nuffnang

Wednesday, September 01, 2010

temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu

Adam.....
Coretan ini hanya untukmu.
Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa akan tergelincir dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir didorong oleh nafsu-nafsuku. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

3 comments:

Anonymous said...

adui kak! menusuk kalbu baca u punya post ni! jiwang karat bertan2... hahhaha

cryclown said...

amin:)

shasha_iffa said...

hai adik anonymous! haha. tertusuk ke? haruslah..demi pemilik tulang rusuk! :D


encik badut: AMIN.encik badut xboleh nangis :) hehe.