nuffnang

Monday, August 22, 2011

Wednesday, August 17, 2011

4years ++



Alhamdulillah. 4 years and still counting.


I'm thankful that we're friends, chinguya!
ukhwah fillah abadan abada.


--While I was walking, I stopped for a while and thought of things I didn't have in my life.
But, suddenly I realized that I have you and I felt complete--


kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan,
itu baru namanya kawan sepanjang zaman. hugs!

Saturday, August 13, 2011

1k

thanks to kesayangans yg sponsor. Alhamdulillah. walaupun mengidam yg lebih ganas, tapi bersyukurlah dgn kemampuan yg ada. sbb sy hanya ingin bermain-main dgn 'permainan' ini. well, xtau la nak kata ape dgn diri sendiri. mak tanya, xsyg duit ke? abah cakap, nanti-nanti la dulu. tapi, angah ckp? nak.nak.nak. hah. melawan je saya tahu. maafkan saya.. semoga 'dia' baik-baik saja hendaknya. umm,sy slalu je mengikut kehendak hati yg tiba-tiba. apakah? xpe, this is my life. i choose. either to be a loner or player. haha. xde kaitan.

chuwahae



I said, I like you!
So, don't like her!

If u like me, can't u like only me?
I don't want to be hurt.
Can't u just like me?


awak, i'm sorry!



jumpa lagi sahabat



maaf kerana pertemuan yg seketika cuma.
InsyaAllah. ada masa, kan bersua juga akhirnya.

-Selamat berjuang sahabat-


Thursday, August 11, 2011

maafkan saya cikgu

pagi yang hening..hari ni saya membantu rakan melatih anak-anak didik kami (5Tekun) bernasyid utk majlis penutup tadarus 22 Ogos nnt. spatutnya saya perlu ajar PJ..tapi, sy gunakan waktu ni utk bg peluang kat budak-budak hafal lirik lagu nasyid. sambil jenguk anak-anak bernasyid, sempat la lepak borak ngan beberapa org student. tiba-tiba (sambungkan karangan ini dengan perkataan tiba-tiba........) ----ni versi karangan skolah rendah dolu-dolu.


Tiba-tiba, Shafiqah mendekati. merapatkan diri kpd guru ini. tangan sy ditarik, disalami, dicium. "Cikgu, maafkan saya". saya tergamam. "knape ni Shafiqah?" mata dia bergenang. ada kolam air yang hampir pecah betakung di bibir mata. "Cikgu, sempena bulan baik ni, saya nak mintak maaf kat cikgu". Ya Allah, terharunya saya mempunyai anak didik spt ini. saya tersenyum :) dan mengangguk. "Awak xde buat salah ape-ape dgn cikgu". Dia membalas senyuman. kolam air mata pecah. sobs. air mata dilap dgn hujung lengan baju.
wuuuhu. ini kisah muridku hari ini.

Wednesday, August 10, 2011

with president 5terz 0206

Alhamdulillah Fauziah Abd Aziz a.k.a gee selamat sampai cheras pukul 4 lebih tadi. saya just amik dia kat station LRT bandar tun razak sahaja. huhu.sory gee.. xdpt amik kat putra station. kesihatan kurang mengizinkan. now, saya sedang menunggu gee solat jamak ta'khir di rumah sewa saya :) lpas ni, kami akan siap-siap nak g bbuka puasa bersama :) dah lamaaaaaaaaa xjumpa gee. since grad 2007 dulu. huhu. yeayyy! gee makin tembam ye kakak-kakak sekalian :) tapi, saya tetap juara 'sihat' sedunia. okeyh. saya akan menyambung penulisan malam nanti. selamat berbuka buat semua.hugs!

Saturday, August 06, 2011

oetoriya di suatu petang sabtu.

best jugak jadik single. macam pernah berdua?kah3.. lepas zohor, sy membawa diri ke LRT bandar tun razak. tawaf bangunan komuniti...and jumpa seketul parking utk sang kancil. done parking! panjat tangga g LRT. nak reload touch and go, tp xboleh sbb hanya boleh reload start from 4pm-11pm masa weekend. pasrah. beli tiket biasa pegi balik ke bandaraya. aim-SOGO.

sampai je, terjah sembonia. jumpa cikjah yg tgh cari purse sbijik.nak buat raya la tuuu. pusing-pusing ngan Ammar Faez. huhu. rindu gilak kat budak nih. muahs. masa sy ngan cikjah sebok dok pilih purse, Ammar ckp "jgn beli byk-byk, pilih satu je, beli satu je". (dgn jari telunjuk diangkat bagi menunjukkan bilangan 1)wahhh, comel nye. anak kecil 4 tahun pesan kat mak suruh jimat cermat..wuhuuu.

dkat kul 4ptg, cikjah dan kluarganya dh pnat..biasala bulan-bulan puasa ni.dgn nak rempuh lautan manusia sana sini. then, sesi salam n tata berlalu di pintu keluar mengadap jln tar. cikjah mcm nak sambung perjalanan ke jln tar, namun capek bangat sih. so, sambung shopping kat klate nnt la..

saya pon meneruskan kehidupan petang di SOGO dgn menyelinap masuk ke bhgn pakaian lelaki. mcm biasa, SALE. bergunung-gunung baju dpan mata. sy ambik sana 2 helai, sini 3 helai. confuse gak dgn saiz baju utk abah,abe,achik.. utk mak, later ye sy beli..utk kita berdua :) then, terus cepat-cepat beratur nk buat bayaran. lpas bayar, trus kluar dr SOGO, cucuk kad pink dlm mesin yg disediakan, melalui palang dan panjat tangga LRT. xsampai sejam pon sy shopping. xtahan berlama-lamaan kat situ, ade saje yg nak lalu depan, blkg, excuse me sana sini. wooooh. xboleh la mcm ni bro. okeh, mmg ramai jugak manusia tgh tggu tren. mata sy melilau jugak lihat gelagat manusia yg pelbagai bangsa. aishhh..mcm2 adoo. ade yg menyakitkan mata di bulan-bulan puasa ni. ade yg mengharukan. and so on and so on.

ding dong! sampai BTR. sumbat barang dlm kete satt. nak g cucuk duit kat ATM BSN, namun tergendala pabila mesinnya out of service. grrrr!! teruskan langkah ke bazar kecil-kecilan kat komuniti BTR. beli nasi kerabu+ayam percik. nyum-nyum. air kelapa+soya. haus sgt kakak, smpai dua bungkus air gua sapu. masa tgh tinjau makanan itu ini, tersenyum pulak dekat pakcik Gerak Khas, Zulkifli Ismail dan anaknya. alamak, hensem bangat anak dia. putih melepak. tapi...tapi.. mesti umur dlm 15-17 tahun ni. haha. melepas mak, nakkk. dah! dah! cukup-cukup la beli makanan. now, saya berkeputusan ke BSP nk transfer duit ke Maybank. singgah kedai buku jap, melawat abg2 pakistanhae. ye ke pakistanhae?entah la labii. ronda-ronda, pusing-pusing, sampai Desa Bangsawan terchenta.. tamatlah rondaan saya petang ini. esok nak pegi melawat gadis Kasturi. nak tgk PETI-boleh-menyejuk-baru-beli. hehs.

baiklah. saya tak keruan da ni..nak habiskan praktikum cepat-cepat. nak balik kampung berayaaaaaa! Ya Allah, lancarkan segala perjalanan hidupku di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana. Ya Allah, please bless me.


people, do fear Allah.. and turn to Allah.




Thursday, August 04, 2011

2 Ramadhan

baru hari kedua puasa, dah dapat 2 keping kad raya.
terima kasih anak-anak muridku.

murid tahun 1 yg sgt comel. datang kat meja cikgu dgn muka malu-malu.
"nak ape izat?"
-malu-
"izat nak g tandas ke?"
'tak cikgu, saya nak bagi ni'.
-tangan yg disorokkan di blkg dihulurkan ke depan-
"ouh, kad raya..trima ksh"

tiba-tiba dtg sorg lagi..
"cikgu, suraya bagi ni utk cikgu".
"ok..tq.tq"

balik rumah, ku tatap kad-kad raya tu. mak aih.
-KOSONG-
kepada: CAKGU SAMIMI.
itu sahaja.

hahaha. aku hanya senyum.
ni la anak murid aku :)

Wednesday, August 03, 2011


Please understand that I do care and understand that life isn't always going to be fair, live your life and enjoy it too, just don't hurt yourself, because you will hurt me too. and please don't make me worry.

Monday, August 01, 2011

kelebihan solat terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.