nuffnang

Tuesday, November 27, 2012

I'm not a loner

Dah masuk smggu d puchong. Aku dpt hadapi waktu2 yg dh berlalu dgn baik. Walaupun trasa kosong. Ada yg menemani. Bukan hanya broadband u-mobile. Begitu juga novel adam&hawa. Tp, sebuah ensiklopedia. Yg menerangkan perintah solat kpd umat islam. Tak salah langsung menambah ilmu. Ini masanya. Tatkala kehidupan masih keseorangan. Walau dah berdua, bertiga, berempat sekalipun, tambahlah ilmu. Tiada siapa yg menghalang. In shaa Allah. Berikanku jalan Ya Allah. Dlm menyempurnakan ibadahku.

Tuesday, November 13, 2012

bumi akan sepi, bangga sementara!

Alhamdulillah Ya Rabb.
selesai sudah pengajianku utk ijazah pertama.
Julai 2007 - November 2012. 
hampir 5tahun setengah.
semuanya berjalan dgn baik. Alhamdulillah.
ujian dan cabaran setitik dua telah mematangkan aku dan rakan-rakan.

dari tak kenal sesiapa, hingga dapat kenal hampir semua.
dari kawan beratus, hingga kini jadi beribu.
dari kecek kelate hingga cakap luai.
dari menetap di kolej kediaman, hingga ke apartment desa bangsawan.
dari stay kat dorm(14rakans budiman) ke B1-04 (jah) hingga dapat roomate cilik (gha).  
dari classmates 26orang, hingga jadi 33orang (walaupun kena separate maths1&2).
dari naik bas,teksi, lrt, ktm, hingga dapat rempit honda wave dan kancil putih.
dari berbuka puasa kat surau maktab, kat bangsawan depan tv, hingga ke dataran merdeka.
dari beli katil 2nd hand dgn kekmie, hingga anai-anai tumpang buat rumah.
dari main bola tampar, jaring, keranjang, rounders, hingga main gelung rotan dan baling selipar. 
dari kurang ilmu agama, hingga terisi bersama bulatan gembira.
dari second in take hingga dapat second class upper. insyaAllah!!
dari single hingga masih single :) 


kini penantian utk interview dan posting bermula.
keep praying n crying dear friends.   :')
rindu itu pasti.. kenangan itu realiti..
and keep in touch..ouch~










Saturday, November 03, 2012

ini bukan buku 555

“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (45:28)




:')



adakah dosaku setinggi gunung?
amalan pula? 
Astaghfirullahalazim.


InsyaAllah diteruskan..juz 26 :) 

Thursday, November 01, 2012

Astaghfirullah



Laa ilaha illa anta
Ya hayyu ya qayyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim

Kubuka jendela pagi di udara yg letih
Deru geram nyanyian zaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yg membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti
Astaghfirullah, astaghfirullah,
Astaghfirullahaladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari

Laa ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin

-opick-

Wednesday, October 17, 2012

InsyaAllah, someday!

Subhanallah. 
memang terasa nak pegi sangat. 
patut la mak abah selalu cakap, rindu nak pegi lagi :')
insyaAllah. insyaAllah. insyaAllah.
doa mi.. doa! 
Ya Allah, murahkanlah rezekiku.
dan panjangkan umurku untuk jejak ke sana.
berilah peluang kepadaku sebelum menutup mata. 


AJ, insyaAllah ada rezeki kita pegi sama-sama.

Tuesday, October 16, 2012

Sollu ala Muhammad



Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari AsmaNya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahNya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Sollu ala Muhammad :)

wasyukurillah


"sometimes, you could feel a bit stress,
to be scheduled and planned by your naqib or murobbi, here and there,
but be thankful because there is still somebody that love you so much,
always wants the best for you, and most important,
would sacrifice, his/her time, energy, family, money..
to bring you closer to the Deen of Allah Swt."

Alhamdulillah wasyukurillah :)

Monday, October 15, 2012

rapuh-opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Friday, October 12, 2012

situasi


5 situasi nak tengok seorang lelaki tu betul-betul 
"beriman, kacak, hensem, macho dan smart" :


  1. Masa dia menangis solat or berdoa mohon ampun waktu bangun tahajud tengah malam (maknanya dia jenis yg bangun mlm utk tahajud dan insyaAllah lelaki beriman)
  2. Masa dia jemur kain baju selepas cuci sendiri baju tu
  3. Masa dia berpayung tengah panas 
  4. Masa dia ketuai tahlil dan jadi imam solat
  5. Masa dia dukung baby sebelah tangan, sebelah lagi pimpin anak lagi satu yg dah boleh berjalan



(:   Jadilah kacak di sisi Allah terlebih dahulu...

