nuffnang

Monday, May 30, 2011

anak kecil

dulu,anak kecil itu hanya tahu menangis..
kini, sudah hebat menjawab kata-kata mengguris hati..

kanak-kanak dulu bermain basikal keliling desa..
kanak-kanak kini semakin galak mengadap PSP dan laptop..

haigoo~sigh~

penat memaksa diri utk terus bersabar. sudah lama aku tidak berlama-lamaan dgn kanak2. kerana sudah lama tidak punya adik kecil/bayi di rumah desa ku. kanak2 ini tidak seperti dulu. kanak2 ini semakin degil dan angkuh. apa yang dilarang, itulah yang dibuat. hati terbakar!


---ibu bapa, jgn hanya tahu melahirkan anak..belajarlah utk mendidik anak2 dgn kasih sayang...jgn hanya tahu menghukum anak2, belajarlah mendengar alasan anak2, kenapa mereka bersikap demikian.. sikap dan akhlak anak2 cerminan didikan ibu bapa---

Sunday, April 24, 2011

fb chat--murid

sejak dua menjak ni..masa ku diisi dgn ber'fb chat' dgn murid-murid..mcm2 soalan diorg tnya.nsb baik xtanya soalan maths kat fb. tp, kalau tanya pon, xpe je. haish kanak2 skrg. rindu i la tu..murid yg sy x ajar pon ade jgk..mintak fb ngan adik2 diorg. urmm...ramai yg mengadu --lemah matematik-- adus. susah la mcm ni.maths sgt penting ye anak2 sekalian..tp, xtau la knape..kanak2 skrg, ramai yg susah nak ingat sifir. salah siapa? susah atau malas? so, sy hnya nasihatkan perkara plg penting, kena hafal sifir..buat latihan byk2. beli buku latihan, n jgn malu bertanya kat cikgu if xfaham. harap2 mereka berjaya.insyaAllah.

bab hafal sifir ni, mmg biasa la..mane2 klas mesti ade yg x ingat sifir. kdg2, darjah 4 pon x ingat sifir 2 or 3 lagi. sedih la mcm ni...1st skali, kanak2 kena faham konsep darab(penambahan berulang)..so, diorg xkan susah utk ingat sifir..aku pon pening and xtau kaedah ape lg boleh guna utk memudahkan kanak2 ingat sifir selain teknik hafalan..sbb masa kecik2 dulu pon aku main hafal je.alhamdulillah ingat sampai tua. sifir kat blkg buku tulis asyik gunting je sbb nak hafal di mana saje, tp slalu hilangkan sifir yg secoet itu. so,murid-murid sekalian, berusahalah!!!


hati mula risau. next sem praktikum time bulan puasa.2bulan gitew.smoga aku dan rakan2 tabah menghadapi apa jua cabaran yg mendatang..fighting!! :)

Friday, April 22, 2011

B~day.

kelak, saya tak akan menunggu kamu lagi. tak sangka ia begitu sakit dan sengsara, apabila mula 'suka'.

betul la--->sesuatu yg saya suka, xsemestinya baik utk saya..dan apa yg saya tak suka, mungkin itu yg terbaik utk saya.



Thursday, April 07, 2011

mistake

I know I'll miss you..and I'll always miss you..

Saturday, April 02, 2011

lagi dua.



Alhamdulillah. syukur..aku diberi kesihatan dan umur oleh-Nya utk meneruskan kehidupan. telah selesai 2 minggu utk praktikum1 @ SK Jalan Peel. dan masih berbaki 2 minggu. semuanya berjalan dgn baik. syukur kpd-Mu Ya Allah. terima kasih krn memudahkan segala perjalanan yg selama ini kurisaukan. semoga dua minggu lagi yg bakal datang dapat dilalui dgn tenang dan sempurna. insyaAllah..Ya Allah,berikanku kemudahan hidup di dunia dan lebih2 lagi di akhirat sana. dan jadikan aku pendidik yg ikhlas dan sentiasa berada di jln kebenaran.amin :)


mak abah adalah segalanya.

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenarnya ayah jugalah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaannya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..



Tuesday, March 22, 2011

#puding trifle

ni resepinya.



puding favorita saya. 


Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 sudu besar gula 
4 sudu besar tepung kastard 
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 paket agar-agar jeli kristal Nona 
1 mangkuk air panas

Cara-cara:
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga padat. 
Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin(if nak manis)
Masukkan buah-buahan tin hingga habis di atas kek.
Panaskan susu cair dengan satu sudu gula. Kecilkan api.
Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan semangkuk air sejuk.
Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih.
Masak hingga betul-betul kastard pekat. Tutup api.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard-->yg sudah keras sedikit dan sejukkan.
Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.(simpan dlm peti lg seronok).

Wednesday, March 16, 2011

ku menunggu

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu
ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku
ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu


--rossa--

Friday, March 04, 2011

-_-''

Pesan mak abah, melekat di hati dan di bibir.
InsyaAllah.

[Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzolimin]


"None has the right to be worshiped but You (Allah), Glorified (and Exalted) are You(above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers."


"Put your trust in Allah if you are believers".
(al-Maidah 5:23)

---Semoga Allah melindungi aku dan mereka dari segala kejahatan musuh dan hasutan syaitan yang direjam.



Thursday, March 03, 2011

seketika tersentuh

semakin suram persahabatan kita :'(

maaf jika ini semua salahku. aku juga manusia biasa yg lalai dan alpa. sukar utk aku fahami hatimu.kadang-kadang ku juga terluka dan memendam rasa.kurasa kau terlalu mahu menyendiri.jadi, ku undur diri menyepi. memberi ruang kpdmu dgn dirimu. ku tahu ada kalanya, ku terlalu angkuh bersuara. melupakan teman lama. menebar sayap ke sini sana. ku juga banyak dosa. tak perlu diungkit kisah lama. aku terkadang dilanda badai ombak bencana yg tak pernah henti kunjung tiba. ku menyepi bukan kerana marah.tetapi memujuk hati supaya tiada yang merana.

jauh kau pergi meninggalkan diriku.
di sini aku merindukan dirimu.
kini kucuba mencari penggantimu.
namun tak lagi kan seperti dirimu.


p/s: baik-baiklah kau di sana.

Wednesday, March 02, 2011

Nur Kasih The Movie

19 Mei 2011. WAJIB TONTON!


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


:) :)

boleh ke macam ni?

haha..marry me,marry!


Tuesday, March 01, 2011

jangan terpaksa utk mulakannya

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. InsyaAllah.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.


Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores :)


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.


Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh sini sana.Ini bukan soal cinta atau suka.Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

p/s~~~Ayuh lengkapkan diri dgn ilmu,amal,pengetahuan hukum dan sebagainya. semoga kelak tidak celaru jadinya. jgn jadikan agama sbg mainan, krn hukum agama yg mudah inilah yg sering dipermainkan oleh manusia yg alpa.nauzubillah.


sedetik lebih

SEDETIK LEBIH---anuar zain :)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Sunday, February 27, 2011

rasanya,tak perlu

tak perlu kot nak buat-buat muka mulia sgt.
macam tak pernah buat salah.
nak mengata depan-depan lagi la tak perlu.
skill sindir menyindir yg x berapa kena.
baik cakap terang-terang.
kalau dah terang lagi bersuluh dgn lampu sorot.
dan tak perlu kalau setakat nak panggil --nama--.
nak bagi cooling down kawan.

buatlah sesuatu yg lebih bermakna dan berkualiti.
kalau setakat cepat,pantas, kucar-kacir,kualiti kureng maa.
kuantiti orang kurang pandang nyah.
mak pandang kualiti hasil kerja je..meoww.


If you're gonna be two-faced, at least make one of them pretty.

Sunday, February 20, 2011

sendirian berhad


Self-Appreciation...Alhamdulillah :)

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. [Al-A'raf : 199]

Perhaps u may dislike something which is really good for you or like something bad for you ,but Allah knows (what is best for you),and you do not! [Al-Baqarah : 216]


Anyone who seeks Allah will surely find Him.
InsyaAllah. I'll find my way.

Friday, February 18, 2011

tak mudah.tak susah.

pedihnya berkawan.
asyik makan hati dengan paru.
dimana rasa hormat antara manusia?
manusia yg pentingkan diri sendiri ini,
semakin memijak tangkai sabarku.
ini juga ujian dari-Nya.
bersabarlah hati dan jasadku.
renungilah diri kita.
tak semua yang kita buat menyenangkan manusia.

Tuesday, February 15, 2011

We cherish the moment together


Gonna build the house (2x)
With a Chimney tall (2x)
Gonna build the roof (2x)
And the garden wall (2x)
And,a big front door you can open wide
Two small windows you can peep inside
Gonna build the house (2x)
We're gonna build the hou---se
:D

(best kalau nyanyi sambil buat gaya)

--->rindu wit :) Alhamdulillah wit dah selamat sampai Malaysia. from Mesir. wit,dah lama kita xjumpa!!! miss u girl! jumpa lagi, InsyaAllah,someday.

Friday, February 11, 2011

dunia ini sementara

pabila hanyut bersama kemewahan dunia.
manusia ini semakin lalai.
lalai melupakan tanggungjawab sbg muslim.
gembira ke sini sana tanpa batasan.
tiada apa yang menjadi halangan buat mereka.

maruah diri melayang entah ke mana.
apakah pegangan yang mereka pegangi?
adakah susah menjadi seorang muslim ini?

ku ingin manusia ini tahu.
aku sedih melihat kamu.
kau dan dunia mu.
dunia yang kau anggap bahagia.
bagaimana pula akhirat sana?
adakah bahagia dunia, akan membahagiakan mu kelak?


kau semakin dewasa.
aku juga semakin tua.
marilah kita!

Sam'i Allah liman Hamidah!
---Allah has heard he who praised him---
Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya.