nuffnang

Friday, January 30, 2009

ingatlah kpd KEMATIAN

MASYAALLAH!!!

~menziarahi moyang kali kedua~

sgt sedih aku melihat moyang yg sdg tenat itu..sgt sedih yg menyebabkan bbrapa titis air gugur menuruni pipi..NAUZUBILLAH..NAUZUBILLAH...NAUZUBILLAH..beliau tidak pinta ini smua blaku..sanak saudara yg mengunjungi juga hiba dan sayu~

terbaring lesu di atas tilam..dgn penuh kesakitan..di kelilingi ank2..cucu2 dan cicit2 yg tetap menyayangi..gerakan bibir membaca ayat2 suci al-Quran x pnah henti..mendoakan kesejahteraan di akhirat nanti..berpusing ke kiri x kena..berpusing ke kanan juga xkena..krn kesakitan tetap dirasa..sekejap mahu duduk..utk minum dan menjamah sedikit makanan..namun..selera hanyalah sekelumit rasa..kasihan dia YA ALLAH~

ku sentuh dia..ku usap dia..dia sangat kurus..tulang dan kedutan kulitnya menjadi saksi..sakit dirasa pabila tulang saling berselisih..hanya dia yg dapat rasa..namun..dia tabah..dia kuat..dia masih ingat pada-MU..YA ALLAH..butiran tasbih masih erat di genggamannya..solat masih dilaksana..wlaupun kadang2 terlupa waktu..anak2 mengingatkan..kerana mereka tahu..dia telah sedikit lupa..ya..krn melihat pada usia..dia sudah tua..stiap permintaannya dilayan anak cucu..bila dikenangkan..terlalu byk jasa dan pengorbanan spnjang usianya..terima kasih moyang~

ingatlah semua:

~MUDA SEBELUM TUA~

~SIHAT SEBELUM SAKIT~

~HIDUP SEBELUM MATI~

"YA ALLAH..JIKA ENGKAU MENTAKDIRKANNYA MATI..MAKA MATIKANLAH DIA DALAM KEIMANAN..TEMPATKANLAH DIA DI SYURGAMU..YA ALLAH..AMIN"

~MENANTI DI ALAM BARZAKH   [Far East]~

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

2 comments:

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

insya-Allah...
moga2 moyang mg sentiasa hdup dalam keredhaan Allah...

shasha_iffa said...

insyaALLAH di