nuffnang

Monday, October 10, 2011

Sadaqallahul 'Azim

Tafsir hijau ditutup rapat dan dikucup beberapa kali.. dengan lafaz Sadaqallahul 'Azim aku mengakhiri Surah Maryam. InsyaAllah malam esok bersambung dengan Surah Taha.. insyaAllah.... hati tenang seketika kerana masih mendapat peluang untuk terus membacanya setelah kembali suci.. setelah seminggu menyepi, it's soothing me.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air". Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran".

“Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” (Abu Daud & Ahmad).


InsyaAllah. selagi mata dapat melihat menghayati ayat-ayat panduan hidup, selagi bibir mampu menyebut bait-bait ayat suci, selagi telinga dapat mendengar alunan indah ini, selagi peti suara masih bersuara, selagi air mata mampu mengalir pabila hati tersentuh mengetahui isi tafsir, selagi ada yang terkesan di hati, insyaAllah.insyaAllah. insyaAllah. aku akan setia membaca.mengamalkan. dan berkongsi kepada yang mahu. kuatkan hatiku Ya Allah. supaya panduan hidup ini akan terus menjadi peganganku. dan tabahkan hatiku. tambahkan kesabaran kepadaku. setiakanlah aku kepadaMu. kerana aku, hamba Mu :)


terima kasih kepada mak abah yang memperkenalkan dan membimbingku membaca Al-Quran..juga arwah Tok Ayah yang menegur silap salah ku dalam mengenal hukum bacaan ayat suci. Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.




No comments: