nuffnang

Showing posts with label hanya aku yang rasa. Show all posts
Showing posts with label hanya aku yang rasa. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

tak punya siapa



ia bermula dengan hampa.
ada rasa terbuku di dada.
hendak diluah, tetapi kepada siapa?
pujuk diri dan pasrah ketentuan-Nya.
kerana ia tidak semudah yang mereka sangka.
mereka hanya mampu berkata-kata.
yang mengiringi cuma air mata.
terpukul lagi luka lama.

nanti! aku ada luka lama?
ini bukan untuk aku, tapi mereka.

kenapa diingat kisah lama?
jika esok tiada bersama.
usah terlalu berwaspada.
kelak kau juga yang merana.
kerana hanya kau yang merasa.
orang lain melihat tanpa kata!
ingatlah, cinta manusia tak kekal lama.
hanya cinta kepada Allah abadi selamanya.



Wednesday, October 05, 2011

diam-diam, belum 'berisi'.


BIARKAN TERUS DIAM..

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup melihat dia dalam diam.kerana diam adalah salah satu bukti abadi.kerana diam bukti kesetiaan padanya.kerana mungkin saja orang yang ku suka adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukku..

kerana dalam diam tersimpan kekuatan.kekuatan harapan.hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diam' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

jika dia memang bukan milikku, pasti Allah, melalui waktu, akan menghapus 'cinta dalam diam' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.biarkan 'cinta dalam diam' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan si pemilik hati.

Tuesday, July 12, 2011

paboya.

S.T.R.E.S.S

weekend ni jog sepenuh jiwa!

boleh try membawa diri.

Ya Allah, beri aku kekuatan.


Tuesday, January 04, 2011

memori daun keladi


pabila awan turut menemani tangisan.

menyebabkan diriku turut terharu.

kawan setia sering membantu, yang derhaka kawan palsu.


MasyaAllah.

Saturday, November 13, 2010

pandai cakap

Life is just a mirror,
and what you see out there,
you must first see inside of you.


- - - - - - - - - - - - - - ->

jangan pandai nak menegur orang.
tegurlah diri sendiri terlebih dahulu.
begitu juga kpd cik yg tulis post ni.
sebelum nak tegur salah orang.
lihatlah diri kita terlebih dahulu.
pastikan kita TIDAK terlibat sama.


terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

Friday, September 24, 2010

sayangi mereka selagi ada 'syg'.

jika kita menyayangi seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

mengapa Allah menganugerahkan sekeping hati utk kita?
krn sekeping hati lg berada dgn seseorang yg lain..
utk kita mencarinya..

jgn sesekali mengucap selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..
jgn sesekali kamu menyerah jika kamu masih merasa sanggup..
jgn sesekali mengatakan kamu tidak menyayanginya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

cinta datang kpd org yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan..
kpd mereka yg masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati..
kpd yg masih ingin disayangi, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya..
dan kpd mereka yg mempunyai keberanian dan keyakinan..

jgn disimpan kata sayang pd org yg dikasihi shingga dia tiada nafas lg..
dan akhirnya hanya menitip kata-kata sayang di pusaranya..
ucapkanlah kata sayang selagi ada hayatnya..
krn kita perlu tahu utk bterima kasih atas satu kurniaan..

kasih syg dpt mengubah pahit jd manis..
debu jd emas..
keruh jd bening..
sakit jd sembuh..
derita jd nikmat..

tetapi lebih menyakitkan..
menyayangi seseorg yg kamu tiada keberanian utk menyatakan sayang..
hal yg menyedihkan adalah ketika bertemu dgn seseorg yg bererti..
dan akhirnya menjadi tidak bererti dan terpaksa melepaskannya pergi..

kamu tidak sempat utk menghargai org yg menyayangi kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya..
kala itu,tiada guna sesalan,perginya tidak berpatah lg..
 
mak.abah.angah sayang mak,abah!

