nuffnang

Monday, April 30, 2012

this is not good!

Tak payah la nak beria sangat. dan jadikan saya kambing hitam. 
sedihhh pedihhh -Johan-
rupa-rupanya ada udang di sebalik char kuey teow.
sangat terang lagi bersuluh. -Torchlight-


missing someone. called H just now. 
Dear  H, let's pray for our parents' health, happiness and long life.
InsyaAllah :)

Sunday, April 29, 2012

Schedule of life.


Dear friends.. 
Let's keep in touch with Allah.
InsyaAllah :) 

Sunday, April 22, 2012

memori tercipta


 
birthday girl ~ 10th April

 us


di sini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
mungkin di sini kita kan terpisah
kenangan bersama tiada ku lupa

Sanah Helwah sahabat ---> Ezzati Saadon :)

Saturday, April 21, 2012

creamy green

Subhanallah. so cool! 
 InsyaAllah bilik kita nnt :)


cukup BERIMAN kah kita?

Setelah beberapa minggu tidak bersua..seorang sahabat yang sangat disenangi bertanya..



"Dalam beberapa minggu kita tak jumpa ni, berapa banyak masa diguna untuk BERIMAN?"




Susahnya mulut utk menjawab. akal ligat berfikir menambah dan menolak masa 24jam yg Allah berikan sehari. Berapa banyak ye masa yg aku guna utk BERIMAN kepada Yang Maha Esa? MasyaAllah, sesungguhnya banyak masa yang aku bazirkan dgn entah apa-apa..


*cukup kah dengan hanya solat 5 waktu? kelu dan ----- malu!





:'( 



Ya Allah, bantulah aku..
Aku mahu diri ini kembali kepadaMu..
Aku mahu berusaha untuk mensucikan hatiku..
Ya Allah kuatkan hatiku..






“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

(Al-An’aam, 6:162)

ini JARAK kita..

Apabila RINDUKAN seseorang , pejamkan mata..dan..



 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

 #Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

nice.

kunfayakun


itu sahaja.

Monday, April 16, 2012

seriously

seriously...



I am not in the mood today
I don't want to paint the sky blue
I don't  want to walk
I don't want to talk
I don't want to speak
bored of everything
especially walking...talking n speaking
home is the same home for years
telling  the same stories
watching the same TV
reading the same books

Oh Allah,
I only depend on you...

Sunday, April 15, 2012

BAZIR

kadang-kadang hidup ni penuh dengan pembaziran.



duduk 4jam dalam bilik.
tapi tak buat apa-apa. 
LALAI nya.
masa dibaziri begitu sahaja.
apa nak jadi?
merenung sana.sini.situ.


driver berpengalaman diperlukan.

YE! saya merasakannya..saya perlukan seorang driver! soon!


Ciri-ciri seorang driver yang dicari: (seorang sahaja)



- layak memandu dan nampak cool masa pegang stereng.
- cukup ketinggian nak tekan pedal minyak.
- memandu berhemah, steady. xlaju mcm kilat atau slow mcm kura-kura.
- tahu isi minyak. bukan drive sahaja. 
- tidak cepat melatah jika kenderaan lain 'cucuk' dari sebelah or blkg.
- tahu perihal kereta secara asas.
- boleh memandu dgn cekap transmisi auto dan manual.
- tak payah la main tekan-tekan brek! pening hokeyy!
- tidak memaksa golongan hawa utk memandu bila dia ada.
- seorang driver yg 'muslim', masuk waktu solat, TAHU utk singgah d masjid.
- tidak kacak tak mengapa. asal ada lesen kereta.
- jgn nak buat-buat lupa birthday sendiri. pandai-pandai la renew lesen nnt. xkan semua nak diingatkan?
- beri laluan masa AMBULANS nak tumpang lalu tin-tong-tin-tong.
- tak memandu sambil minum or makan. kalau nak, rujuk org sebelah.(nak sikitttt)
- pemandu yg PEMBERSIH. tak merokok,tak buang sampah luar kereta,tak usha awek kereta sebelah.   -_-
- pemandu yang sedar diri. ingat jalan balik rumah. bukan tahu merayap sahaja.




#dan saya harap awak tak pernah kemalangan :')




and me?

- don't talk too much while he drives!   :D


soon. insyaAllah!

Saturday, April 14, 2012

dia bukan Tengku Shahran

dan saya bukan Siti Zahlia!



fullstops~dua bijik . . 


Encik putih cedera terluka. 
Sudah ditampal di bahagian yg tercela.
Kembali seperti sedia kala. 
Harap awak baik-baik saja.  (12/4/12)


Terima kasih kpd sahabat-sahabat yg memberi tangan dlm hal-hal yg berkaitan. 
Hanya Allah saja yg membalas jasa kalian. insyaAllah. 


--Mungkin saya ada melupakan Allah seketika..


Di sebabkan ALLAH RINDU, ALLAH beri ujian kepada saya, ALLAH nak uji samada saya ni seorang yang kuat agamanya atau lemah agamanya.


kalau korang perasan la, bila kita sakit, kita selalu sebut perkataan “ALLAH” , “YA ALLAH” , disebabkan ini lah Allah bagi ujian pada kita, sebab kita sering menyebut dan memanggil nama NYA, masa kita sihat ada selalu kita sebut namanya? kalau orang yang menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam tu, memang selalu la dia menyebut nama ALLAH, tapi bagi yang langsung tidak menunaikan perintahNya??? Wallahua'lam. 