Thursday, October 11, 2012

final year dinner

lima tahun enam bulan.
satu tempoh yang boleh membesarkan seorang bayi, 
sehingga mampu berlari dan berkata-kata itu ini.
apatah lagi kami yang kian dewasa.
Alhamdulillah, ku bersyukur Ya Rabb. 
terima kasih mak, abah, guru, pensyarah, pendidik bangsa!
selamat tinggal dunia pengajian buat seketika. 
dunia pekerjaan kan tiba. 
buat rakan sekapal, mari bersedia untuk mulakan itu dan ini.
bersedia untuk mula ke sekolah pagi ahad atau isnin!


with TKC girls. heee~


gadis ayu bersama abang macho


the most beautiful ~ picture! 


Cik Penyelaras Batch dan Puan Ketua Jabatan Matematik
Cik Nellie & Puan Norehan :)


Dr. Pengarah & Encik Pengerusi


power puff girls vs cream puff! haha



shila amzah vs mak jemah


with Puan Norehan n Puan Siti Khadzimah

WE, Mathematicians! 

with loves! 
friends till jannah. insyaAllah. 



Thursday, October 04, 2012

hidup yang semakin merapuh :'(



Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terang Mu
Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmat Mu
Allah Kau Maha Cahaya, beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah dalam sesat ku melangkah

Menghitung diri tanpa sedar air mata
menjadi saksi banyak waktu sia-sia
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umur ku dalam hidup yang semakin merapuh


-opick-

Monday, October 01, 2012

away



hampir berhenti.
kuatkan hati!
ada 40 hari.
sikit je lagi.



.syamimi.

Saturday, September 29, 2012

demi---meski

Dekat di mata, jauh di hati?
atau
Jauh di mata, dekat di hati?

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........




Ya Allah, bantulah aku membuat pilihan ini. 

Wednesday, September 19, 2012

suka sama suka

bagaimana kalau suka sama suka?
biar meriah hidup mereka?
tak perlu untuk berburuk sangka.
sebab semuanya dah nampak di muka.

bagaimana jika beri untuk terima?
itu ganjaran ditunggu namanya.
banyakkan memberi daripada menerima.
jangan terima jika sudah berpunya.




baiklah, itu saja.


Friday, September 14, 2012

first time mak.


first time. 
gajah yg xpernah berenang, tiba-tiba terapung dalam air.
Alhamdulillah 1st time snorkeling :D 
walaupun terkedek-kedek macam itik balik kampung.
thank you guys for the syioks momento. 
||Pulau Besar, Mersing||

Monday, September 10, 2012

ke pulau kami









Alhamdulillah. 
class trip ke Pulau Besar selesai dgn jayanya.
7-9 Sept 2012.
terima kasih kpd crew yg menjayakan.
semoga ukhwah yg terbina lebih erat. 
insyaAllah.
lagi dua bulan ++  di ipg. 
mari selesaikan viva, dinner dan segala pekerjaan dgn cemerlang.

fighting!!!

Sunday, August 12, 2012

malam ke-23

Qunut semalam sungguh syahdu
Walau sedikit maksud yang aku tahu
Ada esakan kecil kedengaran
Bacaan ayat sucinya indah sebutan
Walaupun saf tiada penuh ke belakang
Ku syukuri kerana diberi peluang
Imam ini bukan yang selalu
Hinanya diri ini kurang ilmu.

~NSI~



Surau Al-Aula, Ramadhan 1433.

Sunday, July 29, 2012

Amaran utk diri sendiri: Hukum couple dan dating!

Soalan:
 Ustazah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, remaja Islam seakan hilang identiti diri sebagai muslim yang bermaruah. Para remaja hari ini tidak segan silu bahkan bangga mempunyai kekasih dan dating secara terbuka tanpa rasa bersalah. Ibubapa dan masyarakat juga merelai perbuatan tersebut tanpa apa-apa tindakan pencegahan. Pada hemat saya kebebasan bercouple dan dating inilah penyumbang kepada zina dan buang anak pada hari ini. Saya ingin tahu apa hukum mempunyai kekasih dan berjumpa kekasih (couple dan dating) dalam Islam? Terima kasih.


Jawapan:
Terima kasih kepada yang bertanya. Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah HARUS. Kerana Islam adalah agama kasih sayang dan ukhuwwah (persaudaraan). Namun di sana terdapat beberapa keadaan atau tindakan yang boleh menjadikannya HARAM. Islam menetapkan syarat2 tertentu dalam perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan mahram.Antaranya :



PERTAMA: MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK DAN NIAT ITU BERTERUSAN DALAM KEADAAN BAIK
Hubungan kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita mesti diasaskan atas niat yang baik dan suci yaitu bertujuan untuk berkahwin demi menegakkan sebuah rumahtangga yang diredhai Allah. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah HARAM seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu, membalas dendam kepada wanita dan sebagainya.

