


Al-Waqiah --done!
jom main masak2 bersama gfs!

Monday, January 17, 2011

baby KAWASAKI NINJA


baby KAWASAKI NINJA
.

Ke hadapan Encik Suami yg kini berada di merata tempat di Bumi,
nanti Puan Isteri nak beli ini utk kamu.
suka tak? saya suka :D dah guling-guling ni.
pls make sure, u ada lesen motosikal.
kalau takde pon..xpe,nnt sy teman awak ambil lesen.
i miss you.take care di mana-mana!

Tuesday, January 11, 2011

May Allah bless.

Alhamdulillah. i just turned 22 on 11.1.11
thanks for the wishes and thoughts. love uols.

mak,abah.terima KASIH ku. terima kasih utk semua.

post yg buat sy tersenyum lama (✿◠‿◠) :
❤ex-roomate ✿
❤kelisa puteh
✿
❤habaq hang!✿

--->thanks for the surprise! terkejut mak nak! haha.dgn kenangan bersama ATOK NAKAL di kedai adik. haishh. Alhamdulillah semua selamat.

Alhamdulillah.syukur utk segala yg dah saya lalui sepanjang penghidupan 22tahun ini.dunia ini hanya persinggahan.dan di sinilah tempat utk berhidup dgn baik. define baik? baik dari segala hal. insyaAllah. May Allah bless. saya juga ingin jadi yg terbaik utk mak abah(anak solehah),utk dia(?), utk diri sendiri utk agama dan masyarakat. semoga jalan yg sy pilih utk dilalui ini adalah jln yg benar,jln yg diberkati dan dilindungi oleh-Nya.InsyaAllah.



They all are precious in their way. hugs.loves.Thanks for the memories.


Thursday, January 06, 2011

khamis


hari ni kehidupan berlalu dgn baik.

-bgn pagi 10.00am
-kelas 11.30am
-lunch 1.30pm
-kelas lagi 2.30pm
-bayar bil streamyx dan elektrik 3.00pm
-lepak dgn diri sendiri 4.30pm
-jln kaki ke pasar malam 8.00pm
-bercinta dgn algebra 11.00pm



so-called-SA? :D

0010 - i met u here.we never know each other till awak nak basuh baju same2.jimat coins 50sen.then, mulalah kisah hidup awak dan saye.awak yang memahami.awak yang banyak menasihatkan,mengingatkan kawan yg alpa ni. terima kasih awak.sayang awak sampai akhir hayat insyaAllah.*hugs*

Tuesday, December 07, 2010

yiduaaaaaaaa! ngiauan rindu seekor kucing.

ku mengaku ada rindu
ku ajak merpati putih singgah di kamar sepi
untuk mengutus khabar kepada dia
dia yang juga rindukan aku
apa khabar dia di sana?
sedang gembirakah atau bermuramkah dia?

kau kata kau gembira
tapi ku tahu apa yang ada di sudut hatimu
terselit rasa kecewa
kecewa dgn apa yg terpaksa kau terima
menerima seseorang yang tidak pernah kau duga
ku tahu ia perkara sukar dalam hidupmu
lakonan bagaimanakah perlu kau persembahkan nanti?
adakah kau pelakon yang hebat?
atau akan kalah sebelum ia bermula

kuatkan hatimu 

aku sentiasa ada di sini
akan ku cuba membawa kekecewaan itu pergi jauh
akan ku isi keriangan gelak ketawa 
berbekalkan lawak bodoh yang aku ada
dan kuharap kau suka supaya kau tak lagi merana
aku di sini bukan suka-suka
aku melihat kau sebagai sebuah harapan yang pasti
di hadapan nanti kita bersua jika masih ada masa
dan aku harap kau ikhlas menerimanya. 



SAYA SAYANG AWAK eternally and infinity.



terima kasih awak yang menemani
---si pengail malam---