nuffnang

Tuesday, December 07, 2010

yiduaaaaaaaa! ngiauan rindu seekor kucing.

ku mengaku ada rindu
ku ajak merpati putih singgah di kamar sepi
untuk mengutus khabar kepada dia
dia yang juga rindukan aku
apa khabar dia di sana?
sedang gembirakah atau bermuramkah dia?

kau kata kau gembira
tapi ku tahu apa yang ada di sudut hatimu
terselit rasa kecewa
kecewa dgn apa yg terpaksa kau terima
menerima seseorang yang tidak pernah kau duga
ku tahu ia perkara sukar dalam hidupmu
lakonan bagaimanakah perlu kau persembahkan nanti?
adakah kau pelakon yang hebat?
atau akan kalah sebelum ia bermula

kuatkan hatimu 

aku sentiasa ada di sini
akan ku cuba membawa kekecewaan itu pergi jauh
akan ku isi keriangan gelak ketawa 
berbekalkan lawak bodoh yang aku ada
dan kuharap kau suka supaya kau tak lagi merana
aku di sini bukan suka-suka
aku melihat kau sebagai sebuah harapan yang pasti
di hadapan nanti kita bersua jika masih ada masa
dan aku harap kau ikhlas menerimanya. 



SAYA SAYANG AWAK eternally and infinity.



terima kasih awak yang menemani
---si pengail malam---

3 comments:

Ms Nathirah said...

hoih. story pls penyakit apa yg serang kau cuti2 nih.

cryclown said...

langkah demi langkah:)

shasha_iffa said...

Ms NNG ~mane ade penyakit. ini serius! haha.virus dtg mnyerang..zaiii ze zaiii.

max ~step by step!