Sunday, July 25, 2010

penyakit rumah


nak balik!
abe.cpat habiskan job d PD.
dan bawa sy pulang!!!plss~


Friday, July 09, 2010

(✿◠‿◠)

alhamdulillah.semuanya berjalan dgn baik.tiada ujian berat yg melanda.ujian2 kecil dpt ditempuhi dgn baik.syukur!perkara yg lepas and yg kurang menyenangkan,xperlu lg dikenang.ye.alhamdulillah.itulah ungkapan yang paling sesuai diucapkan atas segala kemudahan dan kesenangan yg diberikan oleh-Nya.

terima kasih diucapkan kepada mak&abah..atas kasih sayang dan didikan yang dicurahkan sejak kecil.mak &abah asuh dan didik angah dgn baik.segala kehendak anak2, mak&abah turuti..mak&abah mmg TERBAIK! sayang always~insyaALLAH segala pesanan dari mak&abah akan angah ingat slalu.yes! i will be a good doter and muslimah.insyaALLAH.kpd abe, sukses slalu. keje,keje jgak.kesihatan perlu diutamakan. jgn asyik keje,smpai lupa nk jaga kesihatan diri.achik my lil bro. study baik2..SPM just round da corner and roundabout. hehs...make us proud of u achik! dan kpd yang bergelar sahabat. sokongan dan nasihat yang dikongsi bersama sgt dihargai. korang semua mmg BEST! jgn segan2 nk tegur or nasihat sy. sy sedia mendengar and memperbaiki apa yang perlu. 

semester 4 sedang berjalan seperti semester2 lepas..setakat ni kehidupan masih tenang dan bahagia :)  ribut bakal melanda bila2 masa. dan saya perlu bersedia. Ramadhan juga makin dekat. semoga tahun ini dapat dipenuhi dgn amalan2 yg diberkati oleh-Nya.amin.






Tuesday, May 05, 2009

bile nk start study??

mcm bosan je kehidupan di sini
agak boring
kdg2 x tau ape yg d buat dlm masa 24 jam
rase mcm x buat ape2
ye..
mungkin agak sepi bile sendiri.
mahu berjalan melihat alam.
tp..dgn siapa?
siapa mahu teman?
tiba2 rase nk pulang ke sisi abah mak



wehh..mcm agak lengang.
dan ade sedikit bengang.
lapang dada..
penuhi ilmu di kotak kepala.


coba ku coba..
utk berbicara dgn mu..ahahah
namun..kau entah siapa2?!



maaf..
aku xde prasaan nk layan kamu.
pergi kau jauh dr sisiku : MALAS
aku nk study ngan tenang..
setenang air dlm kotak yg tertinggal di planet Marikh.

Monday, April 27, 2009

penantian? bermulalah

DI SINI GERKO MENUNGGU... esok
DI SANA TITAS MENANTI...lusa
tp..yg mcm BEST GILERRR..
RUMAH KU MENGHITUNG SAAT ketibaanku di sana :)



***khamis nanti>>pagi g skolah bestari kat putrajaya..
then..dlm kul 1..berlumba2 dgn ikan lumba2 ke hentian putra..
utk menolak tayar bas ke kelantan terchenta..
come on boys n girls..
make it simple ok..
ahaaaha..gerko mmg sayangkan titas..
jd..ayuhlah sama2 menjawab dgn tenang..
setenang air di kali a.k.a perigi a.k.a telaga biru..

yeay!!! best nye balik dis weekend..
abe pon balik..
achik : mestilah..budak manja
abah n mak..mmg ade kat umah..
miss..miss..love..love

Thursday, March 19, 2009

ewaah!! ewaaah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

baguss..tak buat ape2 pekerjaan hari ini!!
syabaslah syamimi..
ye!! krn..sy mjadi baby sitter..
trima kasih :)
tapi..ye!! tapi..
sy x suka dgn tugas ini..sy d paksa n memaksa diri..
si dia telah mengeluarkan sesuatu..
sy tidak tahannnn!!!
ammar faiz syg..kamu mmg baik hati sgt..
2kali kamu membebaskannya dari isi usus besar mu!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
sy pon..ape lg???
uwekkkkk***!@#$%^&*(@#$%^&*(@#$%^&*
maafkan kanda syg..
usyukkk!!!
sy ingin tdo..tdo smpai esok..sy pening..
dan..mak..maafkan angah..xdpt buat keje d dapur hari ini..
selamat tinggal syg~

