nuffnang

Tuesday, March 05, 2013

Mac13-Siew Leng kawen

Hoi siew leng. Rindu la. Mari depan sikit!!! Hehe. Aigoo. Siew leng dah nak kawen. Congrats. Jadilah isteri solehah. Jgn lupa blaja mengaji. Blaja lipat kain. Blaja kemas rumah. Masak(xsedap xpe, sbb kita bukan chef) Sapu lantai. Jemur baju. Sental jamban. Jadi isteri yg cool, bukan remote control. Eh, bukan queen control.

Xpe, aku jeles kejap je. Sbb nnt aku bakal menyusul. Hahahhha. Doakan aku ye siew leng. Ah chai chinchai bonchai <3  tgh pk nak bg hadiah ape kat kau. Gaji abg jib x bank in lagi, so student price jela.

Oleh yg demikian, bercintalah sampai ke syurga. Jaga masjid yg bakal dibina kekal selamanya. Ok geng?! Pjg umur, jumpa aku depan mata kat kedah habaq hang!!

-AhChaiyaaaa-

Wednesday, February 13, 2013

Habit.

Sekarang, habit dia dah jadi habit aku.

Habit. Atau obsession? Haaha. Maybe lbh kpd routine. Bila aku buat semua habit yg aku serap masuk dlm hidup ni, aku senyum sendiri. Kau yg ajar semua ni. Kalau kau tak ajar sekalipun, aku lihat kau buat.

Benar. Apa yg dia share dan buat, bersebab. Aku suka cara dia yg teliti dan aku rasa dia seorang yg cool.

Alhamdulillah. Allah bg kami kesempatan. Utk aku jadikan dia kawan. Aku dpt blaja dr dia, apa yg aku kurang arif dlm hidup. Dan aku juga sempat bkongsi rasa, masa dan kata yg dia dapat terima. Aku harap dia simpan di hati. Sbb aku suka kalau dapat jumpa dia lagi.

Dia tidak suka hukum manusia. Yg penting ingat maruah & agama. Tp dia masih gelak cara yg sama.

Kalau aku mati, aku harap dia ingat aku lagi. Dan tak lupa doakan aku nanti.

Friday, January 18, 2013

jangan.

jangan...
jangan???
jangan!!!

jangan sedih lama-lama.
jangan marah.
jangan terasa.
jangan simpan.
jangan sakit hati.
jangan menyebok.

jangan bagi peluang.
jangan cuba. kalau dah cuba, u-turn balik.
dan jangan ulang lagi.

jangan terlalu berharap, tapi jangan berhenti berharap.
jangan muncul sekarang, tapi jangan mati lagi.




last~
jangan lupa usaha, cari.
jangan lupa doa.
jangan lupa, ALLAH ada! 

Saturday, January 12, 2013

11, teruskan menghitung.

Alhamdulillah. 
11/1/1989 - 11/1/2013.  #24
12/1/2002 - 12/1/2013.  #11

Terima kasih, Ya Allah atas ukhwah yg terbina antara hati-hati kami ini. Eratkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Ya Rahman, Ya Rahim. Walaupun detik waktu terus berlalu menyepi, teman sejati sentiasa bersama kami. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua dengan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.


Di sini, bermula. 
Perkara-perkara baru yang telah aku masukkan dalam hidupku. Sebagai pengalaman, sebagai pedoman dan sebagai landasan. Aku bersyukur kerana berpeluang. Alhamdulillah! Yaasin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Al-Quran, Al-Ma'thurat, Dhuha, Sujud Sajadah, Usrah, Imam, Makmum, Pengurusan Jenazah, Fardu Ain, Puasa, Tazkirah dan lain-lain. Banyak yang pertama kalinya aku mulakan di sini. Ya, dalam 5 tahun di sini! Belajar. Bermain. Bersahabat. Berguru. Mendisiplinkan diri. 




Ya Allah, kuatkan hatiku untuk terus setia dgn tujuan hidup di dunia yg hanya singgahan ini. Khalifah. Ibadah.  Setiakan aku sbg hambaMu.






Aku hidup, aku mati. Lillahi Taala. Insya Allah!

Thursday, January 10, 2013

Sepupu nak balas surat.

Ringtone bertalu memecah sepi. Handphone di tepi kanan laptop dijeling.
Oh, Cik Jah dari Jerantut call.
Ibu jari tangan kanan menyeret petak hijau pada screen. 

