nuffnang

Sunday, February 27, 2011

rasanya,tak perlu

tak perlu kot nak buat-buat muka mulia sgt.
macam tak pernah buat salah.
nak mengata depan-depan lagi la tak perlu.
skill sindir menyindir yg x berapa kena.
baik cakap terang-terang.
kalau dah terang lagi bersuluh dgn lampu sorot.
dan tak perlu kalau setakat nak panggil --nama--.
nak bagi cooling down kawan.

buatlah sesuatu yg lebih bermakna dan berkualiti.
kalau setakat cepat,pantas, kucar-kacir,kualiti kureng maa.
kuantiti orang kurang pandang nyah.
mak pandang kualiti hasil kerja je..meoww.


If you're gonna be two-faced, at least make one of them pretty.

Sunday, February 20, 2011

sendirian berhad


Self-Appreciation...Alhamdulillah :)

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. [Al-A'raf : 199]

Perhaps u may dislike something which is really good for you or like something bad for you ,but Allah knows (what is best for you),and you do not! [Al-Baqarah : 216]


Anyone who seeks Allah will surely find Him.
InsyaAllah. I'll find my way.

Friday, February 18, 2011

tak mudah.tak susah.

pedihnya berkawan.
asyik makan hati dengan paru.
dimana rasa hormat antara manusia?
manusia yg pentingkan diri sendiri ini,
semakin memijak tangkai sabarku.
ini juga ujian dari-Nya.
bersabarlah hati dan jasadku.
renungilah diri kita.
tak semua yang kita buat menyenangkan manusia.

Tuesday, February 15, 2011

We cherish the moment together


Gonna build the house (2x)
With a Chimney tall (2x)
Gonna build the roof (2x)
And the garden wall (2x)
And,a big front door you can open wide
Two small windows you can peep inside
Gonna build the house (2x)
We're gonna build the hou---se
:D

(best kalau nyanyi sambil buat gaya)

--->rindu wit :) Alhamdulillah wit dah selamat sampai Malaysia. from Mesir. wit,dah lama kita xjumpa!!! miss u girl! jumpa lagi, InsyaAllah,someday.

Friday, February 11, 2011

dunia ini sementara

pabila hanyut bersama kemewahan dunia.
manusia ini semakin lalai.
lalai melupakan tanggungjawab sbg muslim.
gembira ke sini sana tanpa batasan.
tiada apa yang menjadi halangan buat mereka.

maruah diri melayang entah ke mana.
apakah pegangan yang mereka pegangi?
adakah susah menjadi seorang muslim ini?

ku ingin manusia ini tahu.
aku sedih melihat kamu.
kau dan dunia mu.
dunia yang kau anggap bahagia.
bagaimana pula akhirat sana?
adakah bahagia dunia, akan membahagiakan mu kelak?


kau semakin dewasa.
aku juga semakin tua.
marilah kita!

Sam'i Allah liman Hamidah!
---Allah has heard he who praised him---
Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya.


Thursday, February 10, 2011

indah di mata, di hati?


Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada, lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!


Pilihlah jodoh dengan dua cara:
  • Pertama, jadilah orang yang baik.
    Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
  • Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik.
    Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.


    Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati,semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.


    InsyaAllah :) CINTA SAMPAI KE SYURGA.


    Barakallahulakuma Kak Aimi dan Abg Fad.
    May Allah bless.



Wednesday, February 09, 2011

lawan cap cawan

Ayat standard: saya sayang awak lebih dari seorang kawan.
dah tu,sebagai ape? lawan? cawan? sawan?


(kenyataan di atas sekadar hiasan)


sudahlahh,jgn ketandusan kasih sayang sgt..bawak2 insaf.ingat senang2 ke nak terima kau? bukan macam beli almari,nak simpan dalam bilik,dalam rumah.kau manusia. buat perangai mcm manusia sket!! bukan sket,banyak! manusia yg ada agama. agama Islam! manusia yg beriman. bukan setakat nak letak title Islam dalam i/c je..sedar la..hidup ni xlama. kita singgah kejap je kat dunia..dah byk sgt ke pahala, yang pegi tambah dosa pulak skrg ni???haish.memang la orang kata, syaitan akan menyesatkan manusia apabila mereka lalai.walaupun seminit.sesaat.

Friday, February 04, 2011

Maher Zain - InsyaAllah


Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya

kembalilah kepada Yang Esa
yakin pada-Nya panjatkanlah doa
Ya Allah pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku jalan yang benar
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya

Tuesday, February 01, 2011

Hi,sorang je?


aku tersenyum
melihat kau melangkah mendekati
walaupun tidak menyapa
ku tahu kau ada

ketika kau melangkah pergi
ku cuma menghantar dengan sorotan anak mata
tidak kusedari, aku sedang menantimu
dan kala ku menantimu
senja menanti sepi dan sunyi.


waiting is the hardest part?
yes,waiting is a game.