nuffnang

Thursday, January 10, 2013

Sepupu nak balas surat.

Ringtone bertalu memecah sepi. Handphone di tepi kanan laptop dijeling.
Oh, Cik Jah dari Jerantut call.
Ibu jari tangan kanan menyeret petak hijau pada screen. 

Fathi: Hello. Assalamualaikum.
Me: Waalaikumussalam. Fahmi ke? 
Fathi: Eh, tak. Ni Fathi.
Me: Oh, Fathi.
Fathi: Kak Mimi, Kak Mimi dok Cheras kan?
Me: Hari tu belajar kat sana la. Sekarang Kak Ngah kat Mulong ni.
Fathi: Oh. Fathi nak tanya ni, poskod Cheras apa ye?
Me: Ummm... 5-6-0-0-0 (aku sebut satu persatu).
Fathi: 5-6-0-0-0 (poskod diulang). Ok!
Me: Fathi nak buat ape ni?
Fathi: Fathi nak balas surat Kak Mimi. 
Me: Erk? Oh, balas surat. Tulis betul-betul ye :)
Fathi: Ok, terima kasih Kak Mimi. Bye!
Me: Sama-sama. Kbai.

Jujurnya sepupu darjah 5 ni. Siap call lagi sbb nak tanya poskod yang betul utk tulis surat. Aku dulu tulis surat main reka je. Paling malas, tiru dalam buku Contoh Karangan UPSR. Tukar ayat sikit-sikit. (ye ke tukar? ke tiru semua?) hehe. Janji siap. Esok, cikgu tak marah :P

Dolu-dolu, my favourite address masa nak buat karangan: Taman Raya, Taman Melur. Semua nama bunga. haha. Bab poskod rasanya tak pernah betul. 12345/ 54321. Ataupun tulis poskod sama dengan poskod rumah aku, 16010 walaupun negeri lain yang nun jauh di sana. budak-budak kan.. mane tahu poskod ni ape. Kalau kena tulis Karangan Tak Berformat, balas surat kawan ke, memang  aku laju pilih yang ni sbb senang nak merapu. Cerita je ape-ape yang bersarang kat otak. And laju nak tandatangan kat sebelah bawah, kanan surat. Yang Ikhlas/Sahabatmu. Normal kan keterujaan kanak-kanak. Nama kawan dalam surat tu, nama orang sebelah meja je pon. Haha! macam la jauh sangat. 

Hurmmm. rindu la pulak kat tiga budak ni. Afiq Fahmi, Afif Fathi, Ammar Faez. 
Sweet kan baba dan ummi diorang bagi nama kat anak-anak. 
Sempena nama mereka: Abdullah dan Faezah (Family AF kot).

#CikJah, selamat bertugas di sekolah baru :)
#PokNik, jaga diri kat pelantar minyak. Kirim salam kat orang minyak skali :D

No comments: