nuffnang

Sunday, October 30, 2011

kau PENAKUT kan?

KAU..bagaikan udara...zasss~sepantas kilat kau berlari. dari bilik peraduan ke dapur. dari dapur ke bilik peraduan. di tgh pekat malam.kau gagahkan diri ke dapur. sendirian kau berlari melintasi ruang legar. menyapa abah yang sedang menonton tv, entah siapa sedang bergusti.semua tu kau tak ambil endah. yg penting, tekak kau perlukan air utk melastik  VCO yang ditelan tanpa air seminit tadi. sia-sia usaha menelan.nak tunjuk hebat kepada diri sndiri. last-last tercekik seorg diri. aigooh (gaya farhani jatuhkan kepala~ala-ala Seo Hyun). kau spesis penakut. kau yakin? kau memang penakut tegar alaf ini. confirm. takyah tanya byk!!


benda simple yg buat kau takut ialah kegelapan. tidur malam di mana-mana teratak, tak pernah kau gagahkan diri switch off the kalimantangs. kecuali masa blackout. no choice.


kilat yg terpanah juga membuatkan kau melarikan diri ke bawah selimut? kau memang....kesian kau. atau kau akan cari lorong/ruang tertutup dari pandangan mata? mata terpejam. mulut terkumat-kamit membaca ayat suci yg terlintas di mata hati. pelik la kau ni! rungut seorang rakan.


tidak mengapa. walau ape pon yang pelik. kau perlu terima. kerana kau adalah aku! 

Thursday, October 20, 2011

who do you think you are?

JANUARY=CHATTER
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn’t pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions. Unpredictable.
Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them.

love of roses



Friends listen, laugh and care,
But most of all, they're always there,
Through thick and thin, up and down,
For treats, hugs and real big smiles,
When they always show up to lend their ear.



#Thanks lovers. I love you. more and even more.
saranghae sisters.
let friendship remain our loves#


Wednesday, October 19, 2011

tak punya siapa



ia bermula dengan hampa.
ada rasa terbuku di dada.
hendak diluah, tetapi kepada siapa?
pujuk diri dan pasrah ketentuan-Nya.
kerana ia tidak semudah yang mereka sangka.
mereka hanya mampu berkata-kata.
yang mengiringi cuma air mata.
terpukul lagi luka lama.

nanti! aku ada luka lama?
ini bukan untuk aku, tapi mereka.

kenapa diingat kisah lama?
jika esok tiada bersama.
usah terlalu berwaspada.
kelak kau juga yang merana.
kerana hanya kau yang merasa.
orang lain melihat tanpa kata!
ingatlah, cinta manusia tak kekal lama.
hanya cinta kepada Allah abadi selamanya.



Tuesday, October 18, 2011

My Happiest Moment.

This is my first picture, holding a cat!
~meowww~

See, I'm smiling from ear to ear.
Actually, I'm scaring myself .HAHA.


Monday, October 17, 2011

daddy cool


congrats abah sayang!

who have served with great loyalty for 25 years

with Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

#Award of Faithful Service.


--tgh bertuisyen tadi,abah call..ckp akan "convo" Jumaat ni, 21 oktober 2011.kat Pan Pacific Hotel KLIA. ololooo.comelnye, nak convo. hehe. sorry abah, xdpt nak pegi tgk. sbb ptg tu, angah terbang balik klate. aigoo. kang, terlepas flight plak. tp, if abah nak sponsor tiket MAS, boleh saja kan? kita balik sama-sama mlm Jumaat tu. ngeee~sedih la mcm ni. whatever it is. I LOVE YOU ABAH! jasamu dikenang. hehe. xlama dah nak tamatkan perkhidmatan, kurang lebih 5 tahun lagi. jadi, selamat meneruskan perkhidmatan abah.

stay healthy, cool, manja. aik? HAHA! xoxo.


Sunday, October 16, 2011

Saturday, October 15, 2011

someone like you


Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead".



Kalau benar ingin menjadi LELAKI yang MENCINTAI perempuannya, maka mulalah dengan BERUSAHA membawa diri ke SYURGA. Kerna nanti KAU perlu memimpinnya ke sana.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur 24:32)

Friday, October 14, 2011

wajarkah jatuh cinta?

jatuh cinta merupakan hal yang wajar kerana manusia mempunyai fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis. jika tidak, mana mungkin kita hadir ke dunia ini tanpa rasa ketertarikan ayah kepada isterinya dan ketertarikan ibu kepada suaminya. suka atau tidak suka, itulah kenyataannya. dalam sesebuah komuniti, kita boleh jadi tertarik dan suka kepada seseorang atau kita boleh juga membenci dan kurang suka kepada seseorang. hanya pemilik hati sahaja yang tahu.

kita boleh jadi suka melihat seseorang.jatuh cinta tentu saja bererti kita suka kepada seseorang kan. oleh yang demikian, mungkin kita akan menyukainya apa adanya dengan segala sifat yang melekat bertepek pada dirinya.

perkataan 'suka' itu boleh jadi telah diungkapkan atau belum diungkapkan. diketahui atau tidak diketahui oleh orang lain.. bahkan, boleh jadi orang tersebut tetap menyimpan rasa suka seumur hidupnya, tidak terhapus, tidak terlupa walaupun telah berkahwin dengan orang lain yang bukan orang yang disukainya..

ada banyak sekali orang di dunia ini yang tidak berkahwin dan tidak bersatu dengan orang yang benar-benar mereka suka dan cintai. "saya akan lebih bahagia, kalau saya tahu awak bahagia". puiii! macam sweet kan? tapi, macam mana perasaan dalam kotak jiwa, hati dalam sangkar rusuk? pedih jugak la dan boleh tahan wey.


riak betul manusia dengan kekayaan dunia

indahnya jika kita berjodoh.hiks~




tiada pekerjaan habaq hang!

motif aktiviti: menunjuk-nunjuk itu tak NICE..ade org kata!

motif asal~1st time pakai pashmina uols :P

Tuesday, October 11, 2011

dia sayang kau lebih weh!

:D :D :D gelak kecil je yang mampu terluah. pabila mendengar luahan kata-kata ini.

bagi saya, sayang itu sangat subjektif dan abstrak!

walau ape pon, terima kasih sebab sayang... itu...




utk yang menyayangi, saya harap awak menyemak benda yang perlu disemak. jangan terlalu berlebihan. jadilah yang sederhana. jangan terlalu ikut emosi. jangan selalu yakin dengan kata-kata manusia. kerana manusia LUPA!

Monday, October 10, 2011

Sadaqallahul 'Azim

Tafsir hijau ditutup rapat dan dikucup beberapa kali.. dengan lafaz Sadaqallahul 'Azim aku mengakhiri Surah Maryam. InsyaAllah malam esok bersambung dengan Surah Taha.. insyaAllah.... hati tenang seketika kerana masih mendapat peluang untuk terus membacanya setelah kembali suci.. setelah seminggu menyepi, it's soothing me.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air". Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran".

“Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” (Abu Daud & Ahmad).


InsyaAllah. selagi mata dapat melihat menghayati ayat-ayat panduan hidup, selagi bibir mampu menyebut bait-bait ayat suci, selagi telinga dapat mendengar alunan indah ini, selagi peti suara masih bersuara, selagi air mata mampu mengalir pabila hati tersentuh mengetahui isi tafsir, selagi ada yang terkesan di hati, insyaAllah.insyaAllah. insyaAllah. aku akan setia membaca.mengamalkan. dan berkongsi kepada yang mahu. kuatkan hatiku Ya Allah. supaya panduan hidup ini akan terus menjadi peganganku. dan tabahkan hatiku. tambahkan kesabaran kepadaku. setiakanlah aku kepadaMu. kerana aku, hamba Mu :)


terima kasih kepada mak abah yang memperkenalkan dan membimbingku membaca Al-Quran..juga arwah Tok Ayah yang menegur silap salah ku dalam mengenal hukum bacaan ayat suci. Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.




Sunday, October 09, 2011

asyik berlumpuh di katil pada hujung minggu!


walaupun dia mempermainkan kamu beberapa kali, kamu masih percayakan dia?

---berapa banyak yang telah kamu kuruskan?
+++600gram
---ia adalah sebahagian daging lembu +_+


+++asyik buat baju kecil, orang gemuk nak pakai apa?



Buat masa sekarang, hanya Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sahaja jadi teman yang memekak kat terowong telinga. ouh, listening to >>>Beribu Sesalan :)



Saturday, October 08, 2011

lembut seperti gula kapas




"Saya gemuk sebab berhenti bermain bola keranjang", ulas Kim Sam Soon selepas ditanya mengapa dia semakin gemuk.

ouhh..mungkin saya boleh guna sebab ini juga buat masa skrg? :P



xkesah la org nak panggil ape pon.

-kau umpama sebiji bom
-kau ibarat lori tong sampah
-kau bagai buah labu




**ketawa la sepuas-puas hati, sebab jabatan cukai tak kan mintak cukai yang lebih dari kamu!

Friday, October 07, 2011

Terlontar ku di halaman.

Sekebun cinta nan berbunga
Teguh berdiri nan berduri
Aku yang asli di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambang cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar yang kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihanku
Aku di taman hanya perhiasan
Mata ungu..

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu berbaja tiada



Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk meraih impian
Terlontar ku di halaman
Pemusnah ku adalah kumbang

Runtuh bila ku kelayuan
Impianmu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti! dirimu bahgia

Walaupun aku dipersia
Dari kaca perhiasanmu
Kanku mengorak kuntuman bunga
Seluruh taman ini
Moga matamu bila kejauhan
Terserlahlah


nyesal kau!

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Sia-sia ku, mencintaimu!!
Setia padamu, percayakanmu!!

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...


Thursday, October 06, 2011

bimbingan

3 rakan yg baru balik 'keje', terjah masuk bilik dan bagitau 'ni semua salah kau mimi!!' saya buat muka slumber yaya. bangun dari pembaringan dan bertanya elok-elok. 'apesal?' mereka buat muka serius. cheh! pandai berlakon uols. 'Tahniah mie, selamat bekerja!' haha.

Alhamdulillah, saya dapat 'job' baru.. insyaAllah dapat 'memberi tangan' kpd yg memerlukan. bakal membimbing 2 org anak dari rumah solehah Taman Mulia. semoga ilmu yg akan dikongsi akan kekal dan berguna.InsyaAllah. may Allah bless me.

Wednesday, October 05, 2011

diam-diam, belum 'berisi'.


BIARKAN TERUS DIAM..

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup melihat dia dalam diam.kerana diam adalah salah satu bukti abadi.kerana diam bukti kesetiaan padanya.kerana mungkin saja orang yang ku suka adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukku..

kerana dalam diam tersimpan kekuatan.kekuatan harapan.hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diam' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

jika dia memang bukan milikku, pasti Allah, melalui waktu, akan menghapus 'cinta dalam diam' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.biarkan 'cinta dalam diam' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan si pemilik hati.