nuffnang

Showing posts with label Hawa. Show all posts
Showing posts with label Hawa. Show all posts

Wednesday, June 06, 2012

they got married

Yes, they got married. 
---> 3 Jun 2012 <---

congrats Abe n Kak Nurul.
BARAKALLAHULAKUMA. 



  

May Allah bless both of u.
CINTA sampai ke syurga :) 
InsyaAllah.

Friday, November 04, 2011

cincin dah beli

“CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU, yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA, dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA .”




--  :D  --

#May Allah bless dis relationship. ber'cinta'lah kerana Allah. bukan kerana nafsu!  

Tuesday, March 01, 2011

jangan terpaksa utk mulakannya

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. InsyaAllah.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.


Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores :)


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.


Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh sini sana.Ini bukan soal cinta atau suka.Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

p/s~~~Ayuh lengkapkan diri dgn ilmu,amal,pengetahuan hukum dan sebagainya. semoga kelak tidak celaru jadinya. jgn jadikan agama sbg mainan, krn hukum agama yg mudah inilah yg sering dipermainkan oleh manusia yg alpa.nauzubillah.


Tuesday, November 23, 2010

Ya Allah,jadikan aku sekuntum mawar berduri.

Di antara kuntum-kuntuman bunga, jadilah dirimu seperti mawar. Namun, andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin dengan penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Sunday, October 03, 2010

(◡‿◡✿)

jika aku jatuh cinta.
berilah cintaku kpd Adam yg lebih mencintaiMu Ya ALLAH.
dan berilah masa yg sesuai utk aku memiliki cinta yg halal itu.
jgn kau uji aku dgn cinta krn nafsu.
jauhkanlah aku dari lembah kemaksiatan.
peliharalah hatiku dan hatinya.amin.



~shasha_iffa~