Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada, lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!
Pilihlah jodoh dengan dua cara:
- Pertama, jadilah orang yang baik.
Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. - Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik.
Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati,semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
InsyaAllah :) CINTA SAMPAI KE SYURGA.
Barakallahulakuma Kak Aimi dan Abg Fad.
May Allah bless.
No comments:
Post a Comment