Thursday, March 22, 2012

jangan mula jemu awak.

see. ade sebulan lagi. tapi, skrg lesson plan pon dah malas nak buat. tgk waktu skrg.. 11 mlm. ape yg dah disiapkan? lesson plan-belum. worksheet-belum. teaching aids-belum. syabas. manusia ini mudah jemu. hurmm... kasihan diri sendiri. 


main dgn musang lagi best. hye pico :)

Tuesday, March 20, 2012

bicara hati

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku


Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu


Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihati mu
Dan kau untuk aku selamanya..

Pinjamkan hati mu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasih ku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu…

Tuesday, February 28, 2012

manisnya ujian.

hidup ini penuh dengan ujian. 

namun, jgn dianggap segalanya sbg masalah kehidupan.
tapi, anggaplah sbg ujian. 
ujian yg akan mengajar erti sebuah kehidupan.
biar apa manusia yg lain berkata.
senyumkan sahaja :)


pabila satu ujian diselesaikan.
datang lagi ujian baru.
bukan ujian peperiksaan yang dimaksudkan di sini.
tetapi ujian tentang kehidupan. 
hidup yang cuma sekali bagi setiap orang.
inilah manisnya sebuah ujian.
dengan menyelesaikan suatu perkara, walaupun kecil nilainya.
sudah cukup mengukirkan segaris senyuman di hati insan ini.
Alhamdulillah. kesyukuran hanya pada Yang Maha Esa. 
perkara-perkara kecil yang berlaku ini, semua datang dari-Nya.


satu benda diberi,satu benda ditarik.
maka bersyukurlah, selagi ada masa. 



Sunday, February 26, 2012

masih ada -masa-


semak diri. 
adakah hidup ini hanya untuk bersuka-ria?



#Thanks RAY! ajar masak nasi lemak dan sambaiii pagi ini :)

Sunday, February 19, 2012

saya akan sentiasa menunggu hari jumaat.

Anda pula bagaimana?



suka laaa hari jumaat.
hari jumaat = penghulu segala hari...
hari jumaat hari terakhir bekerja dlm seminggu...
(time balik sekolah, ada rasa ketenangan)





#rutin baru hari jumaat bersama kenalan baru. Semoga Allah memberi sinar hidayah kepadaku dan mereka. InsyaAllah. semoga perkongsian ilmu kami diberkati. semoga kami berada di jln yg benar dan diredhai oleh-Nya. 


Terima kasih kepada sahabat. InsyaAllah. Pasti ada jalannya :)

Sunday, January 29, 2012

Friday, January 13, 2012

pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.



Apabila dirimu menyukai seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki . Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan , maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan . Jangan sesekali kamu merayu pada si dia , kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka . Apabila hati dipersenda , pasti sebuah kekecewaan akan menerpa . Namun , jika dirimu memohon terus kepada Allah SWT , penciptanya , dua kemungkinan sedia menanti kamu , iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.


Thursday, January 12, 2012

10years with loves.

side by side or miles apart, good friends are always closed in my heart. 

5terz 0206 ~ 10 years and still counting! 

12/1/02 - 12/1/12

Thanks Kenny for the celebration! awww


Aku dan Kenny Rogers telah berkawan baik sejak 1991. masa tu umur aku baru 3tahun. dia dah tua la. pangkat atok-atok gitu. kami sama-sama mulakan business jual ayam golek sambil dia nyanyi-nyanyi and cipta lagu. umur 6tahun, aku balik kampung. aku mintak orang kampung jual ayam-ayam mereka kat aku. lpas tu, aku cuba bukak kedai kecil-kecilan. dan ia semakin berkembang pesat skrg. warna hitam merah mmg sinonim la dgn kedai ni.

terima kasih sbb sudi celebrate birthday saya yg ke -23, Kenny. susah-susah je.
umm..dah lama xjumpa kan :)


ni pulak, sahabat-sahabat aku dari planet KASTURI yg bagi (refer pic1). siap ada lilin hijau 4 ketul. seketul sorang eh? . sgt memahami citarasa aku yg sukakan kegarangan Angry Bird..cuba tgk, burung-burung ni tgh marah. rasa nak lempang laju-laju tak?

awak semua!! terima kasih keladi bunting (Nadira:11 Januari 2012).
loves~


balik dari KRR, teman-teman dari planet BANGSAWAN pulak bagi ni. siap nyanyi bawak kek ada lilin pink pulak-- terima kasih sgt. kita akan celebrate semua birthday org rumah sbb ni final year duduk sebumbung kat planet ni.
insyaAllah :)


23tahun 1 hari. 8.10pagi-sampai kelas. (refer pic4) dua dari kanan yg bagi. yg plg kiri menerima dgn gembira. thanks uols! hadiah xbukak lg ni. hehe. 


Alhamdulillah. saya sgt bersyukur dpt hidup hingga saat ini. dah 23 tahun ye. diulang 23 tahun. family makcik pakcik kawan wish siap doa---semoga cepat dapat jodoh. aku mengAMINkan dgn cepat2.haha. insyaAllah. kan tiba waktunya. keep praying.


rakan-rakan, terima kasih krn menceriakan hari-hari sy yg indah! 
thank you people. May ALLAH bless everyone. loves!