nuffnang

Showing posts with label manusia ni aneh. Show all posts
Showing posts with label manusia ni aneh. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

sejuk ni.

aku gosok-gosok tapak tangan
yelaa.sejuk!
rasa nak terkencccc pulak.
 sila pergi tandas.
singgah bilik mak jap.
mak tak sejuk ke? sejuk!
aku mencapai kain selimut mak.
aku layangkan ke atas badan mak.
mak tidur ye. mimpi indah!
jam di dinding ku kerling.
baru 8.30mlm. awal mak tidur.

aku akan tunggu abah balik. 
abah balik lewat hari ni. overtime katanya. 
bukan pergi rumah bini muda!
tunggu abah bawa balik satay.
mintak-mintak la satay masih panas.
sebab aku sedang sejuk.
bestnya. aku suka satay ayam.
nak tengok tv jap.
cukuplah menaip.
titik--->    .


Saturday, November 13, 2010

awak sahabat saya? atau saya je sahabat awak?

sahabat bukan macam skate  board.
belum main digilap.
tengah main dipijak.

sahabat bukan macam bola sepak.
belum dapat kejar.
dah dapat tendang.

sahabat bukan macam bulu tangkis.
belum main pegang.
tengah main dipukul.


tapi..mungkinnn..
mungkin ye kawan-kawan.
(dan mungkin bila nanti)

sahabat macam bola ragbi.
belum dapat rebut.
dah dapat dilindungi.

sahabat juga macam jari.
lukanya sembuh sendiri.
tapi,hilangnya tiada ganti.


-----------------------------------------------------

ohh..susah ye nak jadi sahabat.
dan susah juga nak cari sahabat.
ramai yg jadi musuh dlm sampul bantal.
ada juga jaja cerita sambil jaja kerepek pisang.
jgn asyik nk kejar glamour kalau xkena cara.
harus ada rasa kurang pada diri.
jgn asyik nak cari salah org.
paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
opsss.terlebih sudahhh.
jgn la sampai diri dibenci orang.
kebencian boleh jadi dendam.
dan dendam membawa padah kalau tak terkawal.
bawak-bawaklah ke laut perangai yg kureng tu.
bank in kat BSN ke.   (⋋▂⋌)
boleh jgak guna time nk SHOPPING?
jgn nk tunjuk belang sangat.
hidup tak lama.
jgn perasan nak tongkat langit pulak.



silalah berbaik sangka kpd kawan-kawan.
HUSNUZON pls.


umm..SAHABAT,makin suram persahabatan kita :'(

Wednesday, September 01, 2010

temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu

Adam.....
Coretan ini hanya untukmu.
Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa akan tergelincir dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir didorong oleh nafsu-nafsuku. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

Monday, June 07, 2010

kan ku tunggumu


berhari....
kini, bertahun ku menunggu
namun kau belum matang
kau masih seperti hari-hari yang lalu
belum memahami isi hatiku
perlu kau tahu,masih ada sayang di hati ini
kasih ku masih bersisa
keinginanku untuk memilikimu masih terasa



ye! kau masih hijau di situ
bila mahu matang ye Abg Manggis?
sampai bila harus ku menunggu?
cuti semester hanya 3 minggu
ingin ku lihat wajah mu bertukar gelap
inginku ambil dirimu menjadi teman isi perutku
(purple di luar,putih di dalam)
walau rupamu tidak setampan yang kuharapkan
kau tetap menjadi pujaan hatiku
ku harap kau tidak menghampakanku
jangan kau pergi meninggalkanku
kerana aku masih mengharapkanmu



kau ilhamku!

walaupun lu hanyalah manggis di kebun nenek gua!




aku akan datang lagi
membawa harapan untuk menjemputmu
pabila waktunya sudah tiba
ku harap kau setia padaku
jangan gugur layu di tangan gadis lain
jaga dirimu 
kerana aku tidak dapat menemanimu
sehingga akhir hayat kita

kau buah-buahan tempatan
aku manusia biasa




Saturday, May 08, 2010

perempuan perlu tahu!

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).. 

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.. 

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.. 

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.. 

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita.. 

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita..

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!! 

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.. 

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.. 

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.. 

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!! 

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.. 

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.. 

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya
ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan..


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.. 

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.. 

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.. 

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



*kurangkan mencari..banyakkan menjadi!!*

Monday, March 29, 2010

grab me pls.


ok! dis is serious syg2 sekalian..
kasihan sgt kat org mcm ni.
akibat mabuk membuat assignment, sy dh silap grab something.
apocot PANAS nye bang!
charger laptop dah kemas dlm genggaman.
mouse DELL menyala sepi di sisi tgn.
serious! malu pada diri sendiri dan mereka yg menonton.
sekian,terima kasih..

Wednesday, April 29, 2009

mimpi..d ptg hari..
pabila bintang berjalan d bumi..
ini realiti atau fantasi???
aku tahu isi hati mu..
teropong kerenahmu..
spanjang santai mu lebih selesa..
dia boleh angkat kau ke angkasa..
tp kau boleh ikut dan tiru macam dia??
ku dimainkan berkali2..
ada yg memperdayaku..ku x mengapa.
tp,ada yg mempergunakanmu!!
yg buat kau leka dan taksub d blkg tabirnya..
inikan lumrah dunia dan ragam insan..
kau naik lift..aku naik tangga.. 
aku x bertuan..kau ramai kawan?
aku  x kesah..sbb kau hanya jaguh kampung cuma..
isnin sampai jumaat..
sape cpt.. dia dpt..
kalau sakit.. mkn ubt..
ape kau buat? ingat aku heran sgt?
dengan kau seorg..
yg mudah berterus terang..
hanya kau yg ku syg..
aku mmg dh pening skrg!!!
bye~