Fathi: Hello. Assalamualaikum.
Me: Waalaikumussalam. Fahmi ke? 
Fathi: Eh, tak. Ni Fathi.
Me: Oh, Fathi.
Fathi: Kak Mimi, Kak Mimi dok Cheras kan?
Me: Hari tu belajar kat sana la. Sekarang Kak Ngah kat Mulong ni.
Fathi: Oh. Fathi nak tanya ni, poskod Cheras apa ye?
Me: Ummm... 5-6-0-0-0 (aku sebut satu persatu).
Fathi: 5-6-0-0-0 (poskod diulang). Ok!
Me: Fathi nak buat ape ni?
Fathi: Fathi nak balas surat Kak Mimi. 
Me: Erk? Oh, balas surat. Tulis betul-betul ye :)
Fathi: Ok, terima kasih Kak Mimi. Bye!
Me: Sama-sama. Kbai.

Jujurnya sepupu darjah 5 ni. Siap call lagi sbb nak tanya poskod yang betul utk tulis surat. Aku dulu tulis surat main reka je. Paling malas, tiru dalam buku Contoh Karangan UPSR. Tukar ayat sikit-sikit. (ye ke tukar? ke tiru semua?) hehe. Janji siap. Esok, cikgu tak marah :P

Dolu-dolu, my favourite address masa nak buat karangan: Taman Raya, Taman Melur. Semua nama bunga. haha. Bab poskod rasanya tak pernah betul. 12345/ 54321. Ataupun tulis poskod sama dengan poskod rumah aku, 16010 walaupun negeri lain yang nun jauh di sana. budak-budak kan.. mane tahu poskod ni ape. Kalau kena tulis Karangan Tak Berformat, balas surat kawan ke, memang  aku laju pilih yang ni sbb senang nak merapu. Cerita je ape-ape yang bersarang kat otak. And laju nak tandatangan kat sebelah bawah, kanan surat. Yang Ikhlas/Sahabatmu. Normal kan keterujaan kanak-kanak. Nama kawan dalam surat tu, nama orang sebelah meja je pon. Haha! macam la jauh sangat. 

Hurmmm. rindu la pulak kat tiga budak ni. Afiq Fahmi, Afif Fathi, Ammar Faez. 
Sweet kan baba dan ummi diorang bagi nama kat anak-anak. 
Sempena nama mereka: Abdullah dan Faezah (Family AF kot).

#CikJah, selamat bertugas di sekolah baru :)
#PokNik, jaga diri kat pelantar minyak. Kirim salam kat orang minyak skali :D

Sunday, January 06, 2013

Januari dtg lagi. Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kpd |anda| yg membaca.
Alhamdulillah, dah 6Januari hari ni. Sy masih menganggur bersama insan2 tersayang di rumah. Menganggur bersama sahabat2 yg xpernah putus cinta kerana saling berutusan mesej, whatsapp, chat sana sini.. Juga berutusan poslaju setiap minggu. Kita mmg forever in love! Thank you sisters! Semoga Januari ini hidup sy dan rakan2 yg lain penuh keberkatan hingga seterusnya :) insya Allah. Me? Bakal menambah umur. Alhamdulillah. Tq juga utk mak abah yg menanggung anakanda ini. Abg kancil dah dpt nametag baru. Yeayyy!!! Dan doakan utk posting kita sahabat. Wassalam.

Tuesday, November 27, 2012

I'm not a loner

Dah masuk smggu d puchong. Aku dpt hadapi waktu2 yg dh berlalu dgn baik. Walaupun trasa kosong. Ada yg menemani. Bukan hanya broadband u-mobile. Begitu juga novel adam&hawa. Tp, sebuah ensiklopedia. Yg menerangkan perintah solat kpd umat islam. Tak salah langsung menambah ilmu. Ini masanya. Tatkala kehidupan masih keseorangan. Walau dah berdua, bertiga, berempat sekalipun, tambahlah ilmu. Tiada siapa yg menghalang. In shaa Allah. Berikanku jalan Ya Allah. Dlm menyempurnakan ibadahku.

Tuesday, November 13, 2012

bumi akan sepi, bangga sementara!

Alhamdulillah Ya Rabb.
selesai sudah pengajianku utk ijazah pertama.
Julai 2007 - November 2012. 
hampir 5tahun setengah.
semuanya berjalan dgn baik. Alhamdulillah.
ujian dan cabaran setitik dua telah mematangkan aku dan rakan-rakan.

dari tak kenal sesiapa, hingga dapat kenal hampir semua.
dari kawan beratus, hingga kini jadi beribu.
dari kecek kelate hingga cakap luai.
dari menetap di kolej kediaman, hingga ke apartment desa bangsawan.
dari stay kat dorm(14rakans budiman) ke B1-04 (jah) hingga dapat roomate cilik (gha).  
dari classmates 26orang, hingga jadi 33orang (walaupun kena separate maths1&2).
dari naik bas,teksi, lrt, ktm, hingga dapat rempit honda wave dan kancil putih.
dari berbuka puasa kat surau maktab, kat bangsawan depan tv, hingga ke dataran merdeka.
dari beli katil 2nd hand dgn kekmie, hingga anai-anai tumpang buat rumah.
dari main bola tampar, jaring, keranjang, rounders, hingga main gelung rotan dan baling selipar. 
dari kurang ilmu agama, hingga terisi bersama bulatan gembira.
dari second in take hingga dapat second class upper. insyaAllah!!
dari single hingga masih single :) 


kini penantian utk interview dan posting bermula.
keep praying n crying dear friends.   :')
rindu itu pasti.. kenangan itu realiti..
and keep in touch..ouch~










Saturday, November 03, 2012

ini bukan buku 555

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (45:28)




:')



adakah dosaku setinggi gunung?
amalan pula? 
Astaghfirullahalazim.


InsyaAllah diteruskan..juz 26 :) 

Thursday, November 01, 2012

Astaghfirullah



Laa ilaha illa anta
Ya hayyu ya qayyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim

Kubuka jendela pagi di udara yg letih
Deru geram nyanyian zaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yg membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti
Astaghfirullah, astaghfirullah,
Astaghfirullahaladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari

Laa ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin

-opick-

Wednesday, October 17, 2012

InsyaAllah, someday!

Subhanallah. 
memang terasa nak pegi sangat. 
patut la mak abah selalu cakap, rindu nak pegi lagi :')
insyaAllah. insyaAllah. insyaAllah.
doa mi.. doa! 
Ya Allah, murahkanlah rezekiku.
dan panjangkan umurku untuk jejak ke sana.
berilah peluang kepadaku sebelum menutup mata. 


AJ, insyaAllah ada rezeki kita pegi sama-sama.

Tuesday, October 16, 2012

Sollu ala Muhammad



Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari AsmaNya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahNya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Sollu ala Muhammad :)

wasyukurillah


"sometimes, you could feel a bit stress,
to be scheduled and planned by your naqib or murobbi, here and there,
but be thankful because there is still somebody that love you so much,
always wants the best for you, and most important,
would sacrifice, his/her time, energy, family, money..
to bring you closer to the Deen of Allah Swt."

Alhamdulillah wasyukurillah :)

Monday, October 15, 2012

rapuh-opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Friday, October 12, 2012

situasi


5 situasi nak tengok seorang lelaki tu betul-betul 
"beriman, kacak, hensem, macho dan smart" :


  1. Masa dia menangis solat or berdoa mohon ampun waktu bangun tahajud tengah malam (maknanya dia jenis yg bangun mlm utk tahajud dan insyaAllah lelaki beriman)
  2. Masa dia jemur kain baju selepas cuci sendiri baju tu
  3. Masa dia berpayung tengah panas 
  4. Masa dia ketuai tahlil dan jadi imam solat
  5. Masa dia dukung baby sebelah tangan, sebelah lagi pimpin anak lagi satu yg dah boleh berjalan



(:   Jadilah kacak di sisi Allah terlebih dahulu...

Thursday, October 11, 2012

final year dinner

lima tahun enam bulan.
satu tempoh yang boleh membesarkan seorang bayi, 
sehingga mampu berlari dan berkata-kata itu ini.
apatah lagi kami yang kian dewasa.
Alhamdulillah, ku bersyukur Ya Rabb. 
terima kasih mak, abah, guru, pensyarah, pendidik bangsa!
selamat tinggal dunia pengajian buat seketika. 
dunia pekerjaan kan tiba. 
buat rakan sekapal, mari bersedia untuk mulakan itu dan ini.
bersedia untuk mula ke sekolah pagi ahad atau isnin!


with TKC girls. heee~


gadis ayu bersama abang macho


the most beautiful ~ picture! 


Cik Penyelaras Batch dan Puan Ketua Jabatan Matematik
Cik Nellie & Puan Norehan :)


Dr. Pengarah & Encik Pengerusi


power puff girls vs cream puff! haha



shila amzah vs mak jemah


with Puan Norehan n Puan Siti Khadzimah

WE, Mathematicians! 

with loves! 
friends till jannah. insyaAllah. 



Thursday, October 04, 2012

hidup yang semakin merapuh :'(



Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terang Mu
Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmat Mu
Allah Kau Maha Cahaya, beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah dalam sesat ku melangkah

Menghitung diri tanpa sedar air mata
menjadi saksi banyak waktu sia-sia
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh


-opick-

Monday, October 01, 2012

away



hampir berhenti.
kuatkan hati!
ada 40 hari.
sikit je lagi.



.syamimi.