nuffnang

Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan



Selamat berpuasa kepada mak,abah,abe,achik..
sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan,
serta seluruh muslimin dan muslimat di Bumi Allah ini.

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..insyaAllah.

Saturday, July 23, 2011

Friday, July 22, 2011

jumaat yg diberkati

Alhamdulillah. hari ni hari jumaat. dah 3minggu berlalunya praktikum 2 saya..syukur ya Allah.hari jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh saya utk merehatkan diri dari penat lelah bekerja. boleh release kepenatan bersama diri sendiri dan teman-teman. petang ni sure jog sbb nak jumpa bf kat tasik? haha.no!no!no! sbb nak melihat alam yg pastinya. okay,pagi tadi di observed oleh guru pembimbing, Puan Yuhana. masyaAllah, teruknya kawalan klas :'( perasaan mmg berserabutlah time tu. knape la budak2 ni x nak dgr ckp cikgu? apalah dosa cikgu ni? tp, sy usaha jugak dapatkan perhatian mereka.ade yg sgt berminat nk belajar.tanya itu ini. ada yg langsung xlayan.sumpah sedih la kan. hahh. klas mmg tak terkawal masa group activity. masing2 nak bjalan sana sini. tanya cikgu itu ini. nasib baik la cikgu xpening layan kerenah awak smua. minggu dpan cikgu nak bawak rotan la.boleh? sbb smua nakal.. cikgu nak cubit kamu, cikgu akan rasa bersalah plak nnt..jd, cikgu nak bawak rotan jelah. nak gertak je. bukan nak pukul sgt pon. adoi... anak-anak muridku yg disayangi, silalah berkelakuan baik-baik shja..pls laaa..

malam ni apa plan bro? tgk nasyid kat IPIK jom! huhu. dah lama xlayan nasyid. telinga skrg asyik lyn kpop je. haih..terbalik 360''..

oh yeahh.hari ni dpt 1 lg pengalaman baru. teman kak Nora (English teacher)-pegi SK Taman Kosas utk ambil exam paper for trial UPSR. calon utk SK Cheras Indah for dis year hanya 54 org.so, soalan dalam kotak yg plg kecik je masa ambik td. skolah lain berkotak2 kot. then, kami singgah kedai-jual-makanan-dari-arab. mcm2 makanan ade.kurma, minyak zaitun,ubat-ubatan dll. kaknora belanja 1 air delima.1 air sarang burung n 1 kek. wuhuu.berbaloi-baloi g teman dia amik kertas exam tu. haha. thanks kak. lain kali,nak mintak teman lagi,boleh je ;P hiks! umm. kaknora ni peramah org nye. mcm2 dia crita. psl study, keje, family,posting, marriage life, cinta..mcm2 lah.. bagi saya, akak seorg yg cool jugak lah. dan ade sbb sokongan kenapa sy ckp akak cool..sbb ade kete n motor mainan dlm kete akak. dan kalernye hitam merah! haha. cool habes! nasib baik sy xcuri.ahaks~

okay..hari ni sy sambung menonton Heartstrings episode 7. ade love quote yg sy suka--LOVE IS LOVE, HATE IS LOVE and HEARTBROKEN IS LOVE-- :D :D

Monday, July 18, 2011

16 syaaban

hari ni Alhamdulillah sy dapat berpuasa dgn jayanya. tp, buat-buat sedih la pulak sbb berbuka dgn maggi kari je.haha. nasib ade roti gardenia and chocolate peanut butter lady's choice. ok la tu kan. esok, saya bawak awak makan nasi kat kantin skolah ye (memujuk perut sendiri). aigoo. ok, jom buat RPH(rancangan pengajaran harian). urghhh! xde mood. xde idea bernas and best la. asyik benda sama je. mesti budak-budak bosan blaja dgn saya. xpe, amik mood dulu. tgk video-video favorita cari idea. hehs. minggu ni, sy dan cik Aya jadi guru bertugas kat skolah. dan pagi td sy kena bg ucapan utk slot semaikan budi..baca la teks yg dh disediakan. huhu. dan yg plg meriah ialah pabila nama dipanggil utk bagi ucapan.."saya menjemput Puan Syamimi utk menyampaikan ucapan" ouhh, pls laa bagi BIG clap! haha. PUAN ok. mmg sah gaya makcik bedah je aku ni. uhuks. tugas guru bertugas mingguan biasa je. ade pape, jumpa kami..check keceriaan klas..nnt, announce klas mane terbaik next assembly.insyaAllah bereh sajaa bos :)

rasanya seperti mahu pulang ke desa weekend berdekatan. menjenguk mak abah terchenta. before ramadhan tiba.bulan puasa nnt, pasti dh penat.

jom.jom. masuk opis. teeett!

