nuffnang

Saturday, April 21, 2012

ini JARAK kita..

Apabila RINDUKAN seseorang , pejamkan mata..dan..



 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

 #Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

nice.

kunfayakun


itu sahaja.

Monday, April 16, 2012

seriously

seriously...



I am not in the mood today
I don't want to paint the sky blue
I don't  want to walk
I don't want to talk
I don't want to speak
bored of everything
especially walking...talking n speaking
home is the same home for years
telling  the same stories
watching the same TV
reading the same books

Oh Allah,
I only depend on you...

Sunday, April 15, 2012

BAZIR

kadang-kadang hidup ni penuh dengan pembaziran.



duduk 4jam dalam bilik.
tapi tak buat apa-apa. 
LALAI nya.
masa dibaziri begitu sahaja.
apa nak jadi?
merenung sana.sini.situ.


driver berpengalaman diperlukan.

YE! saya merasakannya..saya perlukan seorang driver! soon!


Ciri-ciri seorang driver yang dicari: (seorang sahaja)



- layak memandu dan nampak cool masa pegang stereng.
- cukup ketinggian nak tekan pedal minyak.
- memandu berhemah, steady. xlaju mcm kilat atau slow mcm kura-kura.
- tahu isi minyak. bukan drive sahaja. 
- tidak cepat melatah jika kenderaan lain 'cucuk' dari sebelah or blkg.
- tahu perihal kereta secara asas.
- boleh memandu dgn cekap transmisi auto dan manual.
- tak payah la main tekan-tekan brek! pening hokeyy!
- tidak memaksa golongan hawa utk memandu bila dia ada.
- seorang driver yg 'muslim', masuk waktu solat, TAHU utk singgah d masjid.
- tidak kacak tak mengapa. asal ada lesen kereta.
- jgn nak buat-buat lupa birthday sendiri. pandai-pandai la renew lesen nnt. xkan semua nak diingatkan?
- beri laluan masa AMBULANS nak tumpang lalu tin-tong-tin-tong.
- tak memandu sambil minum or makan. kalau nak, rujuk org sebelah.(nak sikitttt)
- pemandu yg PEMBERSIH. tak merokok,tak buang sampah luar kereta,tak usha awek kereta sebelah.   -_-
- pemandu yang sedar diri. ingat jalan balik rumah. bukan tahu merayap sahaja.




#dan saya harap awak tak pernah kemalangan :')




and me?

- don't talk too much while he drives!   :D


soon. insyaAllah!

Saturday, April 14, 2012

dia bukan Tengku Shahran

dan saya bukan Siti Zahlia!



fullstops~dua bijik . . 


Encik putih cedera terluka. 
Sudah ditampal di bahagian yg tercela.
Kembali seperti sedia kala. 
Harap awak baik-baik saja.  (12/4/12)


Terima kasih kpd sahabat-sahabat yg memberi tangan dlm hal-hal yg berkaitan. 
Hanya Allah saja yg membalas jasa kalian. insyaAllah. 


--Mungkin saya ada melupakan Allah seketika..


Di sebabkan ALLAH RINDU, ALLAH beri ujian kepada saya, ALLAH nak uji samada saya ni seorang yang kuat agamanya atau lemah agamanya.


kalau korang perasan la, bila kita sakit, kita selalu sebut perkataan “ALLAH” , “YA ALLAH” , disebabkan ini lah Allah bagi ujian pada kita, sebab kita sering menyebut dan memanggil nama NYA, masa kita sihat ada selalu kita sebut namanya? kalau orang yang menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam tu, memang selalu la dia menyebut nama ALLAH, tapi bagi yang langsung tidak menunaikan perintahNya??? Wallahua'lam. 

Thursday, March 22, 2012

jangan mula jemu awak.

see. ade sebulan lagi. tapi, skrg lesson plan pon dah malas nak buat. tgk waktu skrg.. 11 mlm. ape yg dah disiapkan? lesson plan-belum. worksheet-belum. teaching aids-belum. syabas. manusia ini mudah jemu. hurmm... kasihan diri sendiri. 


main dgn musang lagi best. hye pico :)

Tuesday, March 20, 2012

bicara hati

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku


Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu


Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihati mu
Dan kau untuk aku selamanya..