 
KEDUA: HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT (PERATURAN) AGAMA
 Maksudnya dalam menjalin hubungan itu kedua-dua pihak mesti menjaga batas-batas pergaulan seperti yang ditentukan syariat. Seperti tidak berdua-duaan tanpa mahram samada secara nyata atau di alam cyber (internet).

Lumrah bercouple tidak dapat lari daripada ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya malah ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling  -_-"   kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.

Semua itu adalah bercanggah dengan peraturan dan tatacara hidup Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Perlu di sedari, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut menjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebutkan :

“Sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”.

Justeru berdasarkan kaedah ini, bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat adalah haram.


KETIGA: WAJIB MENJAGA MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Syariat islam mewajibkan ke atas ibubapa atau penjaga wanita menjaga MARUAH wanita tersebut, memeliharanya dari pergaulan bebas agar wanita itu kekal dalam keadaan suci maruah dan akhlaknya. Kesucian wanita menjadi lambang kesucian sesebuah masyarakat.

Apabila pasangan yang couple berdating, maka keperibadiannya sebagai seorang wanita muslimah akan dipersoalkan, diragui kesucian akhlaknya. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan, bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut merelai dirinya dipermainkan seperti barang tidak berharga, dibawa ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk lain yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadapnya. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya. Ingatlah bahawa Islam amat prihatin dalam penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan, kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: PERHUBUNGAN ITU TIDAK MEMBAWA KEPADA PEMBAZIRAN WANG DAN WAKTU
Di dalam bercouple, biasanya remaja tidak berkira dalam menjaga tatasusilanya dalam perbelanjaan. Sedangkan agama menuntut kita berhemat dalam berbelanja kerana harta yang Allah beri pada kita adalah amanah dan ujian keatas kita.

Lelaki biasanya akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Terdapat juga keadaan di mana si gadis yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembelian kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat tidak perlu. Justeru, penggunaan wang kepada perkara yang tidak wajar adalah haram dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

Begitu juga dalam soal waktu. Waktu adalah modal hidup kita yang tidak boleh dipersiakan begitu sahaja. Bercouple akan membazirkan waktu. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa atau remaja telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah ke atas hambaNya dalam hal perhubungan kasih sayang antara dua insan yang saling menyintai. Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita, bila pasangan itu bercinta hukum dan batasan agama dilangggar sewenang-wenangnya, bahkan saat itu hawa nafsulah yang menjadi tuhan mereka. Segala nasihat yang diberi, samada dari ibubapa dan rakan semuanya  di anggap penghalang cinta suci mereka.  puiiiiiiii!

Manakala hukum dating tanpa mahram adalah dilarang dan haram hukumnya. Kerana berdating bererti menghampiri zina. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri zina. Oleh kerana zina itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah dating ini adalah haram dan berdosa.

Allah SWT mengharamkan pandangan tanpa kepentingan antara lelaki dan wanita bukan mahram (sila rujuk Surah An Nur: 30,31), apalagi jika bertemu berdua-duaan tanpa mahram.
 
Sudah diketahui bahawa dalam pertemuan/dating itu akan berlaku perbualan, renungan, bisikan dan pujuk rayu yang akan membawa kepada sentuhan dan ada yang berakhir dengan hubungan intim (seks) yg haram atau zina.

Zina berlaku disebabkan adanya dating, jika tiada dating pasti tidak akan berlaku zina.

Seperti yang disebut di atas bahawa kaedah Fiqh menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram".

Maka hukum dating adalah HARAM kerana ia membawa kepada yang haram iaitu zina.

 Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Dengan dating membawa kepada perlanggaran hukum-hukum agama secara leluasa seperti berpandangan tanpa keperluan, percakapan berdua tanpa mahram, bersentuhan antara lelaki dan wanita yang semua itu diharamkan Allah. Jadi bila sudah berada dalam suasana haram dan tidak diredhai Allah, maka mudahlah bagi syaitan menjerumuskan kita ke lembah yg paling hina iaitu zina.

 Akibat dari zina tidak berakhir di situ sahaja. Lanjutan darinya akan menghalakan para remaja kepada maksiat dan dosa yang lain pula, seperti pengguguran yg merupakan satu pembunuhan, buang bayi, lari dari rumah yang merupakan perbuatan durhaka kepada ibubapa. Semua itu adalah hasil dari hubungan cinta atau couple dan dating yang diharamkan agama.
 
