Soalan:
Ustazah, sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, remaja Islam seakan hilang identiti diri
sebagai muslim yang bermaruah. Para remaja hari ini tidak segan silu bahkan
bangga mempunyai kekasih dan dating secara terbuka tanpa rasa bersalah. Ibubapa
dan masyarakat juga merelai perbuatan tersebut tanpa apa-apa tindakan
pencegahan. Pada hemat saya kebebasan bercouple dan dating inilah penyumbang
kepada zina dan buang anak pada hari ini. Saya ingin tahu apa hukum mempunyai
kekasih dan berjumpa kekasih (couple dan dating) dalam Islam? Terima kasih.
Jawapan:
Terima kasih kepada yang bertanya. Pada asasnya, hukum
bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah HARUS. Kerana
Islam adalah agama kasih sayang dan ukhuwwah (persaudaraan). Namun di sana
terdapat beberapa keadaan atau tindakan yang boleh menjadikannya HARAM. Islam
menetapkan syarat2 tertentu dalam perhubungan kasih sayang antara lelaki dan
wanita bukan mahram.Antaranya :
PERTAMA: MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK DAN NIAT ITU BERTERUSAN
DALAM KEADAAN BAIK
Hubungan kasih sayang
antara seorang lelaki dan wanita mesti diasaskan atas niat yang baik dan suci
yaitu bertujuan untuk berkahwin demi menegakkan sebuah rumahtangga yang
diredhai Allah. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah HARAM seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari
keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu, membalas dendam kepada wanita dan
sebagainya.
KEDUA: HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT (PERATURAN) AGAMA
Maksudnya dalam
menjalin hubungan itu kedua-dua pihak mesti menjaga batas-batas pergaulan
seperti yang ditentukan syariat. Seperti tidak berdua-duaan tanpa mahram samada
secara nyata atau di alam cyber (internet).
Lumrah bercouple tidak dapat lari daripada
ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya malah ada yang
sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan
silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap
"caring" seperti memanggil darling -_-" kepada pasangannya. Paling tidak,
pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua itu adalah bercanggah dengan peraturan dan tatacara
hidup Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Perlu di sedari, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan,
maka tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut
menjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebutkan :
“Sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga
menjadi haram”.
Justeru berdasarkan kaedah ini, bercouple yang membawa
kepada perlanggaran hukum syariat adalah haram.
KETIGA: WAJIB MENJAGA
MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Syariat islam
mewajibkan ke atas ibubapa atau penjaga wanita menjaga MARUAH wanita tersebut,
memeliharanya dari pergaulan bebas agar wanita itu kekal dalam keadaan suci
maruah dan akhlaknya. Kesucian wanita menjadi lambang kesucian sesebuah
masyarakat.
Apabila pasangan yang couple berdating, maka keperibadiannya
sebagai seorang wanita muslimah akan dipersoalkan, diragui kesucian akhlaknya.
Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi
si perempuan, bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut merelai dirinya
dipermainkan seperti barang tidak berharga, dibawa ke sana-sini atau
setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki.
Kesan buruk lain yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara
pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif
terhadapnya. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya
berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya.
Ingatlah bahawa Islam amat prihatin dalam penjagaan maruah seorang wanita. Di
atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam
mengharamkan perhubungan yang di luar batasan, kerana Islam memelihara
kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: PERHUBUNGAN
ITU TIDAK MEMBAWA KEPADA PEMBAZIRAN WANG DAN WAKTU
Di dalam bercouple,
biasanya remaja tidak berkira dalam menjaga tatasusilanya dalam perbelanjaan.
Sedangkan agama menuntut kita berhemat dalam berbelanja kerana harta yang Allah
beri pada kita adalah amanah dan ujian keatas kita.
Lelaki biasanya akan banyak menghabiskan duit pinjaman
PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa
untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Terdapat juga keadaan di mana si
gadis yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembelian kad top-up
handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke
belum. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang
sangat tidak perlu. Justeru, penggunaan wang kepada perkara yang tidak wajar
adalah haram dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan
harta adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
Begitu juga dalam
soal waktu. Waktu adalah modal hidup kita yang tidak boleh dipersiakan begitu
sahaja. Bercouple akan membazirkan waktu. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa atau remaja telah diisi dengan
perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual
telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan
perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit
yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah.
Demikianlah
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah ke atas hambaNya dalam hal perhubungan
kasih sayang antara dua insan yang saling menyintai. Tetapi apa yang berlaku
dalam masyarakat kita, bila pasangan itu bercinta hukum dan batasan agama
dilangggar sewenang-wenangnya, bahkan saat itu hawa nafsulah yang menjadi tuhan
mereka. Segala nasihat yang diberi, samada dari ibubapa dan rakan semuanya di anggap penghalang cinta suci mereka. puiiiiiiii!
Manakala hukum dating
tanpa mahram adalah dilarang dan haram hukumnya. Kerana berdating bererti
menghampiri zina. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri
zina. Oleh kerana zina itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan
yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah dating ini adalah haram dan
berdosa.
