nuffnang

Saturday, January 29, 2011

BIG GIRL is you



curi gambar is not a crime kan Jah?

You know you are getting old
when the candles cost more than the cake?
22 candles for 22 years young lady :)


but, this is not the candles.
hey,bila mahu angkat sport shoes baru?
Adidas jom!
--sambil menyemak baki akhir akaun bank ^_^


Mom : Doter, what do you want for your birthday?
Doter : Not much mom, just a radio with a sports car around it.
lancer belum ditunaikan. inikan pula Jebat yg hanyalah prototype.



May Allah bless this young lady
with love, faith and happiness..
cepat2 jumpa jodoh. amin.



Thursday, January 27, 2011

putih mulus



hai perodua.
selamat datang.
honda akan balik kampung.
sila temani saya ke sekolah.
terima kasih mak dan abah. hugs!

loves~your daughter.

Thursday, January 20, 2011

hodoh lebih mulia


tak tegur,dipersalahkan.
tegur,macam orang bersalah pulak.
so,baik buat bodoh.
bodoh?
macam hush puppies pulak.
sombong?
macam ikan kembong.
kenyang makan sorang! lapar cari orang!
bodoh sombong should be nice kan.
~so-so~

tolong la semak balik diri sendiri.
jgn rasa diri tu betul sgt.
and orang lain semua salah dan dipergunakan.
jgn nak jd bodoh sombong.
bodoh,tetapi sombong.
memperbodohkan diri dgn sifat sombong.
ishk,perlu ke nak jd bodoh atau sombong?


'ketaksamaan linear' yg sedang dikaji:
Bodoh> Bodoh sombong> Sombong
[ > ] = lebih ganas daripada.
---bahana extra dose algebra---


~berkawan hanyalah syarat?~


Wednesday, January 19, 2011

hati-hati, hati.



Ya Allah,
jaga hatiku dan hati dia.


‘Ya Allah Engkau tahu,
Hati-hati ini telah berkumpul dalam cinta-Mu,
Bertemu dalam taat-Mu,
Menyatu menolong dakwah-Mu,
Berjanji memperjuangkan syariat-Mu,
Maka eratkan ikatannya,
Dan abadikan cintanya’. (Doa Rabithah)

Al-Kafirun.

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
Say: Oh you who turn away.
I do not worship what you worship,
nor do you worship what I worship.
And I will not worship what you worship,
Nor will you worship what I worship.
Your way is yours, and my way is mine.
(Al-Kafirun)

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8.



Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You.



Ya Allah,kuatkanlah Iman ku. Jauhi aku dari segala kealpaan yang menghinakan diriku, keluargaku, dan agamaku. Kau tunjukkan aku jalan yg benar. Kau lindungilah aku dari segala perkara mungkar, maksiat serta godaan syaitan. Allahuakbar!!!


Monday, January 17, 2011

baby KAWASAKI NINJA


baby KAWASAKI NINJA
.

Ke hadapan Encik Suami yg kini berada di merata tempat di Bumi,
nanti Puan Isteri nak beli ini utk kamu.
suka tak? saya suka :D dah guling-guling ni.
pls make sure, u ada lesen motosikal.
kalau takde pon..xpe,nnt sy teman awak ambil lesen.
i miss you.take care di mana-mana!

Saturday, January 15, 2011

puding trifle





masakan pertama 2011 di cheras.yeay! we did it :D
nice try haaa?
chef dari bachok dan jitra.thanks yeah!
esok kita sambung masak lg.weeee~

sesiapa yg berminat dan ingin membuat tempahan, sila hubungi
kwae dan buddie! hahahaha. nnt try la buat jugak uols.

Tuesday, January 11, 2011

May Allah bless.

Alhamdulillah. i just turned 22 on 11.1.11
thanks for the wishes and thoughts. love uols.

mak,abah.terima KASIH ku. terima kasih utk semua.

post yg buat sy tersenyum lama (✿◠‿◠) :
❤ex-roomate ✿
❤kelisa puteh

❤habaq hang!

--->thanks for the surprise! terkejut mak nak! haha.dgn kenangan bersama ATOK NAKAL di kedai adik. haishh. Alhamdulillah semua selamat.

Alhamdulillah.syukur utk segala yg dah saya lalui sepanjang penghidupan 22tahun ini.dunia ini hanya persinggahan.dan di sinilah tempat utk berhidup dgn baik. define baik? baik dari segala hal. insyaAllah. May Allah bless. saya juga ingin jadi yg terbaik utk mak abah(anak solehah),utk dia(?), utk diri sendiri utk agama dan masyarakat. semoga jalan yg sy pilih utk dilalui ini adalah jln yg benar,jln yg diberkati dan dilindungi oleh-Nya.InsyaAllah.



They all are precious in their way. hugs.loves.Thanks for the memories.


Saturday, January 08, 2011

solat dhuha.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan
tulang temulang sendi memerlukan
sedekah
. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap
tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf
adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu
sama nilainya
dengan dua rakaat solat Dhuha.


Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya
bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam
kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu
al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula
berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami
bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah
surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua.


Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah
ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.


“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”. amin.


insyaAllah. kulapangkan masaku selagi masih ada masa..Alhamdulillah.


and when he smiles.

And when he smiles he makes the sun shine
He wouldn't think to make it rain
Happiness runs in the family
And he's a boy from the good old earth and the high tree forest
And he's just about the happiest boy that I ever knew

And when he smiles he makes me sigh
He doesn't have a point of view
Happiness runs in the family
And he's a boy from the good old earth and the high tree forest
And he's just about the happiest boy that I ever knew

--->the way he smiles :)
miss u BIG time.

overdose self-conscious



Kalau buat benda untuk puaskan hati orang lain semata-mata,
sampai bila-bila pun kita tak puas hati,
kalau bukan tu benda yang kita nak.


We can't have everything in life.
it's just enough, no more, no less!

Thursday, January 06, 2011

khamis


hari ni kehidupan berlalu dgn baik.

-bgn pagi 10.00am
-kelas 11.30am
-lunch 1.30pm
-kelas lagi 2.30pm
-bayar bil streamyx dan elektrik 3.00pm
-lepak dgn diri sendiri 4.30pm
-jln kaki ke pasar malam 8.00pm
-bercinta dgn algebra 11.00pm



so-called-SA? :D

0010 - i met u here.we never know each other till awak nak basuh baju same2.jimat coins 50sen.then, mulalah kisah hidup awak dan saye.awak yang memahami.awak yang banyak menasihatkan,mengingatkan kawan yg alpa ni. terima kasih awak.sayang awak sampai akhir hayat insyaAllah.*hugs*

Wednesday, January 05, 2011

suka,diam-diam!

Wajah yang tampan
Sungguh menawan
Dan juga kaya
Ku suka dia
Tak banyak gaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diriku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku

Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu
Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu


Tuesday, January 04, 2011

memori daun keladi


pabila awan turut menemani tangisan.

menyebabkan diriku turut terharu.

kawan setia sering membantu, yang derhaka kawan palsu.


MasyaAllah.

Monday, January 03, 2011

blog dia menyanyi

Pagiku cerahku,matahari bersinar
ku gendong tas merah ku, di pundak
slamat pagi smua, ku nantikan dirimu
di depan kelas, mu menantikan kami

guruku tersayang, guruku tercinta
tanpamu, apa jadinya aku?
tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
guruku, terima kasih ku

nyatanya diriku, kadang buat mu marah
namun, segala maaf kau berikan

slamat pagi smua, ku nantikan dirimu
di depan kelas, mu menantikan kami

guruku tersayang, guruku tercinta
tanpamu, apa jadinya aku?
tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
guruku, terima kasih ku

nyatanya diriku, kadang buat mu marah
namun, sgala maaf kau berikan

guruku tersayang, guruku tercinta
tanpamu, apa jadinya aku?
tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
guruku, terima kasih ku.

alhamdulillah dan terima kasih

pertama sekali, Alhamdulillah.
syukur Ya Allah.
kerana meminjamkan setitis ilmu utk hambaMu.
semoga segala ilmu diberkati.
result dah dapat.
rasanya perlu sangat bersyukur dgn keputusan yg diperolehi.
kalau fikir balik dgn usaha yg tak seberapa.
main sepanjang masa.
lepak tak kenal senja.

dan terima kasih kepada pendidik dan teman-teman seperjuangan.

perkongsian ilmu itu sangat berguna.
revisi pantas kilat juga sangat bermakna.
terima kasih..sangat-sangat.

yang penting, USAHA.
usaha yang berterusan. Istiqamah.
Doa ibu ayah, rakan dan guru.
insyaAllah...tawakal...Alhamdulillah.





teruskan berusaha Mujahid!
Allah sentiasa ada.



Oh you who believe please give thanks to Allah -- Zain Bikha --

Saturday, January 01, 2011

way of life.

Alhamdulillah. dah melangkah ke tahun baru 2011.
hidup mcm biasa. hidup mesti diteruskan.
esok...malam... akan mengguling balik Cheras. 
InsyaAllah safe journey.


OK tak hidup semua orang?
amalan? agama? keluarga? kemewahan? cinta? and etcetera.


terasa pegangan hidup kurang lengkap. banyak missing pieces yg kena cari balik. sebab diri hanya sekadar melengkapkan Rukun Islam dan Iman. sekadar baca surah Yaasin pada malam Jumaat. sekadar tutup aurat dengan baju lengan panjang, jeans straight-cut dan tudung biasa. solat sunat bila masa rajin. jamah al-Ma'thurat bila rasa nak. sedekah dengan kebajikan terumbang-ambing lagi. cakap dengan gelak sama kuat. pergaulan dengan different gender huru-hara?  cukup BAIK ke? 


Al-Baqarah 208.
"Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya" (secara ringkas). 


InsyaAllah. semoga aku dan mereka mendapat peluang dan terbuka pintu hati untuk berubah jadi BAIK sebelum mata tertutup dan tiada lagi jaga. kalau asyik buat benda-benda hanya nak puaskan hati orang lain semata-mata? sampai bila-bila kita tak kan puas hati sebab benda tu bukan benda yang kita nak. bukan benda yang kita suka.

Islam: the way of Life ---> Addin. 
ikut hukum Allah! bukan tahu ikut hukum manusia sahaja. 


I'm growing up!!  
not a girl anymore. not yet a woman.