Di sini kita melihat betapa buruknya natijah dari pergaulan bebas yang ditegah oleh agama kita, dan di sisi lain kita dapat melihat hikmah dan kebaikan dalam mematuhi larangan tersebut di mana ianya pasti akan memelihara kesucian peribadi wanita dan lelaki kita sekaligus menyelamatkan kita dari tertipu oleh syaitan melalui pintu hawa nafsu seks ini. Alangkah harmoninya masyarakat kita jika remaja kita juah dari dosa-dosa ini, tidak berlaku zina, pembunuhan bayi dan buang bayi lagi dalam masyarakat kita jika lelaki dan wanita kita menjauhi couple dan dating secara haram.

 Islam bukanlah agama yang menyekat semua hubungan dan pertemuan antara lelaki dan wanita. Jika pertemuan itu perlu contohnya untuk berbincang bagi tujuan perkahwinan,persiapannya atau tujuan bermesyuarat untuk urusan dakwah misalnya, ianya dibenarkan oleh agama dengan beberapa syarat.
  
Antaranya hendaklah ditemani oleh mahram wanita itu seperti ibu atau bapanya atau adik beradiknya yang telah baligh, atau rakan yg dipercayai. Ini bertujuan untuk memelihara maruah wanita itu agar tidak dituduh berkhalwat dengan lelaki dan sudah pasti untuk mengelakkan berlakunya dosa-dosa seperti yg telah disebutkan di atas.

Saya ingin menyeru kepada semua wanita dan lelaki muslim, marilah kita berpegang teguh dgn ajaran agama kita yang mulia ini, agar kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah. Memang susah untuk kita mematuhi suruhan dan larangan Allah, tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita. Sudah lazimnya seorang kekasih itu akan mentaati kekasihnya. Soal jodoh kita janganlah kita terlalu ‘berminat’ untuk mendapatkannya sehingga kita mengambil jalan2 yg diharamkan oleh Allah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Kerana jika kita melalui jalan yang haram untuk mendapatkan jodoh kita ditakuti hidup kita sesudah itu tidak diberkatinya, perkahwinan kita tidak bahagia bahkan banyak berlaku pasangan yg berkahwin atas dasar cinta ‘separuh mati’ ini berakhir dengan perceraian.
 
Semoga dengan kita mentaati semua perintah Allah, Dia akan menganugerahkan kita pasangan yg baik kerana Allah berjanji dalam Surah An Nur bahawa wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adalah untuk wanita baik.
 
Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam menjalani kehidupan kita yg penuh ujian ini..



WALLAHU ‘AKLAM.

USTAZAH SHAHIDAH SHEIKH AHMAD

sumber: http://johor.wanita.ikram.org.my 


#Ini peringatan untuk saya dan awak, rakan-rakan saya! saya harap awak baca. saya sayang diri awak dan saya tak nak awak hanyut dengan dosa silam. mari bertaubat. insyaAllah, selagi ada masa untuk berubah. Ya, selagi ada masa. Rasa nak highlight semua dgn warna merah sbb ini satu peringatan! dunia ini semakin mencabar Ya Allah. kuatkanlah hati-hati kami dalam menegakkan agama-Mu. amin. Wassalam.

warnai hidupku di semester akhir


penat mata mengadap ujian pra,ujian pos,pemerhatian dan temu bual.
campak barang sana sini. 
stay with me and make me happy.

:)

Thursday, July 26, 2012

Seandainya semua tahu, indahnya mengabdi padaMu



رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
و بمحمد صلى الله عليه وسلم
نبيا ورسولا

Radhitu billahi Rabba
Wa bil Islami deena 
Wa bimuhammadin salla Allahu 'alayhi wa sallam
Nabiyyan wa Rasoola

I've accepted Allah as my Lord
And Islam as my way of life
And Muhammad - may Allah's peace & blessings be upon him
As Allah's Prophet and Messenger




Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Saturday, July 14, 2012

one of : ciri orang zalim

Dua org yg bertemu tapi tidak bertanya khabar.. seelok-eloknya bagi salam dan tanya nama.. bukan setakat jumpa angkat-angkat kening pastu sembang kosong tapi xtahu pun nama masing-masing. 




#zalim disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, bermakna melakukan sesuatu yg tidak patut.

Monday, July 09, 2012

"i" kecil dan kata kerja

sister : awak islam "i" BESAR atau "i" kecil?
saya : "i" BESAR
sister : kenapa "i" BESAR?
saya : sebab Kata Nama Khas
sister : jadi, islam awak hanya pada nama?
saya :   .........................................
sister : ingat, ISLAM adalah kata kerja. bukan kata nama. 