Allah SWT
mengharamkan pandangan tanpa kepentingan antara lelaki dan wanita bukan mahram
(sila rujuk Surah An Nur: 30,31), apalagi jika bertemu berdua-duaan tanpa
mahram.
Sudah diketahui bahawa dalam pertemuan/dating itu akan
berlaku perbualan, renungan, bisikan dan pujuk rayu yang akan membawa kepada
sentuhan dan ada yang berakhir dengan hubungan intim (seks) yg haram atau zina.
Zina berlaku disebabkan adanya dating, jika tiada dating
pasti tidak akan berlaku zina.
Seperti yang disebut di atas bahawa kaedah Fiqh menjelaskan
"Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum
melakukan perkara tersebut adalah haram".
Maka hukum dating adalah HARAM kerana ia membawa kepada yang
haram iaitu zina.
Jauhilah dari
berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam
ke lembah perzinaan. Dengan dating membawa kepada perlanggaran hukum-hukum
agama secara leluasa seperti berpandangan tanpa keperluan, percakapan berdua
tanpa mahram, bersentuhan antara lelaki dan wanita yang semua itu diharamkan
Allah. Jadi bila sudah berada dalam suasana haram dan tidak diredhai Allah,
maka mudahlah bagi syaitan menjerumuskan kita ke lembah yg paling hina iaitu
zina.
Akibat dari zina
tidak berakhir di situ sahaja. Lanjutan darinya akan menghalakan para remaja
kepada maksiat dan dosa yang lain pula, seperti pengguguran yg merupakan satu
pembunuhan, buang bayi, lari dari rumah yang merupakan perbuatan durhaka kepada
ibubapa. Semua itu adalah hasil dari hubungan cinta atau couple dan dating yang
diharamkan agama.
Di sini kita melihat betapa buruknya natijah dari pergaulan
bebas yang ditegah oleh agama kita, dan di sisi lain kita dapat melihat hikmah
dan kebaikan dalam mematuhi larangan tersebut di mana ianya pasti akan
memelihara kesucian peribadi wanita dan lelaki kita sekaligus menyelamatkan
kita dari tertipu oleh syaitan melalui pintu hawa nafsu seks ini. Alangkah
harmoninya masyarakat kita jika remaja kita juah dari dosa-dosa ini, tidak
berlaku zina, pembunuhan bayi dan buang bayi lagi dalam masyarakat kita jika
lelaki dan wanita kita menjauhi couple dan dating secara haram.
Islam bukanlah agama
yang menyekat semua hubungan dan pertemuan antara lelaki dan wanita. Jika
pertemuan itu perlu contohnya untuk berbincang bagi tujuan
perkahwinan,persiapannya atau tujuan bermesyuarat untuk urusan dakwah misalnya,
ianya dibenarkan oleh agama dengan beberapa syarat.
Antaranya hendaklah ditemani oleh mahram wanita itu seperti
ibu atau bapanya atau adik beradiknya yang telah baligh, atau rakan yg
dipercayai. Ini bertujuan untuk memelihara maruah wanita itu agar tidak dituduh
berkhalwat dengan lelaki dan sudah pasti untuk mengelakkan berlakunya dosa-dosa
seperti yg telah disebutkan di atas.
Saya ingin menyeru
kepada semua wanita dan lelaki muslim, marilah kita berpegang teguh dgn ajaran
agama kita yang mulia ini, agar kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari
Allah. Memang susah untuk kita mematuhi suruhan dan larangan Allah, tetapi
ianya akan menjadi mudah jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita. Sudah
lazimnya seorang kekasih itu akan mentaati kekasihnya. Soal jodoh kita
janganlah kita terlalu ‘berminat’ untuk mendapatkannya sehingga kita mengambil jalan2
yg diharamkan oleh Allah. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Kerana jika kita
melalui jalan yang haram untuk mendapatkan jodoh kita ditakuti hidup kita
sesudah itu tidak diberkatinya, perkahwinan kita tidak bahagia bahkan banyak
berlaku pasangan yg berkahwin atas dasar cinta ‘separuh mati’ ini berakhir
dengan perceraian.
Semoga dengan kita mentaati semua perintah Allah, Dia akan
menganugerahkan kita pasangan yg baik kerana Allah berjanji dalam Surah An Nur
bahawa wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adalah
untuk wanita baik.
Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam menjalani
kehidupan kita yg penuh ujian ini..
WALLAHU ‘AKLAM.
USTAZAH SHAHIDAH SHEIKH AHMAD
sumber: http://johor.wanita.ikram.org.my
#Ini peringatan untuk saya dan awak, rakan-rakan saya! saya harap awak baca. saya sayang diri awak dan saya tak nak awak hanyut dengan dosa silam. mari bertaubat. insyaAllah, selagi ada masa untuk berubah. Ya, selagi ada masa. Rasa nak highlight semua dgn warna merah sbb ini satu peringatan! dunia ini semakin mencabar Ya Allah. kuatkanlah hati-hati kami dalam menegakkan agama-Mu. amin. Wassalam.