Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya
kembalilah kepada Yang Esa
yakin pada-Nya panjatkanlah doa
Ya Allah pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku jalan yang benar
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya
No comments:
Post a Comment