Saturday, July 16, 2011

blind -'-___-'-




my blind love.cold heart of love.
because i love you, please see me.
because i only love you, please be by my side.
as long as the step, i was there waiting for you.
today,million times calling you again.
even know that you can't hear but still calling you.



Tuesday, July 12, 2011

paboya.

S.T.R.E.S.S

weekend ni jog sepenuh jiwa!

boleh try membawa diri.

Ya Allah, beri aku kekuatan.


Monday, July 11, 2011

asal pahang ke?

ni entah kali ke berapa org ckp sy org pahang. ade cop pahang ke kat dahi i? lol. ambo oghe klate actually! masa wilderness camp programme kat langkawi f5 dulu, bf (scandal je pooon) ckp i asal pahang. minggu lpas, relief klas 5 Tekun..hurm."cikgu, asal pahang eh?" aku angguk jela. layan~ hoho.. sory kanak2. last week, main wordie ape ntah ngan diorg.bina perkataan2 pendek dr perkataan pjg. hari ni teman bna (tuan azniera-1st kenal kat KMKulim) relief klas yg sama lg. kami ajar sifir 9 pakai jari. see, snang kan anak2? xyah nk hafal2. then, i ajar psl time duration smue tu. main ajar je, sbb xtau nk ajar ape.


hari ni, PnP saya diambil begitu saja oleh program Kantin Bersih. so, carry forward utk esok lah. jawabnye, salin balik RPH hari ni. jadi guru ni seronok kalau kita ikhlas. mcm2 boleh tgk kat skolah. budak nangis sbb gadoh-kawan-tak nak-kawan la (mungkin sbb ade kutu---ouh, anak2 moden masih ternak kutu lg? sobs)..jatuh longkang sbb main kejar2 la..pemadam hilang,mcm2..


tapi, yg pastinya cuak jadi guru praktikum ni. hati,jantung,usus,pankreas, pundi kacang a.k.a pundi kencing jadi x sihat sgt sbb kena prepare utk di'observe' oleh para guru dan lecturer pembimbing. sabar jelah. ade 3 semester ni je lg kat cheras. ouh! xsabar nk tamatkan!! kuatkan hati-hati kami ya Allah! ok, dis week Puan K akan dtg observe, sbb td dh g discuss ngan dia ape yg patut. cuak x? mestila tapak kaki rasa mcm sejuk je. hati 'duguen-duguen' tak sudah. Puan K mcm agak-agak skemm kot. Encik Azemi plak, hilang tak jumpa-jumpa. bila nk observe PJK ni encik? bulan puasa nk rest la sket. ksian budak2 baru blaja puasa. cheh, alasan! :P selamat berjuang utk para pejuang bangsa! fighting!

Saturday, July 09, 2011

cikgu dah kawen ye? urghh! :(

sabar jela mak...doakan terbaik utk anakanda ini. praktikal 2 pon baru start. tunggu angah balik dkat2 nk raya nnt.. i know u miss me, rite? sbb tu suruh angah balik kan. sape la xnak balik.sobs.tp, bebanan keje byk.aishh. pasal pen'jodoh' bilangan tu...the right time will come, mummy! malas nak fikir lagi.. diri sendiri pon xsedia lagi hokeyy..urgh. i just turned 22. so what? enjoy la dgn diri sendiri yg mmg best ni..huh? org kata, xde life? come on la.. life ni best je kalau kita hidup dgn cara yg kita suka. no worries ye hadek2. janji Allah tu pasti. keep praying :) tdo pon masih dgn Teddy Mr.Bean ditemani Spongebob si seluar kuning. haha. matured nya, x lagi. prangai masa umur 15thn n 22thn equal je!


