nuffnang

Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

11, teruskan menghitung.

Alhamdulillah. 
11/1/1989 - 11/1/2013.  #24
12/1/2002 - 12/1/2013.  #11

Terima kasih, Ya Allah atas ukhwah yg terbina antara hati-hati kami ini. Eratkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Ya Rahman, Ya Rahim. Walaupun detik waktu terus berlalu menyepi, teman sejati sentiasa bersama kami. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua dengan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.


Di sini, bermula. 
Perkara-perkara baru yang telah aku masukkan dalam hidupku. Sebagai pengalaman, sebagai pedoman dan sebagai landasan. Aku bersyukur kerana berpeluang. Alhamdulillah! Yaasin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Al-Quran, Al-Ma'thurat, Dhuha, Sujud Sajadah, Usrah, Imam, Makmum, Pengurusan Jenazah, Fardu Ain, Puasa, Tazkirah dan lain-lain. Banyak yang pertama kalinya aku mulakan di sini. Ya, dalam 5 tahun di sini! Belajar. Bermain. Bersahabat. Berguru. Mendisiplinkan diri. 




Ya Allah, kuatkan hatiku untuk terus setia dgn tujuan hidup di dunia yg hanya singgahan ini. Khalifah. Ibadah.  Setiakan aku sbg hambaMu.






Aku hidup, aku mati. Lillahi Taala. Insya Allah!

Thursday, August 11, 2011

maafkan saya cikgu

pagi yang hening..hari ni saya membantu rakan melatih anak-anak didik kami (5Tekun) bernasyid utk majlis penutup tadarus 22 Ogos nnt. spatutnya saya perlu ajar PJ..tapi, sy gunakan waktu ni utk bg peluang kat budak-budak hafal lirik lagu nasyid. sambil jenguk anak-anak bernasyid, sempat la lepak borak ngan beberapa org student. tiba-tiba (sambungkan karangan ini dengan perkataan tiba-tiba........) ----ni versi karangan skolah rendah dolu-dolu.


Tiba-tiba, Shafiqah mendekati. merapatkan diri kpd guru ini. tangan sy ditarik, disalami, dicium. "Cikgu, maafkan saya". saya tergamam. "knape ni Shafiqah?" mata dia bergenang. ada kolam air yang hampir pecah betakung di bibir mata. "Cikgu, sempena bulan baik ni, saya nak mintak maaf kat cikgu". Ya Allah, terharunya saya mempunyai anak didik spt ini. saya tersenyum :) dan mengangguk. "Awak xde buat salah ape-ape dgn cikgu". Dia membalas senyuman. kolam air mata pecah. sobs. air mata dilap dgn hujung lengan baju.
wuuuhu. ini kisah muridku hari ini.

Sunday, July 03, 2011

SK Cheras Indah-Practicum 2


ok! whistle, ready!! for physical education.
xsabar nak tiup kuat2! HAHA :P

Now, everything is ready!
heart n soul, physical n mental n bla-bla-bla.
All the best guys! fighting!
May Allah bless us. InsyaAllah.


pen sekilo ini untuk tulis lesson plan :)


--Namun,SKCI telah mengambil keputusan bijak dgn mendapatkan Cuti Peristiwa pada hari esok. Jadi, saya hanya perlu bersenang lenang di rumah menunggu hari Selasa utk ke sekolah. Selamat Berjuang sahabat!--