Pinjamkan hati mu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasih ku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu…

Tuesday, February 28, 2012

manisnya ujian.

hidup ini penuh dengan ujian. 

namun, jgn dianggap segalanya sbg masalah kehidupan.
tapi, anggaplah sbg ujian. 
ujian yg akan mengajar erti sebuah kehidupan.
biar apa manusia yg lain berkata.
senyumkan sahaja :)


pabila satu ujian diselesaikan.
datang lagi ujian baru.
bukan ujian peperiksaan yang dimaksudkan di sini.
tetapi ujian tentang kehidupan. 
hidup yang cuma sekali bagi setiap orang.
inilah manisnya sebuah ujian.
dengan menyelesaikan suatu perkara, walaupun kecil nilainya.
sudah cukup mengukirkan segaris senyuman di hati insan ini.
Alhamdulillah. kesyukuran hanya pada Yang Maha Esa. 
perkara-perkara kecil yang berlaku ini, semua datang dari-Nya.


satu benda diberi,satu benda ditarik.
maka bersyukurlah, selagi ada masa. 



Sunday, February 26, 2012

masih ada -masa-


semak diri. 
adakah hidup ini hanya untuk bersuka-ria?



#Thanks RAY! ajar masak nasi lemak dan sambaiii pagi ini :)

Sunday, February 19, 2012

saya akan sentiasa menunggu hari jumaat.

Anda pula bagaimana?



suka laaa hari jumaat.
hari jumaat = penghulu segala hari...
hari jumaat hari terakhir bekerja dlm seminggu...
(time balik sekolah, ada rasa ketenangan)





#rutin baru hari jumaat bersama kenalan baru. Semoga Allah memberi sinar hidayah kepadaku dan mereka. InsyaAllah. semoga perkongsian ilmu kami diberkati. semoga kami berada di jln yg benar dan diredhai oleh-Nya. 


Terima kasih kepada sahabat. InsyaAllah. Pasti ada jalannya :)

Sunday, January 29, 2012

Friday, January 13, 2012

pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.



Apabila dirimu menyukai seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki . Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan , maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan . Jangan sesekali kamu merayu pada si dia , kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka . Apabila hati dipersenda , pasti sebuah kekecewaan akan menerpa . Namun , jika dirimu memohon terus kepada Allah SWT , penciptanya , dua kemungkinan sedia menanti kamu , iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.


Thursday, January 12, 2012

10years with loves.

side by side or miles apart, good friends are always closed in my heart. 

5terz 0206 ~ 10 years and still counting! 

12/1/02 - 12/1/12

Thanks Kenny for the celebration! awww


Aku dan Kenny Rogers telah berkawan baik sejak 1991. masa tu umur aku baru 3tahun. dia dah tua la. pangkat atok-atok gitu. kami sama-sama mulakan business jual ayam golek sambil dia nyanyi-nyanyi and cipta lagu. umur 6tahun, aku balik kampung. aku mintak orang kampung jual ayam-ayam mereka kat aku. lpas tu, aku cuba bukak kedai kecil-kecilan. dan ia semakin berkembang pesat skrg. warna hitam merah mmg sinonim la dgn kedai ni.

terima kasih sbb sudi celebrate birthday saya yg ke -23, Kenny. susah-susah je.
umm..dah lama xjumpa kan :)


ni pulak, sahabat-sahabat aku dari planet KASTURI yg bagi (refer pic1). siap ada lilin hijau 4 ketul. seketul sorang eh? . sgt memahami citarasa aku yg sukakan kegarangan Angry Bird..cuba tgk, burung-burung ni tgh marah. rasa nak lempang laju-laju tak?

awak semua!! terima kasih keladi bunting (Nadira:11 Januari 2012).
loves~


balik dari KRR, teman-teman dari planet BANGSAWAN pulak bagi ni. siap nyanyi bawak kek ada lilin pink pulak-- terima kasih sgt. kita akan celebrate semua birthday org rumah sbb ni final year duduk sebumbung kat planet ni.
insyaAllah :)


23tahun 1 hari. 8.10pagi-sampai kelas. (refer pic4) dua dari kanan yg bagi. yg plg kiri menerima dgn gembira. thanks uols! hadiah xbukak lg ni. hehe. 


Alhamdulillah. saya sgt bersyukur dpt hidup hingga saat ini. dah 23 tahun ye. diulang 23 tahun. family makcik pakcik kawan wish siap doa---semoga cepat dapat jodoh. aku mengAMINkan dgn cepat2.haha. insyaAllah. kan tiba waktunya. keep praying.


rakan-rakan, terima kasih krn menceriakan hari-hari sy yg indah! 
thank you people. May ALLAH bless everyone. loves!

Wednesday, January 04, 2012

KT bukan Kuala Terengganu


KT di sini utk Kak Tengah! :)

Happy Birthday dear!
u just turned 22, Fazliana. muda lagi.
me?  esok lusa nak masuk 23! arghh. stress. kenapa stress? nak kawen! HAHA.

faz..you're getting old when the candles cost more than the cake.
haha. kidding oh baby baby! 

