nuffnang

Showing posts with label love~mom. Show all posts
Showing posts with label love~mom. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Saturday, July 09, 2011

cikgu dah kawen ye? urghh! :(

sabar jela mak...doakan terbaik utk anakanda ini. praktikal 2 pon baru start. tunggu angah balik dkat2 nk raya nnt.. i know u miss me, rite? sbb tu suruh angah balik kan. sape la xnak balik.sobs.tp, bebanan keje byk.aishh. pasal pen'jodoh' bilangan tu...the right time will come, mummy! malas nak fikir lagi.. diri sendiri pon xsedia lagi hokeyy..urgh. i just turned 22. so what? enjoy la dgn diri sendiri yg mmg best ni..huh? org kata, xde life? come on la.. life ni best je kalau kita hidup dgn cara yg kita suka. no worries ye hadek2. janji Allah tu pasti. keep praying :) tdo pon masih dgn Teddy Mr.Bean ditemani Spongebob si seluar kuning. haha. matured nya, x lagi. prangai masa umur 15thn n 22thn equal je!


next week ade kursus kurus kat maktab. ops silap.kursus kawen. girlfriends ajak masuk sbb murah2 je dik. lima puloh hengget selonggok. n dapat sijil trus. ape kata anda? saya kata, rilek la dulu. sbb mmg xpnah pk pon pasal benda2 mcm ni. mcm sangat awal je..bajet nak amik dgn 'bakal driver' nnt.. omo! lupakan saja!!!


mak siap pesan. kawen nnt, jgn duduk rumah mentua. duduk rumah sendiri. berdikari masak kari pls. haha..macam-macam la. sejak umur dh melebihi 20 thn ni, asyik sembang psl kehidupan wanita+family+adab sopan+rumah (versi takde tangga) dgn mak. mak mmg best sbb dengar je ape yg anak dia bebel entah pape. ceritera itu ini. hehs. sabar jela. mak bosan la tu dok rumah sorang-sorang..nak main ngan cucu kah? mintak ngan abe pls! hahha. abe yg seorg ni, bila lg nak kawen? kumpul duit ke, cetak duit? duit xkan habis dikumpul la bro.. make it simple n cool.. xperlu kawen gempak ala-ala artis, kalau xbahagia. cheh! umm. kang sy langkah bendul baru tau.


ayat utk hidup lebih tenteram dan jiwa selamat sihat walafiat:

"jgn pernah risau akan j0dohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkn imannya.Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bhawa jodoh yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan bagi memimpin dirimu kelak. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu".



jadi, renung-renungkan, sampai termenung! haaha. till then.
faith in Allah is the best way to seek happiness. insyaAllah!


Friday, April 16, 2010

m.a.k dan a.b.a.h


di saat ku mengarang post ini..
mak skrg berada d puchong..
abah kat umah dgn acik..memandangkan acik skolah n abah keje..
so,mereka xdpt dtg bersama.
insyaALLAH hujung bulan ni abah n acik dtg kL.
mak slmat smpai d puchong pagi td bsama abe..
alhamdulillah...
knape mak di sini?
krn kami mahu mak sihat dan gembira..
di harap,segala usaha dan ikhtiar yang kami lakukan ini mendapat keberkatan 
dan keredhaan dari-Nya..amin...insyaALLAH.



hurmm..nmpaknye aku stay kat cheras ni selama 2 bulan tanpa balik umah.

huahhh~rindu rumah!!!
sbnarnya..rindu family tersayang! :'(
insyaALLAH..esok nk g jumpa mak+abe kat puchong..yeay! 
i miss u mom! x0x0 plss~
acik~angah harap acik KUAT ye! 
sila study dgn rajin..jgn main2 sgt..
for ur future little bro!


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥luvs ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Saturday, November 28, 2009

ujian Allah ada hikmahnya

~Salam~

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi,
"sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar".
Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal. 


 Oleh itu, betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan, pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. 
Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya.
Ini ditegaskan lagi oleh Allah, 
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.
(QS Ath-Thalaq:4).


Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah.


Sebab itu Allah menjanjikan, 
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(QS Al: Insyirah:5-6) 




kpd ibu yg disayangi,trimalah Ujian ini dgn hati yg ikhlas..
sesungguhnya..Allah Maha Mengetahui atas setiap kejadian..
semoga hatimu lebih tabah..InsyaAllah..


>>>>>LOVE:doter<<<<<