next week ade kursus kurus kat maktab. ops silap.kursus kawen. girlfriends ajak masuk sbb murah2 je dik. lima puloh hengget selonggok. n dapat sijil trus. ape kata anda? saya kata, rilek la dulu. sbb mmg xpnah pk pon pasal benda2 mcm ni. mcm sangat awal je..bajet nak amik dgn 'bakal driver' nnt.. omo! lupakan saja!!!


mak siap pesan. kawen nnt, jgn duduk rumah mentua. duduk rumah sendiri. berdikari masak kari pls. haha..macam-macam la. sejak umur dh melebihi 20 thn ni, asyik sembang psl kehidupan wanita+family+adab sopan+rumah (versi takde tangga) dgn mak. mak mmg best sbb dengar je ape yg anak dia bebel entah pape. ceritera itu ini. hehs. sabar jela. mak bosan la tu dok rumah sorang-sorang..nak main ngan cucu kah? mintak ngan abe pls! hahha. abe yg seorg ni, bila lg nak kawen? kumpul duit ke, cetak duit? duit xkan habis dikumpul la bro.. make it simple n cool.. xperlu kawen gempak ala-ala artis, kalau xbahagia. cheh! umm. kang sy langkah bendul baru tau.


ayat utk hidup lebih tenteram dan jiwa selamat sihat walafiat:

"jgn pernah risau akan j0dohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkn imannya.Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bhawa jodoh yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan bagi memimpin dirimu kelak. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu".



jadi, renung-renungkan, sampai termenung! haaha. till then.
faith in Allah is the best way to seek happiness. insyaAllah!


Friday, July 08, 2011

Sunday, July 03, 2011

SK Cheras Indah-Practicum 2


ok! whistle, ready!! for physical education.
xsabar nak tiup kuat2! HAHA :P

Now, everything is ready!
heart n soul, physical n mental n bla-bla-bla.
All the best guys! fighting!
May Allah bless us. InsyaAllah.


pen sekilo ini untuk tulis lesson plan :)


--Namun,SKCI telah mengambil keputusan bijak dgn mendapatkan Cuti Peristiwa pada hari esok. Jadi, saya hanya perlu bersenang lenang di rumah menunggu hari Selasa utk ke sekolah. Selamat Berjuang sahabat!--



Saturday, July 02, 2011

ku rindukan adik yang pergi


Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy"----Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.



Risiko dan penyebab mengandung luar rahim:

1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Diagnosis:
1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.


Rawatan:
Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.





kau datang setelah dirancang..
namun kau pergi tanpa dirancang..
semua adalah ketentuanNya..

terima kasih untuk mak abah..
namun, ku rindukan mereka bertiga yang pergi..




Friday, July 01, 2011

miyau miyau.bogoshipoyo!


Sepanjang percutian lalu yg dirindui...menjadi babysitter adalah sgt menguji kesabaran ye adeq-adeq.penat mak tau. bawak rotan keliling rumah suruh 'anak-anak' mandi di kala maghrib. didik mereka utk mandi bersih-bersih,makan kenyang-kenyang, mengaji pandai-pandai.Wahhh! rindu budak-budak!! [Ammar Faez, Afif Fathi, Afiq Fahmi, Hanis, Hazirah, Husnina, Hanif, Aisyah, Asma', Huzaifah, Iman dan Ilham] well, cuti dah tamat. sem baru dah usai dua minggu. Alhamdulillah. terasa macam dah byk yg dilalui sepanjang 2minggu ni. mcm dah dua bulan pulak. 4Julai akan bermula praktikum2 di SK Cheras Indah. selama 2bulan sahaja. SAHAJA? opss. ye, 2bulan sahaja. di bulan ramadhan yg mulia, yg akan dilalui dgn penuh kekuatan berpraktikal di sekolah, insyaAllah. wooosh. rasa nak terbang balik kampung halaman mintak restu mak abah. pray for me sygs~



kanak-kanak gembira bermain sepanjang masa.
rindu zaman kanak-kanak saya! :)



rindu juga nak masak utk budak-budak.ouh!
"sedap ke? SEDAP!" ikhlaskah jawapan mereka? T___T
kat rumah sewa ni, haram malas saya nk masak.isk3.




mak,abah! miss you,badly.