May Allah bless you, me and everyone.

loves~elley.


credit to new Blackberry :D  
bau kedai habaq hang!! hee~

Saturday, December 31, 2011

final year mula esok.

Alhamdulillah. esok bermulanya final year utk pakcik makcik semester 7 ambilan januari 2009. kalau campur skali dgn 3 semester pra, jadi la semester 10.  yg pastinya, ramai yg xsabar nak habiskan degree ini. betoi dak? Alhamdulillah. ku panjat kesyukuran kpd Ilahi atas kejayaan yg telah diperoleh, dgn mcm-mcm cabaran suka duka setelah 4tahun 6bulan di ipg. lagi setahun uols! semua dah ready? beg skolah.baju sekolah.pencil case angry bird? haha. macam AYUH KEMBALI KE SEKOLAH pulak. ye..mmg kena ayuhh! sbb 30januari nnt akan bermulanya praktikum terakhir kami selama 3 bulan. xsabar ke? atau kena bawak bersabar?  hihi. nnt kena buat school visit before bermulanya praktikum. insyaAllah, skolah yg bakal didiami selama 3bulan nnt ialah SK Taman Ceupacs.


papp! papp! tampar muka kanan kiri..cuti 6minggu ni ape kau buat syg? NOTHING! persediaan utk praktikum mmg zero la. persiapan utk meminang anak dara org lagi tekun aku buat. haha. Alhamdulillah. congrats abe and kaknurul! 11/12/11 berjalan dgn daebak! tggu nak pilih tarikh langsung. kursus kawen pon dah. dlm bbrapa bulan yg ade ni, silalah lengkapkan diri dgn ilmu-ilmu yg perlu digunakan kelak. muahaha. sweet pulak, abe siap beli buku-buku agama utk bakal isteri. yela, keje nikah kawen bukan utk smentara..dlm proses tu, masih byk nak kena blajar..kenal hati budi dan saling mempercayai. wah wah! mcm pakar motivasi rumahtangga kott. insyaAllah kekal hingga ke akhir hayat. Amin. tapi ingat, ikatan pertunangan tidak menghalalkan segalanya, jadi jagalah apa yg wajib dijaga! selagi akadnya belum tiba.


okeng. lusa - 2jan- balik cheras dgn kampungboys dan kampunggirls. bawak WMX balik skali. kalo tak, mmg aku tumpang abah,mak,achik n ayahngah g sg.buloh je. Congrats chik! my 'adik' berjaya menempatkan diri di kolej kejururawatan sg.buloh. All the best lil bro. 3years tu kejap sgt. angah harap achik maintain 'juruh' ye. jgn nakal-nakal. be urself. jgn nak tpengaruh yg bukan-bukan. kang angah smackdown!! ''adik kan budak baik!" haha. dia geli bila aku panggil dia 'adik'. hehs. nyampah! ~_^


esok tahun baru. 2012. ada azam baru ke hadek-hadek? azam awal muharam hari tu, nak berubah jadi 'baik'. azam tu mcm ongoing process la. sbb byk benda yg kena baiki supaya jadi lebih baik :)


ok ni list benda yg saya nak bermula esok, tahun 2012:
  • nak beli polaroid. dh siap usha fujifilm.  kaler white+pink uols.
  • nak GALAXY NOTE (tapi, nak org kasi) vavavavaa. harapan jela.


ni pulak azam spt azam 5 tahun lepas:
  • nak kurus! lalalaaaa.. zam-zam al-lakazam! kurang 10sen pelis. penat dah bawak lemak.lol. 
  • fokus awal-awal supaya masa exam xkalut? haha. ni mmg azam setiap sem. suka sgt study last minute.
syamimi, pls be more mature. nak masuk 23 tahun dah 11 hari lagi. kwn i ckp, org umur 23tahun dah ade 6 anak laa.. tu zaman vespa boleh la. ni zaman basikal fixie.. aiyoo. merapu sudah.. umm..ok. mlm ni sama-sama doakan kehidupan yg lebih baik, dilimpahi rezeki, dipanjangkan jodoh, diberi rahmat dari-Nya.




#shila amzah follow saya kat twitter. kah3. nak jugak dia tekan butang follow. terima kasih la adeq batu 9.

Thursday, November 17, 2011

will u find someone like me?

ahah! title macam masuk bakul, hayun baling kat laut cina selatan. 

Alhamdulillah. someone like me dah menamatkan semester 6 dgn jayanya! next year will be my final year of degree! yeyyaaaa! lama benor belaja! bila laa bleh kawen ni? ahha! bila jodoh datang menyapa la uols. dis week dah berperang dgn mte3111, mte3112 and ele3104. nasib baik 3 paper je dis sem.


NAMUN! paper hari ni, English Language Teaching Methodology for Young Learners sgt menguji kepintaran i. wuwwww T__T  susah tak terkata. ape ntah aku jawab part essay tu. aigoooh! elok-elok je exam start tadi, pung pang-pung pang kilat menerjah. wah wah wah! saya menduduki meja sebelah tingkap je. jadi, xsalah pon kan kalau air hujan terpercik sana sini. tempias gitu, basah paper i. dkat setengah jam dok baca doa n main tutup mata sbb kilat  sgt menyerlah di tepi mata. lepas hantar kertas ele tadi, lapang dada kot. wlaupon resah xtau ape yg dijawab. Alhamdulillah dah lepas 4 tahun setengah di ipg ni. ade lagi setahun. xsabar ohh nak habeskan khidupan di ibu negara. nak posting-ikut-suami. kah3.. 


heyy. kepala mcm pusing 720 degree. penat belaja mungkin. buku utk sem ni dah siap kemas, taruk dlm kotak-air-mineral-cactus-24botol-500ml-yg-dibeli-setiap-kali-habes.. dan malam ni deko-deko bersama digha. nak bersih bilik. maklum la nak cuti 6minggu. nak ubah lagi position katil, lemari smua. baru ade smangat nak blaja utk final year nanti! wuhhhuuu! xsabar nyeee. 




ok. sedang tggu abe mok-mok dtg. nak dinner sama-sama. mane hala tuju nnt?ohh! rindu Kenny Rogers pelis! meoowwww. xsalah if nak belanja abe mlm ni. sbb gaji tuisyen ade lagi.ehheheh. jom jom g dinner. selamat bercuti kawan-kawan di seluruh negara. daddy, mummy, angah akan pulang ke desa sabtu ni. see u! 



Friday, November 11, 2011

11.11.11

Happy Birthday to meeeeeeeeeeeeeee! 



argh..berangan je lebih. 2 bulan lagi laaa. lalalalaaaa.


dear friends, be more khusyuk in studying our maths n ELE stuffs. i'm so lazy like BADAK kenyang. mata kuyu 24jam. terkilan dgn diri sendiri ohh! tolong lempang aku manja-manja!


pls FAHRIN AHMAD, please datang meminang aku next year. insyaAllah akan bersedia. HAHA. ur wish syemm!!!!!!!! +______+




tadi calculate payments utk Abang idaman. loan duration paling lama 9years. ni pon down payment RM20k. monthly RM1044.46. mampu ke hadek-hadek nak tolong i bayar? wuuuwwww..meleleh jelaaa tgk Abang Jazz lalu sebelah Cik Kancil. 


Anyone yg ade Jazz, masuk la meminang gua kalau berani. gua mahu merasa drive Jazz je. hoho. bukan MATA DUITAN sgt pon. berdosa kan mengidam bukan-bukan? Namun... I'll pray to Allah :) murahkan dan beri rezeki yg halal. amin. 

Tuesday, November 08, 2011

sang kancil dan ....?


saya kecik je. tak sebesar cik jah dan abg bad.



saya dah 'diseksikan' oleh abah dan adik penulis.
boleh nampak tak tulang rusuk saya? 
kunjungilah Slim World! keekeke..






hai. saya sang kancil. awak siapa? huh,cik gajah? patut la besar je telinga awak.hoho! semalam saya sendirian bersiar-siar di hutan sambil mencari buah rambutan. tgh syok makan, zapppppppp!!! saya tak perasan ade jerat di celah dedaun yg gugur di tanah. boleh ke macam tu?? argh! di atas kelekaan menikmati kemanisan rambutan yang masak ranum itu, saya terjerat. tersepit di antara dua dunia. dan ini bukan dunia saya. darah di bibir mula mengalir. jerat sempat menyambar bibir Angelina Jolie saya.....saya gelisah dan berusaha melepaskan diri. namun, usaha saya sia-sia. saya semakin lemah. kurang tenaga. pergerakan semakin tiada. diam. mata mula merapat. nyawa saya tersekat-sekat. 


dalam nyawa di hujung tanduk, derapan kaki manusia mendekati. mereka seperti dalam mood gembira. 'boleh tahan kancil ni!'. saya dibawa pulang menaiki kereta. saya tiba di sebuah rumah dan kini saya sudah tiada lagi di bumi ini.. saya sedang berenang di dalam gulai lemak sedap ini.  babai kawan-kawan