nuffnang

Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Sadaqallahul 'Azim

Tafsir hijau ditutup rapat dan dikucup beberapa kali.. dengan lafaz Sadaqallahul 'Azim aku mengakhiri Surah Maryam. InsyaAllah malam esok bersambung dengan Surah Taha.. insyaAllah.... hati tenang seketika kerana masih mendapat peluang untuk terus membacanya setelah kembali suci.. setelah seminggu menyepi, it's soothing me.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air". Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran".

“Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” (Abu Daud & Ahmad).


InsyaAllah. selagi mata dapat melihat menghayati ayat-ayat panduan hidup, selagi bibir mampu menyebut bait-bait ayat suci, selagi telinga dapat mendengar alunan indah ini, selagi peti suara masih bersuara, selagi air mata mampu mengalir pabila hati tersentuh mengetahui isi tafsir, selagi ada yang terkesan di hati, insyaAllah.insyaAllah. insyaAllah. aku akan setia membaca.mengamalkan. dan berkongsi kepada yang mahu. kuatkan hatiku Ya Allah. supaya panduan hidup ini akan terus menjadi peganganku. dan tabahkan hatiku. tambahkan kesabaran kepadaku. setiakanlah aku kepadaMu. kerana aku, hamba Mu :)


terima kasih kepada mak abah yang memperkenalkan dan membimbingku membaca Al-Quran..juga arwah Tok Ayah yang menegur silap salah ku dalam mengenal hukum bacaan ayat suci. Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.




Wednesday, January 19, 2011

Al-Kafirun.

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
Say: Oh you who turn away.
I do not worship what you worship,
nor do you worship what I worship.
And I will not worship what you worship,
Nor will you worship what I worship.
Your way is yours, and my way is mine.
(Al-Kafirun)

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8.



Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You.



Ya Allah,kuatkanlah Iman ku. Jauhi aku dari segala kealpaan yang menghinakan diriku, keluargaku, dan agamaku. Kau tunjukkan aku jalan yg benar. Kau lindungilah aku dari segala perkara mungkar, maksiat serta godaan syaitan. Allahuakbar!!!