nuffnang

Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Friday, October 12, 2012

situasi


5 situasi nak tengok seorang lelaki tu betul-betul 
"beriman, kacak, hensem, macho dan smart" :


  1. Masa dia menangis solat or berdoa mohon ampun waktu bangun tahajud tengah malam (maknanya dia jenis yg bangun mlm utk tahajud dan insyaAllah lelaki beriman)
  2. Masa dia jemur kain baju selepas cuci sendiri baju tu
  3. Masa dia berpayung tengah panas 
  4. Masa dia ketuai tahlil dan jadi imam solat
  5. Masa dia dukung baby sebelah tangan, sebelah lagi pimpin anak lagi satu yg dah boleh berjalan



(:   Jadilah kacak di sisi Allah terlebih dahulu...

Wednesday, June 06, 2012

they got married

Yes, they got married. 
---> 3 Jun 2012 <---

congrats Abe n Kak Nurul.
BARAKALLAHULAKUMA. 



  

May Allah bless both of u.
CINTA sampai ke syurga :) 
InsyaAllah.

Saturday, April 21, 2012

ini JARAK kita..

Apabila RINDUKAN seseorang , pejamkan mata..dan..



 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

 #Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Friday, January 13, 2012

pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.



Apabila dirimu menyukai seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki . Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan , maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan . Jangan sesekali kamu merayu pada si dia , kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka . Apabila hati dipersenda , pasti sebuah kekecewaan akan menerpa . Namun , jika dirimu memohon terus kepada Allah SWT , penciptanya , dua kemungkinan sedia menanti kamu , iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.


Friday, November 04, 2011

cincin dah beli

“CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU, yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA, dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA .”




--  :D  --

#May Allah bless dis relationship. ber'cinta'lah kerana Allah. bukan kerana nafsu!  

Tuesday, March 01, 2011

jangan terpaksa utk mulakannya

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. InsyaAllah.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.


Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores :)


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.


Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh sini sana.Ini bukan soal cinta atau suka.Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

p/s~~~Ayuh lengkapkan diri dgn ilmu,amal,pengetahuan hukum dan sebagainya. semoga kelak tidak celaru jadinya. jgn jadikan agama sbg mainan, krn hukum agama yg mudah inilah yg sering dipermainkan oleh manusia yg alpa.nauzubillah.


Saturday, October 09, 2010

your lady's choice.

if u find yourself in love with someone and that someone does not love you....be gentle with yourself, there is nothing wrong with you but love just did not choose you rest in that someone's heart.

if you find someone in love with you and you cannot answer that love...feel honored that love has came by and called on your door, but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart..

if you find yourself in love with someone and the love return..it still can happen that love chooses to leave. do not try to reclaim it and do not assess any blame...let it go..despite the pain, there is a reason and meaning to this..you cannot choose love by yourself...

because : LOVE CHOOSES YOU~



Sunday, October 03, 2010

(◡‿◡✿)

jika aku jatuh cinta.
berilah cintaku kpd Adam yg lebih mencintaiMu Ya ALLAH.
dan berilah masa yg sesuai utk aku memiliki cinta yg halal itu.
jgn kau uji aku dgn cinta krn nafsu.
jauhkanlah aku dari lembah kemaksiatan.
peliharalah hatiku dan hatinya.amin.



~shasha_iffa~