nuffnang

Friday, October 14, 2011

wajarkah jatuh cinta?

jatuh cinta merupakan hal yang wajar kerana manusia mempunyai fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis. jika tidak, mana mungkin kita hadir ke dunia ini tanpa rasa ketertarikan ayah kepada isterinya dan ketertarikan ibu kepada suaminya. suka atau tidak suka, itulah kenyataannya. dalam sesebuah komuniti, kita boleh jadi tertarik dan suka kepada seseorang atau kita boleh juga membenci dan kurang suka kepada seseorang. hanya pemilik hati sahaja yang tahu.

kita boleh jadi suka melihat seseorang.jatuh cinta tentu saja bererti kita suka kepada seseorang kan. oleh yang demikian, mungkin kita akan menyukainya apa adanya dengan segala sifat yang melekat bertepek pada dirinya.

perkataan 'suka' itu boleh jadi telah diungkapkan atau belum diungkapkan. diketahui atau tidak diketahui oleh orang lain.. bahkan, boleh jadi orang tersebut tetap menyimpan rasa suka seumur hidupnya, tidak terhapus, tidak terlupa walaupun telah berkahwin dengan orang lain yang bukan orang yang disukainya..

ada banyak sekali orang di dunia ini yang tidak berkahwin dan tidak bersatu dengan orang yang benar-benar mereka suka dan cintai. "saya akan lebih bahagia, kalau saya tahu awak bahagia". puiii! macam sweet kan? tapi, macam mana perasaan dalam kotak jiwa, hati dalam sangkar rusuk? pedih jugak la dan boleh tahan wey.


2 comments:

naga said...

Siapa pengarah citer ni.?..asyik cuti jer...

shasha_iffa said...

pengarah kluar jogging ptg td.hehe. bersambung pd malam ini insyaAllah :)