#ISLAM= tunduk, patuh, berserah diri (see, semuanya kata kerja)

Friday, July 06, 2012

zaman kanak-kanakku yang dihiasi dgn...

MAIN BEREBUT TIANG. 

Dulu, masa kat skolah rendah suka sgt main benda ni. isi masa lapang dan uji kecekapan diri ke? hehs.. aku masih ingat, sedang syok main masa tgh tggu pertukaran kelas utk sesi ptg, darjah 3 time tu,  ade seorg guru menjerit "tlg jgn nak buat bising dekat kelas ni, nak saya potong tiang tu? nak main berebut tiang sgt, ambik sorang satu!"  pastinya kegembiraan kami berebut tiang-tiang di depan kelas itu telah mengganggu abang-kakak yg sedang belajar di dlm kelas. maafkan kami cikgu :D dan, kami sanggup datang skolah awal utk main benda best ni. cool kan kami? 

biasanya 4 org akan jaga tiang masing-masing dan sorg lagi dok tengah-tengah gelanggang. cheh, panggil gelanggang ke? haha! yg kat tgh akan cuba tunjuk ketangkasan nak rebut tiang yg ditinggalkan penjaga-penjaga tiang. fuhhh, boleh bpeluh sementara nak tggu masuk kelas. manisnya zaman kanak-kanak saya. awak pernah merasa? dan, saya meneruskan pmainan ni masa kat skolah menengah. jeng-jeng-jeng. kami sgguh jenggg! dan pnah juga cuba mengimbau pmainan ni di kolej kediaman-maktab-di tiang-tiang blok D. indah bukan? ini namanya hidup dgn kenangan dan pengalaman.



MAIN PENUTUP BOTOL

mainan ni pulak biasanya dimonopoli oleh kaum adam. tapi, aku tetap ON bila ade yg mengajak utk bermain. kalau pegi kedai yg jual air dlm botol kaca tu, mmg suka la..sbb dpt kumpul penutup botol baru. pmainan ni memerlukan 5 penutup botol cap ayam. hanya guna jari dan mata yg berbisa utk menemukan penutup-penutup botol ini antara satu sama lain. lihatlah gambar di atas. bergaya sangat kan?



KUNYAH CEKELAT SUSU (gula-gula susu)

ok. skrg mcm susah nak jumpa cekelat ni. mungkin dah di upgrade dgn pembalut baru. pembalut gambar lembu kiut-miut. hari tu ade beli sbb rindu nak kunyah-kunyah cekelat susu ni. tp, rasanya xsama. yg dulu lg best. bagi kanak-kanak mcm aku dulu, nak dapat ni mmg mudah. dgn seposen pon dah boleh merasa 5bijik. skrg ade lg ke org nak jual gula-gula 10sen - 5 biji? mmg mintak kasut la. dihidangkan dgn perisa rose, coconut, coffee dan chocolate. 


ok, cukup lah membebel mak jemah kat sini. 
miss the old days :P

rugi kanak-kanak hari ini, sbb xdpt merasa benda best yg pnah aku rasa ni. hehhs.

manusia lupa. manusia alpa.


Tak Mengapalah. Semasa sy berusia 4 bulan dlm kandungan mak, rezeki,jodoh,ajal dan maut sy dh ditentukan oleh Allah swt. 
keep praying Syamimi! 


insyaAllah :)


Alhamdulillah. Ucapan syukur utk hari ini. 



Tuesday, July 03, 2012

say Hi!


Hi kepada flip cover hitam
Jeles achik ada flip cover merah :(



Friday, June 29, 2012

dalam

DALAM gambar itu.. 
dia duduk di situ..
merenung ke depan..
menghitung masa yang berdetik perlahan..


jumpa nanti..
pabila takdir datang merisik :)

Sunday, June 24, 2012

internship

selesai seminggu berpotpet-potpet di kelas.
esok kembali bersekolah utk internship. 
dan mari buat thesis. 
NOK ABIH DOH NGAJI!!! 



best dapat duduk-duduk dgn gfs.
tamat internship, kita duduk-duduk lagi.
 All the best uols.


#loves~karipap cinta. awww!
drive safe awak. 

Wednesday, June 06, 2012

they got married

Yes, they got married. 
---> 3 Jun 2012 <---

congrats Abe n Kak Nurul.
BARAKALLAHULAKUMA. 



  

May Allah bless both of u.
CINTA sampai ke syurga :) 
InsyaAllah.