nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

tak punya siapa



ia bermula dengan hampa.
ada rasa terbuku di dada.
hendak diluah, tetapi kepada siapa?
pujuk diri dan pasrah ketentuan-Nya.
kerana ia tidak semudah yang mereka sangka.
mereka hanya mampu berkata-kata.
yang mengiringi cuma air mata.
terpukul lagi luka lama.

nanti! aku ada luka lama?
ini bukan untuk aku, tapi mereka.

kenapa diingat kisah lama?
jika esok tiada bersama.
usah terlalu berwaspada.
kelak kau juga yang merana.
kerana hanya kau yang merasa.
orang lain melihat tanpa kata!
ingatlah, cinta manusia tak kekal lama.
hanya cinta kepada Allah abadi selamanya.



No comments: