nuffnang
Friday, July 22, 2011
jumaat yg diberkati
malam ni apa plan bro? tgk nasyid kat IPIK jom! huhu. dah lama xlayan nasyid. telinga skrg asyik lyn kpop je. haih..terbalik 360''..
oh yeahh.hari ni dpt 1 lg pengalaman baru. teman kak Nora (English teacher)-pegi SK Taman Kosas utk ambil exam paper for trial UPSR. calon utk SK Cheras Indah for dis year hanya 54 org.so, soalan dalam kotak yg plg kecik je masa ambik td. skolah lain berkotak2 kot. then, kami singgah kedai-jual-makanan-dari-arab. mcm2 makanan ade.kurma, minyak zaitun,ubat-ubatan dll. kaknora belanja 1 air delima.1 air sarang burung n 1 kek. wuhuu.berbaloi-baloi g teman dia amik kertas exam tu. haha. thanks kak. lain kali,nak mintak teman lagi,boleh je ;P hiks! umm. kaknora ni peramah org nye. mcm2 dia crita. psl study, keje, family,posting, marriage life, cinta..mcm2 lah.. bagi saya, akak seorg yg cool jugak lah. dan ade sbb sokongan kenapa sy ckp akak cool..sbb ade kete n motor mainan dlm kete akak. dan kalernye hitam merah! haha. cool habes! nasib baik sy xcuri.ahaks~
okay..hari ni sy sambung menonton Heartstrings episode 7. ade love quote yg sy suka--LOVE IS LOVE, HATE IS LOVE and HEARTBROKEN IS LOVE-- :D :D
Monday, July 18, 2011
16 syaaban
rasanya seperti mahu pulang ke desa weekend berdekatan. menjenguk mak abah terchenta. before ramadhan tiba.bulan puasa nnt, pasti dh penat.
jom.jom. masuk opis. teeett!
Saturday, July 16, 2011
blind -'-___-'-
my blind love.cold heart of love.
because i love you, please see me.
because i only love you, please be by my side.
as long as the step, i was there waiting for you.
today,million times calling you again.
even know that you can't hear but still calling you.
Tuesday, July 12, 2011
paboya.
weekend ni jog sepenuh jiwa!
boleh try membawa diri.
Ya Allah, beri aku kekuatan.
Monday, July 11, 2011
asal pahang ke?
hari ni, PnP saya diambil begitu saja oleh program Kantin Bersih. so, carry forward utk esok lah. jawabnye, salin balik RPH hari ni. jadi guru ni seronok kalau kita ikhlas. mcm2 boleh tgk kat skolah. budak nangis sbb gadoh-kawan-tak nak-kawan la (mungkin sbb ade kutu---ouh, anak2 moden masih ternak kutu lg? sobs)..jatuh longkang sbb main kejar2 la..pemadam hilang,mcm2..
tapi, yg pastinya cuak jadi guru praktikum ni. hati,jantung,usus,pankreas, pundi kacang a.k.a pundi kencing jadi x sihat sgt sbb kena prepare utk di'observe' oleh para guru dan lecturer pembimbing. sabar jelah. ade 3 semester ni je lg kat cheras. ouh! xsabar nk tamatkan!! kuatkan hati-hati kami ya Allah! ok, dis week Puan K akan dtg observe, sbb td dh g discuss ngan dia ape yg patut. cuak x? mestila tapak kaki rasa mcm sejuk je. hati 'duguen-duguen' tak sudah. Puan K mcm agak-agak skemm kot. Encik Azemi plak, hilang tak jumpa-jumpa. bila nk observe PJK ni encik? bulan puasa nk rest la sket. ksian budak2 baru blaja puasa. cheh, alasan! :P selamat berjuang utk para pejuang bangsa! fighting!
Saturday, July 09, 2011
cikgu dah kawen ye? urghh! :(
next week ade kursus kurus kat maktab. ops silap.kursus kawen. girlfriends ajak masuk sbb murah2 je dik. lima puloh hengget selonggok. n dapat sijil trus. ape kata anda? saya kata, rilek la dulu. sbb mmg xpnah pk pon pasal benda2 mcm ni. mcm sangat awal je..bajet nak amik dgn 'bakal driver' nnt.. omo! lupakan saja!!!
mak siap pesan. kawen nnt, jgn duduk rumah mentua. duduk rumah sendiri. berdikari masak kari pls. haha..macam-macam la. sejak umur dh melebihi 20 thn ni, asyik sembang psl kehidupan wanita+family+adab sopan+rumah (versi takde tangga) dgn mak. mak mmg best sbb dengar je ape yg anak dia bebel entah pape. ceritera itu ini. hehs. sabar jela. mak bosan la tu dok rumah sorang-sorang..nak main ngan cucu kah? mintak ngan abe pls! hahha. abe yg seorg ni, bila lg nak kawen? kumpul duit ke, cetak duit? duit xkan habis dikumpul la bro.. make it simple n cool.. xperlu kawen gempak ala-ala artis, kalau xbahagia. cheh! umm. kang sy langkah bendul baru tau.
ayat utk hidup lebih tenteram dan jiwa selamat sihat walafiat:
"jgn pernah risau akan j0dohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkn imannya.Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bhawa jodoh yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan bagi memimpin dirimu kelak. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu".
jadi, renung-renungkan, sampai termenung! haaha. till then.
faith in Allah is the best way to seek happiness. insyaAllah!
Friday, July 08, 2011
love love love
i love you, as long as i breathe!
-_-
Sunday, July 03, 2011
SK Cheras Indah-Practicum 2
heart n soul, physical n mental n bla-bla-bla.
All the best guys! fighting!May Allah bless us. InsyaAllah.
pen sekilo ini untuk tulis lesson plan :)
--Namun,SKCI telah mengambil keputusan bijak dgn mendapatkan Cuti Peristiwa pada hari esok. Jadi, saya hanya perlu bersenang lenang di rumah menunggu hari Selasa utk ke sekolah. Selamat Berjuang sahabat!--
Saturday, July 02, 2011
ku rindukan adik yang pergi

Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy"----Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.
Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.
Risiko dan penyebab mengandung luar rahim:
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.
2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.
3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.
4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.
5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.
6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.
7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.
Diagnosis:
1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.
Rawatan:
Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.
Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.
kau datang setelah dirancang..
namun kau pergi tanpa dirancang..
semua adalah ketentuanNya..
terima kasih untuk mak abah..
namun, ku rindukan mereka bertiga yang pergi..
Friday, July 01, 2011
miyau miyau.bogoshipoyo!
Sepanjang percutian lalu yg dirindui...menjadi babysitter adalah sgt menguji kesabaran ye adeq-adeq.penat mak tau. bawak rotan keliling rumah suruh 'anak-anak' mandi di kala maghrib. didik mereka utk mandi bersih-bersih,makan kenyang-kenyang, mengaji pandai-pandai.Wahhh! rindu budak-budak!! [Ammar Faez, Afif Fathi, Afiq Fahmi, Hanis, Hazirah, Husnina, Hanif, Aisyah, Asma', Huzaifah, Iman dan Ilham] well, cuti dah tamat. sem baru dah usai dua minggu. Alhamdulillah. terasa macam dah byk yg dilalui sepanjang 2minggu ni. mcm dah dua bulan pulak. 4Julai akan bermula praktikum2 di SK Cheras Indah. selama 2bulan sahaja. SAHAJA? opss. ye, 2bulan sahaja. di bulan ramadhan yg mulia, yg akan dilalui dgn penuh kekuatan berpraktikal di sekolah, insyaAllah. wooosh. rasa nak terbang balik kampung halaman mintak restu mak abah. pray for me sygs~
kanak-kanak gembira bermain sepanjang masa.
rindu zaman kanak-kanak saya! :)
Thursday, June 30, 2011
kawan,jom?!

forgetting little things like that.
that's how we continued our friendship.
jealousy forgotten, envy forgotten.
hate also forgotten like that.
i love u friends.
miss you guys! wherever we are,keep in touch.
:)
Sunday, June 26, 2011
for training---Gil Ra Im :)
Syabas syemm! HAHA. ini dia jualan penghabisan stok utk yg tersayang-diri-sendiri. saya cekup di Leisure Mall sahaja..kacak tak bang? ahaks!
prepare for my next practicum.. physical education dowh! fighting! RPH confirm panjang berjela.perlu lebih tekad dan usaha. Puan K dan Encik A, sila bantu saya menjadi bakal guru yg cemerlang..insyaAllah! Apa khabar bekas anak-anak murid di SK Jalan Peel? Apa khabar pula bakal anak murid di SK Cheras Baru?
Inilah dia bukti yg menunjukkan saya menyayangi dan menghargai diri sendiri..dgn sedikit memenuhi 'kehendak hati'..ouhh nafsu! -_-
Alhamdulillah. 4tahun dah berlalu di IPGM KPT. semuanya berlalu dgn baik. syukur kpd Yang Maha Esa. Alhamdulillah yg tak terkira.
Friday, June 24, 2011
ALHAMDULILLAH
melihat alam dgn penuh ketenangan ptg tadi.
Subhanallah. HIJAU!
jog 3 round kat tasik permaisuri dgn Farhani Rafed.
penat, tapi gembira!
Al-Waqiah --done!
jom main masak2 bersama gfs!
Thursday, June 23, 2011
di sinilah tempat aku dan mereka bermula.
girls, our spirit still there!
-memori daun rhu-
-dewan makan-->dewan selera-

-DSG-
-ukhwah fillah, adik-adik-

-guru dan srikandi smspp-

kumpulan 8---memori belon pecah di garisan penamat :D

-sumbangsih, ALUMNI-

-guru dan teman-

-photog-
8-11jun 2011 dah berlalu dgn meriahnya dipenuhi memori daun rhu bersama kakak-kakak Pioneer 9802 dan Fivers 0004. Alhamdulillah ada wakil dari 5terz 0206 --saya dan Diana Osman-- excited sgt dapat kembali ke sekolah. Fivers dgn kerjasama ALUMNI berjaya melaksanakan Journey to One Mission (JOM School Attack) dgn gemilang. (wah, ilmu amal gemilang gitu!) ok, ni 1st time sy berpengalaman jd fasilitator utk program motivasi. walaupun byk kekangan dan masalah yg perlu digusti..Alhamdulillah smua ni beri pengalaman kpd kami smua bersama dalam membangunkan sekolah terchenta.
perubahan??? mmg byk..bangunan baru, tangga baru, tempat bermain--lepak hujung minggu, kerusi batu, musalla, lantai dewan, princess foyer, basketball court, stor sukan, warna bangunan akademik dan hostel, pasu bunga yg byk smpai jalan pon asyik tersepak, kehadiran geng puyuh sebelah balai puteri, kemudahan wifi, komputer berlambak-cyber cafe kat kantin, astaka, ketinggian pokok rhu, kolah kat hostel dah berubah wajah jd tempat mesin-basuh-pakai-syiling, tgn dah xkasar sbb basuh baju pakai mesin sahaja..dh ade ampaian berbumbung--ala-ala garaj kereta rumah banglo. laluan ke musalla dah berbatu bata, xperlu lagi lalui lecah pabila hujan. longkang dah bertutup, xperlu lagi cari selipar kena hanyut dek banjir bila hujan lebat..tender kantin and DM pon dah bertukar ganti. pokku n kakroxs dah xde. begitu juga pelajar srikandi smspp, cikgu2 tersayang dan pentadbiran. datang dan pergi. DM dah jadi DS, dewan makan-->dewan selera. meja mkn dh smakin meriah. siap ade Bio Aura.
tapi...suasana dulu dan sekarang dah sangat berbeza. org kata--dulu lain, sekarang lain. tetapi, 'dulu' adalah sgt membahagiakan buat saya dan rakan-rakan. 'dulu' byk mengajar kami hukum kehidupan. 'dulu' juga mendidik kami menjadi manusia yg kami jadi hingga ke saat ini. 'dulu' menggunakan ketegasan disiplin untuk membimbing. 'dulu' memberi pelbagai pengalaman dan kenangan yg sukar nak dirasai pada 'kini'. ye, betul orang tu kata "dulu lain, sekarang sgt lain".apa yg dapat dirasai 'dulu' tak kan sama dgn apa yg dirasai 'kini'. terima kasih krn saya dilahirkan pada waktu 'dulu'.
Alhamdulillah (sekali lagi,jari dgn pantas menaip kata syukur ini)
Di sinilah, tempatku bermula, menimba ilmu milik Yang Esa, buat bekalan dunia, akhirat jua tidak dilupa..... Ilmu dunia kuselami di sini,ilmu akhirat semakin dipelajari hari demi hari. Solat berjemaah, berzikir, menjadi imam, makmum solat,kelas fardu ain f1 dan f2, bacaan al-Ma'thurat jadi amalan semasa sdg 'bercuti', bacaan al-Mulk sblum tdo, bacaan Yaasin malam Jumaat, bacaan surah-surah pilihan, solat Dhuha, solat Hajat, qiamullail, tazkirah, usrah. kenapa kita semua perlukan perkara spt ini rakan-rakan? krn dgn smua inilah yg dapat membimbing kita ke jalan yg bahagia..jalan yg membawa kita ke sana..insyaAllah. dan kerana semua ini jualah yg dapat mendidik hati-hati ini dekat dgn Sang Pencipta..
Terima kasih, kami ucapkan, pada guru,teman seperjuangan.....semoga bertemu kembali, suatu hari nanti. ukhwah fillah abadan abada. All the best sisters!
Friday, June 17, 2011
HambaMu
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati.
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui.
Suluhkan cahaya di hati terang, Allah
Tunjukkan jalan seandainnya hilang, Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisi Mu ku berserah
Terimalahku
Hamba Mu, Allah.
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Tunjukkan jalan seandainnya hilang, Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisi Mu ku berserah
Terimalahku
Hamba Mu, Allah.
Wednesday, June 08, 2011
happy birthday chingu! --2011--
syemm:tua bangka no.2
chapa:xtua sgt,tp mmg kaklong
buddie:mcm tua,muda sbnarnya
faz:muda dan kurus
ezadd:si paling muda-maknae!]
itu baru kawan sepanjang zaman
---Contengan Jalanan:Hlovate---
Tuesday, June 07, 2011
barakallah!
---congrats Iluni and Yusry..for a cute baby girl~anak sdara 1st 5teRz..cantik anak umi :) semoga mjadi ank yg solehah. amin.
---Faiz dan Farhana dah selamat diijabkabulkan. barakallah (maaf xpegi kenduri)
*Faiz:classmate darjah5(masa sy lompat PTS: 1999), anak ustazah yg sy hormati~ustazah Nor Atikah, abg kpd arwah Nor Amira (kawan baik sy masa skolah rendah). lpas klas, sambil tggu ustzah habiskan keje,kami slalu jln sama2. minum2..pegi kedai ikan..tgk n beli ikan hiasan dlm akuarium..main2 kat pondok bacaan. itu semua kenangan la kawan. al-Fatihah utk arwah Amira.
*Farhana: persahabatan dimulakan di Kolej Mara Kulim selama 3bulan cuma(KMKulim: mei-julai 2002).. awak kawan yg baik dan sporting~suka buat org gelak guling2..classmate & roomate Atiq Lia (Alia Fatin Mohd Razali). terima kasih SPANA, krn kita bersahabat :)
---Hari ni join rkn2 (chapa,paje,anip,ikhwan,salahuddin,juniors-qamarul,fariz,anis,izuan,MAt Akim dan adikkeretabirusayataktaunama) ke kenduri abg kpd bekas classmate maktab, Encik Dd. sedondon hijau adik beradik mereka.nice!! xsempat menyinggah di tepian pantai bachok utk melepaskan rindu dgn coconut shake. sobs T____T barakallah abg zafrullah zaki dan kak hafiza.
Wednesday, June 01, 2011
lukah - h = luka
luka di jari sedang berdarah.
apa khabar luka di hati?
---ade ke org buat persamaan mcm ni dlm hidup? ''lukah - h = luka''
arghh...biar pedih, asal puas hati---
Monday, May 30, 2011
anak kecil
kini, sudah hebat menjawab kata-kata mengguris hati..
kanak-kanak dulu bermain basikal keliling desa..
kanak-kanak kini semakin galak mengadap PSP dan laptop..
haigoo~sigh~
penat memaksa diri utk terus bersabar. sudah lama aku tidak berlama-lamaan dgn kanak2. kerana sudah lama tidak punya adik kecil/bayi di rumah desa ku. kanak2 ini tidak seperti dulu. kanak2 ini semakin degil dan angkuh. apa yang dilarang, itulah yang dibuat. hati terbakar!
---ibu bapa, jgn hanya tahu melahirkan anak..belajarlah utk mendidik anak2 dgn kasih sayang...jgn hanya tahu menghukum anak2, belajarlah mendengar alasan anak2, kenapa mereka bersikap demikian.. sikap dan akhlak anak2 cerminan didikan ibu bapa---