Friday, March 06, 2009

dia culik gemuk sy

ishkk..kekmie jahat!!!

kamu culik roomate sy...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

yeayyyy!!! i swept the floor..its clean n clear from the asap+debunga cinta+kayu-kayan+karipap gulung+batang2 mancis dan cebisan2 pelepah kelapa sawit..bersih dan suci..

now..i'm just alone..sob3  :'(   ohhh..tidak..sy masih ada ezadd..buddie..kak wae n faz.....aya..nab_atiN  :)

tp..sape yg nk temankan sy d bilik???..sy sedikit kurang berminat jika bersendirian d kamar sepi ini..ntah lahhh..tidak enak lahhh..

td..sudah sy  tumpahkan sedikit cecair di pipi tembam ini..shinggakan basah bantal pink itu..

sy rindu rumah..sy mahu pulang..sy benci tong..dah 2 minggu berturut2 dia pulang bersama fmly beliau!!ini tidak adil..smuanya kerana jarak dan tempat!!! tp..apakan daya..ini adalah takdir..aku di sni demi mencarigali ilmu2 :)

TAPI..SYAMIMI MAHU PULANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cepatlah datang minggu hadapan..dtglah dgn bergolek pantas! sy tidak sabar!

sy ingin bangkit di pagi hari..membuka sepasang mata ini dan melihat diri ini di rumah!!

sy ingin..sgt berkenginan.yaaa!! mmg sy sdg homesick..ape kau kesah? huuuuhuh..

skrg..sy mahu mkn byk2 di velo sana..berjalan2 di tepian jln bsama teman2 tersayang:)

hoiiiiii..sy nk bersama classmates lahhh mlm ini..sy nk berlari ke blok E slps usai nya mkn2..mgkin menutup mata di sana..menghabiskan sisa2 mlm smbil memenuhkan kerja yg masih "kekosongan idea"

yg sy tahu kini..sy rindukan masa dulu~~~~ sy x tahu knpa..sy ingin jmpa mereka2 yg telah lama sy x jmpa..melontar tawa smpai x de suara..tp..bilakah waktunya?????????

!@#$%^&*(!@#$%^&*@#$%^&*(@#$%^&*(

keserabotan di kepala sedikit berkurang..

alhamdulillah dpt kuluahkan segala yg terbuku di hati ini..dia mmg seorg pendengar setia..

terima kasih wahai si "ikan kekek" yg gemok!

kamu mmg gmok lahh..

helloooo..mereka2 yg terlibat utk kegiatan pagi esok..jgn buat2 lupa..

sehingga ketemulagi..sy syg awk..sy nk jumpa awk!!!!!!!!!!!!

~MAK+ABAH+ABE+ACHIK~

miss : damn much

Monday, November 10, 2008

kufikir

bila kufikir..
fikir tentang MATi..
pelbagai soalan dtg menari-nari..
adakah esok ada lagi???
atau aku sudah tiada di bumi ini..

bila kufikir lagi..
aku tidak mampu hadapi semua ini..
kerana amalan ku hanyalah secebis..
aku tidak sanggup ke neraka..
namun..adakah aku layak ke syurga??

dan..aku terus berfikir..
apakah tujuan aku hidup di bumi ini..
adakah hanya utk bergelak ketawa..
atau utk beribadah kepada Yang Maha Esa..
mungkin aku tidak sedar..
aku juga tidak tahu..
tujuan sebenar hidupku..
aku makin keliru..

aku tetap berfikir..
apa yang kucari dlm hidup ku ini..
atau aku tiada hala tuju dlm hidupku..
mungkin aku sedang mencari..
atau aku juga sedang dicari..

akhirnya..
aku sedar..aku ada DIA..
ALLAH YANG MAHA ESA..
aku lahir ke dunia ini utk menjadi hamba-Nya..
aku memohon agar sentiasa dlm lindungan-Nya..
kerana Engkaulah penciptaku..Ya ALLAH..
~shasha_iFf@~