nuffnang

Tuesday, March 22, 2011

#puding trifle

ni resepinya.



puding favorita saya. 


Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 sudu besar gula 
4 sudu besar tepung kastard 
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 paket agar-agar jeli kristal Nona 
1 mangkuk air panas

Cara-cara:
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga padat. 
Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin(if nak manis)
Masukkan buah-buahan tin hingga habis di atas kek.
Panaskan susu cair dengan satu sudu gula. Kecilkan api.
Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan semangkuk air sejuk.
Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih.
Masak hingga betul-betul kastard pekat. Tutup api.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard-->yg sudah keras sedikit dan sejukkan.
Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.(simpan dlm peti lg seronok).

Wednesday, March 16, 2011

ku menunggu

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu
ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku
ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu


--rossa--

Friday, March 04, 2011

-_-''

Pesan mak abah, melekat di hati dan di bibir.
InsyaAllah.

[Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzolimin]


"None has the right to be worshiped but You (Allah), Glorified (and Exalted) are You(above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers."


"Put your trust in Allah if you are believers".
(al-Maidah 5:23)

---Semoga Allah melindungi aku dan mereka dari segala kejahatan musuh dan hasutan syaitan yang direjam.



Thursday, March 03, 2011

seketika tersentuh

semakin suram persahabatan kita :'(

maaf jika ini semua salahku. aku juga manusia biasa yg lalai dan alpa. sukar utk aku fahami hatimu.kadang-kadang ku juga terluka dan memendam rasa.kurasa kau terlalu mahu menyendiri.jadi, ku undur diri menyepi. memberi ruang kpdmu dgn dirimu. ku tahu ada kalanya, ku terlalu angkuh bersuara. melupakan teman lama. menebar sayap ke sini sana. ku juga banyak dosa. tak perlu diungkit kisah lama. aku terkadang dilanda badai ombak bencana yg tak pernah henti kunjung tiba. ku menyepi bukan kerana marah.tetapi memujuk hati supaya tiada yang merana.

jauh kau pergi meninggalkan diriku.
di sini aku merindukan dirimu.
kini kucuba mencari penggantimu.
namun tak lagi kan seperti dirimu.


p/s: baik-baiklah kau di sana.

Wednesday, March 02, 2011

Nur Kasih The Movie

19 Mei 2011. WAJIB TONTON!


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


:) :)

boleh ke macam ni?

haha..marry me,marry!


Tuesday, March 01, 2011

jangan terpaksa utk mulakannya

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. InsyaAllah.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.


Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores :)


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.


Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh sini sana.Ini bukan soal cinta atau suka.Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

p/s~~~Ayuh lengkapkan diri dgn ilmu,amal,pengetahuan hukum dan sebagainya. semoga kelak tidak celaru jadinya. jgn jadikan agama sbg mainan, krn hukum agama yg mudah inilah yg sering dipermainkan oleh manusia yg alpa.nauzubillah.


sedetik lebih

SEDETIK LEBIH---anuar zain :)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu